my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sepilok.....melawat sedara mara.....

Seawal pagi kami turun dari bilik penginapan dan cuba dapatkan info tentang perjalanan ke Sepilok. Mana la tau sesat ke hape, kan dah buang masa. Masa makan orang utan ni dalam pukul 10 pagi jadi kami kena ada di sana waktu tu. Setelah bertanya pada beberapa orang, perjalanan kesana lebih kurang setengah jam saje dari bandar Sandakan. Tak sabar rasanya nak melihat gelagat 'kawan2' kita ni............

8.45 pagi kami tiba di sana. Pukul 9 baru kaunter buka. Tiket untuk dewasa murah je, RM5, kanak2 RM2 dan kamera RM10. Sebelum itu kami di hidangkan klip video dari pihak mereka. Kami di larang membawa makanan seperti botol air atau barang2 yang boleh menarik perhatian orang utan atau yang sama sepesis dengan dia. Jika ada berlaku apa2 'rampasan' dari 'kaum' ini, kami di minta memberitahu kepada pihak berwajib.


Sebelum masuk dalam, kami posing untuk kenangan. Ntah bila datang lagi............mungkin 2 atau 3 tahun akan datang......




Selepas sesi menonton video klip, jam hampir 10 pagi, kami terus keluar dan ketempat orangutan di beri makan. Cuaca panas terik, peluh menyimbah kebadan tapi tidak dihiraukan dek teruja nak melihat mahluk istimewa ini.




Tu diaaa.........orangutan pertama yang turun. Tak tau la dia ni tahap budak2 lagi atau remaja.





Pelancong2 sabar menanti dengan kamera canggih mereka.





Kelihatan seekor 'ibu' orangutan membawa anaknya ketempat makan. Dengar cerita, minggu lepas hanya seekor saje orangutan turun, pelancong bukan main ramai.........nasib mereka tak baik...........tapi masa kami datang, nasib baik ada 6 ekor orangutan yang turun. Katanya kalau mereka dah kenyang, mereka takkan turun sehingga petang.








Tengok tu......cute kan? walaupun berbulu lebat, tetap menarik perhatian kami........









Mereka dihidangkan susu dan pisang. Patut la kuat bergayut, hari2 dok melantak pisang.......









Bila dah kenyang, sekor2 beransur masuk ke hutan......










Lucu sangat bila tengok dia mencedok susu dengan cara begitu. Anaknya pulak, tak lepas tangan memeluk ibunya..............












Saat ni paling aku suka tengok............bergayut sambil dikakinya mengepit pisang.....










Tiba di satu tempat, dia berhenti untuk menyuap makanan pada anaknya. Betapa sayangnya dia..........kekadang aku terfikir, manusia yang berakal ni pun kekadang tak mau membela darah daging sendiri. Dibuang kat tong sampah, tepi longkang, tinggalkan anak dirumah tanpa perhatian dan macam2 lagilah............












Ni pulak............pendatang haram.....asyik kena halau dengan pekerja tadi kerana mencuri makanan orangutan mereka. Kesian pula aku tengok, tapi spesis macam dia ni berlambak kat sini. Lepas mencuri tu, boleh pulak dia bersila panggung atas tali sambil mengunyah pisang. Masa ni, riuh orang gelakkan dia.............tapi dia pedulik hape.....yang penting perut kenyang....
Lepas ni kami ke Labuk Bay pula, lihat monyet berhidung mancung!! kat sini paling best aku rasa.














Bercuti di Sandakan

Entry kali ni kisah kami bercuti ke Sandakan selama 2 hari. Aku akan sambung2 kisah ni berserta gambar2 menarik (bagi aku kali ni percutian yg terancang dan paling teruja). Hari Isnin, cuaca elok, tiada hujan..............seawal pagi kami bertolak dari KK. Dalam perjalanan, kami singgah di tempat yang dulu kami tak sempat singgah kerana cuaca berkabus dan hujan.
Bila berdiri di tebing gaung (takde la tepi tebing, aku ni gayat....) terasa dekatnya gunung kinabalu. Nyaman dan indah sungguh ciptaan Yang Esa. Suami ku kata, satu hari nanti kita mesti panjat gunung tu sampai puncak......ai...larat ke dengan badan kita ni yang..........? aku hanya mengiyakan saje.........InsyaAllah........kena turunkan berat badan dulu, baru tak semput. Sebut pasal semput ni, aku teringat masa kami naik bukit di Canopy Walk, Poring Hot Spring. Nanti aku akan cerita kemudian..............

Yeaa......dah tiba Sandakan......bandarnya yang luas dan kelihatan kurang sibuk dengan kenderaan. Berpusing2 kami sekitar bandar mencari hotel yang sesuai untuk menginap. Akhirnya jumpa Hotel Ramai. Terletak berdekatan dengan panggung wayang dan bowling. Tak mahal, lebih kurang RM65, dua katil bujang (alamat salah sorang kena tidor berhimpit2 jawabnya.......) ok la......bukan nak melepak lama2 kat hotel kan? cuma nak mandi dan berihat sekejap je..........


Selepas tulang temulang masing2 dah ok, kami rancang pula nak makan di mana. Dok hotel pun bukan dapat tengok tv cerita yang kita suka. Nasib baik kami bawa laptop dan sempat juga melayari intenet. Cari tempat2 menarik di Sandakan dan kami cadang akan pergi 2 tempat iaitu Sepilok dan Labuk Bay.
Makan malam tu di Restaurant Ocean King. Ketika sampai sana, hujan renyai2 dan masa tu matahari baru terbenam. Disebabkan kami boleh jamak sembahyang magrib dan isyak, takde la terkejar2 nak balik hotel untuk sembahyang magrib.
Sebenarnya aku gayat ketika mengambil foto di tepi restoran tu. Ye la.......dibawahnya air bergelombang dengan tiupan angin malam.




Hidangan kami malam tu ialah ikan kerapu stim, udang salut tepung, baby kailan ikan masin dan sotong goreng salut tepung. Aziz suka sangat udang goreng tepung tu. Pernah juga cuba buat di rumah, tapi tak jadi pula. Malam tu dia makan nasi berselera betul.




Ikan kerapu ni bagi aku biasa je rasanya. Sedap lagi ikan siakap.





Bila tak habis makan, rasa menyesal pula order banyak2. Tak pernah makan di sini jadi kita tak tau banyak mana hidangannya. Rupanya.........satu pinggan udang dan sotong tu boleh makan untuk 4 orang dewasa. Harga pun boleh tahan.........tapi sekali sekala bercuti, apa salahnya kan......
Selepas makan, kami cadang nak tengok wayang.......tapi.....takde cerita yang menarik. Balik hotel dan berbungkus atas katil je..........






Holiday camp Aziz

didepan pintu masuk Sutera Harbour
kekadang aku rasa dia masih tadika lagi, padahal dah 7 tahun.......macam tak berubah...

Sebenarnya tiada cerita menarik yang aku nak kongsikan bersama kawan2 di sini. Hari2 keluar dengan suami cari makan atau ke pasar selain daripada mencari perabot yang sesuai untuk rumah sewa sekarang ni. Banyak lagi yang kami perlu isikan rumah ni. Maklum la........masa nak pindah dulu, banyak barang yang kami tinggalkan di semenanjung, seperti almari baju, rak kasut, meja computer dan lain2 lagi.

Tiga hari lepas, 3hb, 4hb dan 5hb, aku dan suami hanya ulang alik ke Sutera Harbour kerana menghantar anak menyertai holiday camp di sana. Penyertaan dia pun atas ajakan makcik kami yang memang ahli Sutera Harbour. Nampak ceria wajah dia bila balik rumah. Macam2 aktiviti yang di jalankan seperti explorace, cookie making, movie show dan di bawa melawat ke tempat2 menarik sekitar KK. Bagus juga aktiviti seperti ini untuk membina keyakinan diri supaya dia boleh berdikari bila jauh dari keluarga. Dapat bergaul dengan kawan2 yang berlainan bangsa. Mengurangkan rasa malu dalam diri bila berdepan dengan orang ramai. Akhir sekali mereka di beri sijil penghargaan, ini kali kedua bagi Aziz. Bukan boleh buat apa pun sijil tu, sekadar kenangan untuk dia.