my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Simpang Mengayau kali ke 2

Salam Sejahtera....

Ini adalah entry ku yang tertunggak ketika kami bercuti di Kudat, sambil melawat atau berhariraya dengan teman abe. Masa tu budak tahun 1 cuti sempena upsr, jadi kami ambil kesempatan bermalam di Marina Resort Hotel. Ikut rate kerajaan tak mahal sangat, dalam seratus ke atas. Ok la....selesa untuk kami tiga beranak.

Cuaca masa tu panas terik. Kawan en. abe pulak tak cuti, laki bini kerja. Jadi kami pun round pekan Kudat (tak turun pun) Check in hotel dalam pukul 1 tengahari. Masa masih panjang nak tunggu ke petang. Lepaskan lelah dengan tidor je.....huhu....jauh2 datang, melepak kat hotel la pulak!

Petang.......takde aktiviti lain, kami pergi sendiri ke Simpang Mengayau. Ini kali ke dua kami ke sana. Sebelum ni follow orang, kali ni kami main redah sendiri. Berpandu pada signboard, sampai jugak. Walaupun sebelum tu macam salah jalan je......nasib baik siang!

Sebenarnya kalau nak datang Simpang Mengayau ni, baik datang belah petang, matahari nak terbenam. Lebih cantik dan tak panas sangat. Kali ni aku tengok airnya macam cetek je, boleh nampak dasar.


 Bergaya sakan budak ni.......saje bawa beg merah tu, konon2nya pelancong....

Ibu dia nak jugak enterprem kan......walaupun dah kertu dan ada pulak tak sayang mulut kata aku ni gemok? Gemok sangat ke? haha....memang la pun, aku pun naik rimas tapi nak buat macamana? dah nasib aku dapat laki yang suka ajak keluar makan. So....redha je la......alhamdulillah yang penting aku sihat.

Cantik kan pemandangan kat sini, dah macam kat luar negeri.....hehe...tak dapat keluar negeri, gambar dalam negeri pun menarik juga. Cuma orang dalam gambar je yang mengganggu pemandangan tu. Tak kisah la kalau korang sakit mata, bukan selalu aku tayang muka kat sini!
Keletihan naik bukit, turun bukit!!
Hari nak hampir senja.....pemandangan disini tambah menarik walaupun terik matahari masih lagi terasa panas!








3 ulasan:

  1. Syok tu jalan2 kat sana tu...
    makan2 amacam? sedap tak..kalau nak dibandingkan dgn hometown..?

    BalasPadam
  2. En LB....tak sama mcm tmpt kita, zahir je saya ni nmpk sihat, hati tetap diSemenanjung. Bagaimanapun, syukur la dimana saje kita berada, bumi Allah jua.

    BalasPadam
  3. cantik tempat tu, org dalam gbr pun cantik juga..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)