my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Holiday camp Aziz

didepan pintu masuk Sutera Harbour
kekadang aku rasa dia masih tadika lagi, padahal dah 7 tahun.......macam tak berubah...

Sebenarnya tiada cerita menarik yang aku nak kongsikan bersama kawan2 di sini. Hari2 keluar dengan suami cari makan atau ke pasar selain daripada mencari perabot yang sesuai untuk rumah sewa sekarang ni. Banyak lagi yang kami perlu isikan rumah ni. Maklum la........masa nak pindah dulu, banyak barang yang kami tinggalkan di semenanjung, seperti almari baju, rak kasut, meja computer dan lain2 lagi.

Tiga hari lepas, 3hb, 4hb dan 5hb, aku dan suami hanya ulang alik ke Sutera Harbour kerana menghantar anak menyertai holiday camp di sana. Penyertaan dia pun atas ajakan makcik kami yang memang ahli Sutera Harbour. Nampak ceria wajah dia bila balik rumah. Macam2 aktiviti yang di jalankan seperti explorace, cookie making, movie show dan di bawa melawat ke tempat2 menarik sekitar KK. Bagus juga aktiviti seperti ini untuk membina keyakinan diri supaya dia boleh berdikari bila jauh dari keluarga. Dapat bergaul dengan kawan2 yang berlainan bangsa. Mengurangkan rasa malu dalam diri bila berdepan dengan orang ramai. Akhir sekali mereka di beri sijil penghargaan, ini kali kedua bagi Aziz. Bukan boleh buat apa pun sijil tu, sekadar kenangan untuk dia.

2 ulasan:

  1. hmm bestnye..kat sutera harbour plak tu..anak kak zana sorang je ke?

    BalasPadam
  2. aha.....sorang je, tu pun nasib baik ada....mak sedara suami yg bayarkan sb dia sayangkan aziz jg.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)