my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Seafood di Buli Sim Sim, Sandakan

Salam sejahtera semua.....apa khabar teman-teman blogger sekalian. Kak pb tengah bosan ni kat bilik hotel. Nak buat apa pun tak boleh. Kalau kita ni dah biasa buat kerja, bila kena 'melepak' atas katil je, jadi bosan yang amat. Nak jalan-jalan kat luar pun tak best sebab hubby bertugas. Anak bujang ni bukan jenis yang suka merayau-rayau window shopping. Memerap je kat bilik...

Hari tu kami tidur di Hotel Seafront tapi tak best la.......agak kurang bersih biliknya. Kak pb ajak hubby pindah tempat lain tapi bukan senang nak cari hotel yang berdekatan dengan tempat dia bertugas. Kebanyakannya penuh sebab ada kontijen sukan dari daerah lain yang anjurkan program mereka di sini. Komplek sukan punya bilik pun dah penuh, baru semalam anak murid dia dapat pindah ke sana.

Nak cerita pasal makan je ni, iyelah kan......kita tak masak....makan luar setiap pagi (kekadang pagi merangkap ke tengahari sebab kenyang sangat). Kami sarapan pagi Di Restoran Nusantara yang berdekatan dengan hotel, sedap sangat masakan disini. Harga pun dalam RM5-RM6 setiap hidangan. Nasi goreng pataya, soto makasar untuk hubby dan kak pb mencuba nasi goreng udang butter. Ni kali pertama makan macam ni, itu pun hubby cadangkan. Kak pb agak cerewet kalau memilih hidangan. Alhamdulillah sedap semuanya.


Lepas makan, hubby terpaksa berkejar ke sekolah untuk uruskan anak murid dia. Terpaksa ikut dan dia drop kak pb dan anak kat padang kriket......huhu.....kesian kak pb kan? Ala-ala bercuti di tengah padang kaedahnya.
Kejap je......dalam masa menunggu tu, kak pb snap gambar sambil tengok budak-budak tu main kriket, peringkat bawah 18 tahun. Tengok dari stadium hoki yang takde orang....hehe.....sambil menikmati keindahan padang sejauh mata memandang. Bayangkan ianya seperti berada di tengah sawah padi yang menguning.....huhu......


Tu diaaaa.......sawah padi dalam gambaran kak pb....habis anak bujang ni round satu padang untuk hilangkan boring dia. Sorang-sorang dia je.......padang kriket kat sebelah kanan tu.
Selesai urusan dengan anak murid dia, barulah kami cari hotel lain. Dapat satu bilik berdekatan dengan lobby, senang nak keluar masuk, tak payah panjat tangga. Hotel One Utama ni selesa sikit walaupun sebenarnya dok rumah lebih selesa, rindu la pulak kat rumah kak pb.




Untuk mengubat duka lara kak pb siang tadi, encik hubby pun bawalah kami makan di Buli Sim Sim. Restoran pinggir laut yang ramai pengunjungnya malam tu. Sebelum ni kami pernah makan di Ocean King tapi di situ agak mahal. Ada di SINI, kalau rajin nak baca kisah kami di situ 2 tahun lepas kot.


Udang goreng butter bersama cheese (udang yang segar), sayur manis (suka sangat sayur ni, lebih sedap dari pucuk paku atau sayur2 lain) Air kelapa kak pb punya. Kesemua yang kami order kurang dari RM100, kiranya dah murah ni..

Orang ramai sangat masa tu. Hampir nak cari tempat lain je tapi pelayan sediakan juga tempat kami di bahagian hujung sekali, sesuai untuk tiga orang. Air laut surut masa tu. Kalau siang mungkin nampak segalanya kat bawah. Nasib baik gelap. Angin bertiup lembut, tak perlu kipas dah.

Ketam suri atau ketam bunga tu anak bujang pb yang punya. Goreng kunyit gitu je, pun sedap sangat. Ada lagi ikan siakap stim tapi kak pb tak snap foto sebab dah pegang sudu garfu, tak kuasa dah. Perut pun berkeroncong tengok lauk2 yang menyelerakan. Licinnnnnnn kami bedal!

Cukup sampai di sini, nanti free kak pb jalan blog korang ye....
Sebenarnya ni kali kedua kami di Sandakan, jadi mungkin tak pergi tempat yang kami pergi dulu kat SINI.

Kalau ada yang tak kena tentang entry ni bagi orang-orang Sabah, minta maaf ye, mungkin kurang lengkap atau memuaskan hati. Sila tambah apa yang perlu.

12 ulasan:

  1. Salam kak! namanyer kelakar lah sim sim hihihi.... sedapnyer nmpk ketam tuu, kita suke kalau makan kat restoren sefoods, sampai tak tahu nak pilih mana satu yg berkenan di hati :D

    BalasPadam
  2. Siap boleh pndah hotel lagi ye pb.. Nasib dapat yg lebih selesa. Udang/Ketam kat sana memang fresh betul dan itu yg best...

    BalasPadam
  3. salam kenal akak..best makan kat situ kan..pernah sampai sekali..udang n ketam segar camtu, isi dia rasa lembut n manis jer..

    BalasPadam
  4. Salam kenal Kak Zana,
    wah sedapnya mkn seafood fresh2 ni kan. berbaloi dgn harganya

    BalasPadam
  5. senangnya nama restoran tu..bolehlah cari nanti sim sim..
    mesti sedap2 lauk pauk kat situ kan?..nampak pun cam best je...hehe

    BalasPadam
  6. uwwaaaa! kenapa dtg sandakan tak bagitau? kite baruu je balik dari sandakan. heheh....tak dapat nak detect pula lokasi restoran terapung ni. kalau di simsim kite selalu makan ikan bakar yang dekat dengan pasar tu je. kalau ocean king tu pernah juga la makan kat situ..memang agak mahal. tapi sedap. restoran nusantara tu pulak paling terkenal dengan coto makasarnya. dah lama tak makan kat situ.

    BalasPadam
  7. Hello Zana, I enjoyed looking thru the well taken pics here. Very nice. That udang goreng butter looks sedap best.
    You have a nice weekend, and keep a song in your heart.
    Lee.

    BalasPadam
  8. salam. nampak sedap makanan tu.

    BalasPadam
  9. as salam

    hi hi hi

    nama samaran kita samalah ....

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)