my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Laksa JOHOR

Salam Sejahtera....

Asal ngadap komputer je, mata mulalah layu nak tidor. Kalau tidak, terjegil mata ni tengok tv sampai pukul 1 atau 2 pagi. Kekadang membazir terbiar macam tu..........ntah la...dah beberapa hari ni asyik tergendala je aku nak update blog.

Ingat nak update kisah aku dan famili ke Kudat masa cuti upsr hari tu. Tapi, biarlah dulu. Aku nak update Laksa Johor yang aku buat baru2 ni. Sebenarnya aku selalu buat tapi aku malas nak tulis dalam blog. Bukan kedekut nak bagi resepi. Alah...apa la sangat resepi aku tu....ramai lagi orang lain masak lebih sedap dari aku. Bagaimanapun aku tulis di sini untuk Seri....mummyalyssa.blogspot.com/  sukatannya, agak2 la sendiri ye!!


5/6 ekor ikan kembong yang besar (ikan yg selalu buat laksa penang tu pun boleh)
Asam keping 3/4 keping
4/5 batang serai
Sedikit lengkuas
Udang kering dlm segenggam
Bawang merah besar
Cili kering (mesin lebih kurang 4/5 sudu, ikut suka nak pedas ke tak)
Rempah kari ikan (biasa guna Adabi)
Kerisek (dlm 2/3 sudu)
Santan dalam 1/2 kilo (kalau tak cukup, tambah la ye)

Ikan di rebus dengan asam keping. Airnya jangan di buang, boleh campur dalam kuah atau ketika nak blend isi ikan. Kemudian asingkan tulang dan isi ikan.


Mesinkan serai, bawang, udang kering, cili, lengkuas dan tumis bersama rempah kari. Kecilkan api, biar tumisan lama sedikit hingga betul2 masak. Baru masukkan ikan yang dah di mesin tadi bersama air rebusan.
Kemudian masukkan santan, kerisek, garam dan gula.


Biasanya kalau masak kuah laksa ni, aku reneh atas dapur lama sedikit. Orang lain aku tak tau la.....


Bahan untuk ulam2an tu, macam biasa.
Timun (potong bulat2, kalau orang Johor....tak sah kalau tak bulat, buang isi dalamnya)
Daun kesom di hiris halus.
Bunga kantan di hiris.
Taugeh (biar mentah.....elok buang ekor, kang tak selera pulak)
Bawang besar hiris halus2.
Limau kasturi untuk perah bila nak makan (aku tak suka perah limau, makan apa pun)
Sambal belacan (yang ni wajib ada, penambat selera......takyah ajar la....mesti tau punya)

 Spagetti jangan lupa pulak......


hehe....gambar tak cun....tapi rasa memang sodap!! cuba belek kat gambar aku kali ni, ada apa ek?
Puan Zana sekarang dah ada watermark selepas berbulan mengorder dari Jiya. Terima kasih ye Jiya.....akak suka watermark tu.....kalau boring, nanti akak tempah lain....hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)