my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sepilok.....melawat sedara mara.....

Seawal pagi kami turun dari bilik penginapan dan cuba dapatkan info tentang perjalanan ke Sepilok. Mana la tau sesat ke hape, kan dah buang masa. Masa makan orang utan ni dalam pukul 10 pagi jadi kami kena ada di sana waktu tu. Setelah bertanya pada beberapa orang, perjalanan kesana lebih kurang setengah jam saje dari bandar Sandakan. Tak sabar rasanya nak melihat gelagat 'kawan2' kita ni............

8.45 pagi kami tiba di sana. Pukul 9 baru kaunter buka. Tiket untuk dewasa murah je, RM5, kanak2 RM2 dan kamera RM10. Sebelum itu kami di hidangkan klip video dari pihak mereka. Kami di larang membawa makanan seperti botol air atau barang2 yang boleh menarik perhatian orang utan atau yang sama sepesis dengan dia. Jika ada berlaku apa2 'rampasan' dari 'kaum' ini, kami di minta memberitahu kepada pihak berwajib.


Sebelum masuk dalam, kami posing untuk kenangan. Ntah bila datang lagi............mungkin 2 atau 3 tahun akan datang......




Selepas sesi menonton video klip, jam hampir 10 pagi, kami terus keluar dan ketempat orangutan di beri makan. Cuaca panas terik, peluh menyimbah kebadan tapi tidak dihiraukan dek teruja nak melihat mahluk istimewa ini.




Tu diaaa.........orangutan pertama yang turun. Tak tau la dia ni tahap budak2 lagi atau remaja.





Pelancong2 sabar menanti dengan kamera canggih mereka.





Kelihatan seekor 'ibu' orangutan membawa anaknya ketempat makan. Dengar cerita, minggu lepas hanya seekor saje orangutan turun, pelancong bukan main ramai.........nasib mereka tak baik...........tapi masa kami datang, nasib baik ada 6 ekor orangutan yang turun. Katanya kalau mereka dah kenyang, mereka takkan turun sehingga petang.








Tengok tu......cute kan? walaupun berbulu lebat, tetap menarik perhatian kami........









Mereka dihidangkan susu dan pisang. Patut la kuat bergayut, hari2 dok melantak pisang.......









Bila dah kenyang, sekor2 beransur masuk ke hutan......










Lucu sangat bila tengok dia mencedok susu dengan cara begitu. Anaknya pulak, tak lepas tangan memeluk ibunya..............












Saat ni paling aku suka tengok............bergayut sambil dikakinya mengepit pisang.....










Tiba di satu tempat, dia berhenti untuk menyuap makanan pada anaknya. Betapa sayangnya dia..........kekadang aku terfikir, manusia yang berakal ni pun kekadang tak mau membela darah daging sendiri. Dibuang kat tong sampah, tepi longkang, tinggalkan anak dirumah tanpa perhatian dan macam2 lagilah............












Ni pulak............pendatang haram.....asyik kena halau dengan pekerja tadi kerana mencuri makanan orangutan mereka. Kesian pula aku tengok, tapi spesis macam dia ni berlambak kat sini. Lepas mencuri tu, boleh pulak dia bersila panggung atas tali sambil mengunyah pisang. Masa ni, riuh orang gelakkan dia.............tapi dia pedulik hape.....yang penting perut kenyang....
Lepas ni kami ke Labuk Bay pula, lihat monyet berhidung mancung!! kat sini paling best aku rasa.














7 ulasan:

  1. k.zana...
    waa best arr g jenjalan ke sandakan..kak kite lom smpai lg sana..nk g juge suatu ari nnt tapi xtau bile...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Zana....,trima kasih sbb promot Sepilok kat blog awak,..kebetulan je bukak blog awak ni.., Saya anak jati sandakan sabah, tp merantau smpi ke JB ikut suami bertugas disini,akak pun seorg surirumah dan akak juga peminat RIZ AF6.

    BalasPadam
  3. mummyseri.....
    tempat mcm ni mmg sesuai utk bebudak. kalau ikutkan kita ni mmg malas tp seronok jg bila dah sampai.

    BalasPadam
  4. mawar...
    peminat riz ye? terima kasih menjengok blog akak. saya pun org johor tp dh lama tinggalkan sb famili di slngor.

    BalasPadam
  5. waa trip percutian yang bagus kakzana..jauh perjalanan luas pandangan bagus baa..zoom sabah

    BalasPadam
  6. Andi....
    kalau mcm tu, andi pun kena la promote semenanjung utk tatapan kami di sini.

    BalasPadam
  7. hehe bukan x boleh kakzana tapi x de masa la....ye la cuti cuma hari sabtu ahad je...isnin-jumaat kne berkhidmat untuk negara dari kol 7.30am to 4.30 pm hemmm...tapi x pe akan diusahakan 4 kakzana hihihi

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)