my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Cinta jarak jauh, best juga..

Masa cuti sekolah baru-baru ni kakpb keseorangan kat rumah. Anak bujang rumah opah dia seminggu. Tinggallah si penunggu rumah ni sorang-sorang, cakap dengan rabbit 7 ekor tu hari-hari. Keluar rumah pun sekali sekala bawa kereta, beli sarapan dan makan tengahari. Malam cuma minum air, lepas tu tidur awal.

Mula tidur kat ruang tamu, bila satu malam tu tetiba cik ti masuk ikut lubang kipas kat dapur, kelam kabut masuk bilik tidur. Menggigil2 pergi dapur tengok apa yang jatuh, ish...susah juga kalau jadi orang yang penakut kan? Bukan takut apa, geli yang teramat sangat.

Setiap hari cikgu fahmi call tanya, arnab dah makan? Ada ke patut tanya arnab? tanyalah isteri ni haaaa...dia tanya juga isteri dia. Cuma, soalan pertama dari mulut dia mesti si arnab tu. Rindu agaknya.....nak cakap rindu kat isteri, hemm....orang lelaki ni payah sikit. Ego la katakan!!

Tapi sesekali berpisah seketika seronok juga. Macam cinta jarak jauh gitu! Hari2 call tanya perkembangan masing-masing. Makan sedap ke tidak, pergi jalan ke tidak, tidur lena ke tidak? Kakpb ok je kat rumah. Dia tu yang bawa anak murid untuk perlawanan kriket peringkat negeri di Penang, menginap di sekolah asrama. Pastilah dengan nyamok, panas lagi cuacanya. Runsing juga hati isteri tapi nak buat macamana kan?

Bila dia balik tu, dah tentulah ada buah tangan yang ditunggu.....

suka la tuuu...dapat jam tangan G-shock (murah je) dan jersey bola...


Ibu pun dapat sehelai tudung, alhamdulillah. Walau ayah tak pandai pilih, ibu terima je dan tetap gembira. Ibu faham ayah tak cukup masa nak jalan2. Tambah pula tempat orang yang susah nak cari transport dengan tugas sebagai jurulatih lagi.


nota kakpb: cuaca panas terik sekarang kan? tapi masa entry ni ditulis, tengah hujan lebat dgn angin kuatnya...


12 ulasan:

  1. orang lelaki memang cam tu, masa bercinta bukan main miss u miss u dah kawin tak tersebut pulak perkattan tu kat bibir..huh.

    BalasPadam
  2. Salam kak pb ^^
    mmg kdg2 bila kene tinggal bertambah2 sayang nyer.. hihi....

    BalasPadam
  3. wooo...

    bestnye dapat hadiah...

    nak jugak :)

    BalasPadam
  4. @..::..aRe-Na..::..
    haah..koleksi jam, campur yg dah rosak ntah berapa agaknya.

    BalasPadam
  5. @Norhaizan hakim
    dah nasib badan Norhaizan, sabar je la..hehe

    BalasPadam
  6. @Rapunzeel Cikilolo
    hadiha lebih berharga adalah kasih syg..:)

    BalasPadam
  7. anak saya yg no3 pun nk jam mcm tu jgk..
    Tapi belum beli lagi...

    BalasPadam
  8. Banyaknya rabbit ada 7 ekor..wah mesti comel-comel dan gebukan..

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, dapat hadiah, sy dn en somi plan nak beli jam mcm tu utk anniversary tahun lepas sampai la ni tak beli lg :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)