Salam sejahtera semua dan berjumpa lagi di hari cuti ini. Selamat Hari Buruh pada semua yang bertugas sebagai penjawat kerajaan, swasta dan juga yang bekerja sendiri. Mungkin ada yang sambung cuti dari sabtu sampai ke selasa, selamat pulang ke kampong halaman.
Wah.....macam ucapan raya je.....kak pb sibuk sangat 2 hari ni sebab baru balik dari Sandakan. Menguruskan kain baju yang tiga kali mesin......huhu...nasib baik dia ok. Kalau tulang kita, mau demam seminggu nyental baju. Bila sidai berderet penuh sampai kena angkat dulu yang dah kering, cuaca pula panas terik pagi semalam dan hujan petang.
Sebenarnya kak pb sampai hari ahad 10 mlm. Alhamdulillah dalam perjalanan tak banyak ikut bontot lori. Kabus pun tak tebal ketika melalui kaki gunung. Hujan sikit je.....kami risaukan tanah runtuh kalau hujan lebat. Sepanjang jalan kelihatan pekerja jkr membaiki jalan yang berlekok sebab khabarnya ada La tour berbasikal seluruh Sabah.....hurmm....bila ada kejohanan, barulah nak repair.
Selepas hotel One Utama hari tu, kami pindah ke Hotel Tyng yang lebih selesa besarnya. Hotel di sini agak murah berbanding di Semenanjung. Dari RM96, dapat RM89 untuk rate kerajaan. Kalau menginap lebih lama mungkin dapat kurang lagi.
Sebelum bertolak pulang, hubby ada tugasan tengahari sikit, jadi kami ke Bukit Trig sekitar Sandakan. Sekadar ambil foto untuk kenangan (jangan takde langsong kenangan). Dari atas bukit boleh nampak pemandangan yang agak indah. Menara tangga tu kami tak naik pun, tak larat nak daki.
Kalau datang petang atau hampir senja mungkin lebih cantik pemandangannya.
Sebagai kenangan di Bukit Trig sebelum berangkat pulang kita abadikan di sini.....
Satu-satunya gambar kami berdua yang ada sejak sampai Sandakan beberapa hari. Ini pun entah berapa kali take, siksa suruh anak bujang tu.....tergigil-gigil macam orang parkinson je.....sampai ibu dan ayah naik geram di buatnya. Berpeloh-peloh menahan kepanasan dan control senyum manis....hehe....manis ke?
Akhir sekali untuk tidak menghampakan diri sendiri entry 'ketik-ketik kaki atas katil hotel' ni, kak pb kongsi gambar
v
v
v
v
v
Macam nampak slim je kak pb kan? haha...perasan ko zana.. sebenarnya, tidaaaaaak.......makin naik berat badan ku beberapa hari di sana. Makan, tidur, keluar masuk tandas, layan tv sambil kunyah kuaci.Itu sebab entry ni bertajuk begitu, kerana kenyataannya memang betul kak pb lebih melepak kat hotel je.
nota pb: saja nak enterframe kali ni....