my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bukit Trig dan ketik-ketik kaki sahaja


Salam sejahtera semua dan berjumpa lagi di hari cuti ini. Selamat Hari Buruh pada semua yang bertugas sebagai penjawat kerajaan, swasta dan juga yang bekerja sendiri. Mungkin ada yang sambung cuti dari sabtu sampai ke selasa, selamat pulang ke kampong halaman.

Wah.....macam ucapan raya je.....kak pb sibuk sangat 2 hari ni sebab baru balik dari Sandakan. Menguruskan kain baju yang tiga kali mesin......huhu...nasib baik dia ok. Kalau tulang kita, mau demam seminggu nyental baju. Bila sidai berderet penuh sampai kena angkat dulu yang dah kering, cuaca pula panas terik pagi semalam dan hujan petang.

Sebenarnya kak pb sampai hari ahad 10 mlm. Alhamdulillah dalam perjalanan tak banyak ikut bontot lori. Kabus pun tak tebal ketika melalui kaki gunung. Hujan sikit je.....kami risaukan tanah runtuh kalau hujan lebat. Sepanjang jalan kelihatan pekerja jkr membaiki jalan yang berlekok sebab khabarnya ada La tour berbasikal seluruh Sabah.....hurmm....bila ada kejohanan, barulah nak repair.


Selepas hotel One Utama hari tu, kami pindah ke Hotel Tyng yang lebih selesa besarnya. Hotel di sini agak murah berbanding di Semenanjung. Dari RM96, dapat RM89 untuk rate kerajaan. Kalau menginap lebih lama mungkin dapat kurang lagi.

Sebelum bertolak pulang, hubby ada tugasan tengahari sikit, jadi kami ke Bukit Trig sekitar Sandakan. Sekadar ambil foto untuk kenangan (jangan takde langsong kenangan). Dari atas bukit boleh nampak pemandangan yang agak indah. Menara tangga tu kami tak naik pun, tak larat nak daki.



Kalau datang petang atau hampir senja mungkin lebih cantik pemandangannya.



Sebagai kenangan di Bukit Trig sebelum berangkat pulang kita abadikan di sini.....



Satu-satunya gambar kami berdua yang ada sejak sampai Sandakan beberapa hari. Ini pun entah berapa kali take, siksa suruh anak bujang tu.....tergigil-gigil macam orang parkinson je.....sampai ibu dan ayah naik geram di buatnya. Berpeloh-peloh menahan kepanasan dan control senyum manis....hehe....manis ke?


Akhir sekali untuk tidak menghampakan diri sendiri entry 'ketik-ketik kaki atas katil hotel' ni, kak pb kongsi gambar 'makan hati' ni untuk semua kawan-kawan. Ada ke yang 'makan hati' menengoknya? hehe......jarang kak pb berposing begini, buang tebiat pe? Entah bila lagi dapat pose begini agaknya........mungkin cuti sekolah tengah tahun kot......hujung tahun ke......atau.........kita tengok la nanti ye!!
v
v
v
v
v




Macam nampak slim je kak pb kan? haha...perasan ko zana.. sebenarnya, tidaaaaaak.......makin naik berat badan ku beberapa hari di sana. Makan, tidur, keluar masuk tandas, layan tv sambil kunyah kuaci.Itu sebab entry ni bertajuk begitu, kerana kenyataannya memang betul kak pb lebih melepak kat hotel je.

nota pb: saja nak enterframe kali ni....

8 ulasan:

  1. Salam.. selamat pulang kak PB.. wahh posing sakan kat atas katil tu i like hehhehe..

    BalasPadam
  2. seronok eh sekali sekali rehat-rehat makan angin. tapi bila balik je nak bersilat dgn kain kotor pulak. hahaha.

    p/s: btw pose tu ok la, mungkin kalau pakai baju style ziana zain masa ABPBH tu lagi nampak slim..kekeke. jgn mara haaa

    BalasPadam
  3. Salam kak Pb,
    Thanks singgah blog kitew:)
    Ehh..slim ler tu, gambar ngan cik abg tu romantik, siap touch up ngan rerama:)

    BalasPadam
  4. Cantik posing tu...hahaha...best kn jln2 ngan family... :))))

    BalasPadam
  5. kak., pasni buat post pasal gunung kinabalu pulak., cuti ni rancang nak panjat sana., hohoho..

    BalasPadam
  6. Assalam Zana,
    waduh seronoknya pergi jalan2..kita belum pernah lagi jejak kaki diSandakan ni...sebab Sabah & Sarawak memang belum tiba lagi..heheh..bila lah tu ya..

    Amboi gambar yang last sekali tu yang best ..kita tengok..:)

    BalasPadam
  7. @Botak:
    iinsyaallah, nanti akak cuba..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)