my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Si Comel tak bernama!

Salam Sejahtera....

Kalau jumpa kucing memang aku tak lepaskan peluang ambil gambar. Siaplah dia jadi mangsa ku. Tambah pula kalau yang masih kecil, tengah cute. Berlari sana, berlari sini, panjat sana, panjat sini......aku suka sangat tengok keletah kucing2 ni.

Balik rumah kakak (masa cuti sekolah awal tahun), sempat snap gambar kucing adik ku yang nak di beri pada kakak. Umur dalam 2 bulan gitu, masih menyusu mak dia. Tapi, bila aku balik baru2 ni, dah dihantar balik kerumah adik. Katanya nampak macam layu  tak bermaya, mungkin dia nak mak dia kot.

Saje je buka mata sebelah, dia tau kita ambik gambar dia......manja dan mengada2 pulak tu.


Dengan mata yang ceme sebelah tu, still cute lagi! Misai panjang berjuntai, mata biru (klon dr mana tah). Kalau la orang bujang, dah ramai tergila2 ni.....hehe...


Entah macamana rupa dia sekarang. Nama pun aku tak tau sebab masa jumpa dulu, belum bernama lagi. Kiranya belum daftar kat JPN la ni.........


nota aku: hajatt hati nak bela kucing
               apakan daya tidak tercapai
               kata hubby itu tak penting
               balik kampung, takde sape nak belai.....huhu...

Simpang Mengayau kali ke 2

Salam Sejahtera....

Ini adalah entry ku yang tertunggak ketika kami bercuti di Kudat, sambil melawat atau berhariraya dengan teman abe. Masa tu budak tahun 1 cuti sempena upsr, jadi kami ambil kesempatan bermalam di Marina Resort Hotel. Ikut rate kerajaan tak mahal sangat, dalam seratus ke atas. Ok la....selesa untuk kami tiga beranak.

Cuaca masa tu panas terik. Kawan en. abe pulak tak cuti, laki bini kerja. Jadi kami pun round pekan Kudat (tak turun pun) Check in hotel dalam pukul 1 tengahari. Masa masih panjang nak tunggu ke petang. Lepaskan lelah dengan tidor je.....huhu....jauh2 datang, melepak kat hotel la pulak!

Petang.......takde aktiviti lain, kami pergi sendiri ke Simpang Mengayau. Ini kali ke dua kami ke sana. Sebelum ni follow orang, kali ni kami main redah sendiri. Berpandu pada signboard, sampai jugak. Walaupun sebelum tu macam salah jalan je......nasib baik siang!

Sebenarnya kalau nak datang Simpang Mengayau ni, baik datang belah petang, matahari nak terbenam. Lebih cantik dan tak panas sangat. Kali ni aku tengok airnya macam cetek je, boleh nampak dasar.


 Bergaya sakan budak ni.......saje bawa beg merah tu, konon2nya pelancong....

Ibu dia nak jugak enterprem kan......walaupun dah kertu dan ada pulak tak sayang mulut kata aku ni gemok? Gemok sangat ke? haha....memang la pun, aku pun naik rimas tapi nak buat macamana? dah nasib aku dapat laki yang suka ajak keluar makan. So....redha je la......alhamdulillah yang penting aku sihat.

Cantik kan pemandangan kat sini, dah macam kat luar negeri.....hehe...tak dapat keluar negeri, gambar dalam negeri pun menarik juga. Cuma orang dalam gambar je yang mengganggu pemandangan tu. Tak kisah la kalau korang sakit mata, bukan selalu aku tayang muka kat sini!
Keletihan naik bukit, turun bukit!!
Hari nak hampir senja.....pemandangan disini tambah menarik walaupun terik matahari masih lagi terasa panas!








Laksa JOHOR

Salam Sejahtera....

Asal ngadap komputer je, mata mulalah layu nak tidor. Kalau tidak, terjegil mata ni tengok tv sampai pukul 1 atau 2 pagi. Kekadang membazir terbiar macam tu..........ntah la...dah beberapa hari ni asyik tergendala je aku nak update blog.

Ingat nak update kisah aku dan famili ke Kudat masa cuti upsr hari tu. Tapi, biarlah dulu. Aku nak update Laksa Johor yang aku buat baru2 ni. Sebenarnya aku selalu buat tapi aku malas nak tulis dalam blog. Bukan kedekut nak bagi resepi. Alah...apa la sangat resepi aku tu....ramai lagi orang lain masak lebih sedap dari aku. Bagaimanapun aku tulis di sini untuk Seri....mummyalyssa.blogspot.com/  sukatannya, agak2 la sendiri ye!!


5/6 ekor ikan kembong yang besar (ikan yg selalu buat laksa penang tu pun boleh)
Asam keping 3/4 keping
4/5 batang serai
Sedikit lengkuas
Udang kering dlm segenggam
Bawang merah besar
Cili kering (mesin lebih kurang 4/5 sudu, ikut suka nak pedas ke tak)
Rempah kari ikan (biasa guna Adabi)
Kerisek (dlm 2/3 sudu)
Santan dalam 1/2 kilo (kalau tak cukup, tambah la ye)

Ikan di rebus dengan asam keping. Airnya jangan di buang, boleh campur dalam kuah atau ketika nak blend isi ikan. Kemudian asingkan tulang dan isi ikan.


Mesinkan serai, bawang, udang kering, cili, lengkuas dan tumis bersama rempah kari. Kecilkan api, biar tumisan lama sedikit hingga betul2 masak. Baru masukkan ikan yang dah di mesin tadi bersama air rebusan.
Kemudian masukkan santan, kerisek, garam dan gula.


Biasanya kalau masak kuah laksa ni, aku reneh atas dapur lama sedikit. Orang lain aku tak tau la.....


Bahan untuk ulam2an tu, macam biasa.
Timun (potong bulat2, kalau orang Johor....tak sah kalau tak bulat, buang isi dalamnya)
Daun kesom di hiris halus.
Bunga kantan di hiris.
Taugeh (biar mentah.....elok buang ekor, kang tak selera pulak)
Bawang besar hiris halus2.
Limau kasturi untuk perah bila nak makan (aku tak suka perah limau, makan apa pun)
Sambal belacan (yang ni wajib ada, penambat selera......takyah ajar la....mesti tau punya)

 Spagetti jangan lupa pulak......


hehe....gambar tak cun....tapi rasa memang sodap!! cuba belek kat gambar aku kali ni, ada apa ek?
Puan Zana sekarang dah ada watermark selepas berbulan mengorder dari Jiya. Terima kasih ye Jiya.....akak suka watermark tu.....kalau boring, nanti akak tempah lain....hehe..