Entry kali ni kisah kami bercuti ke Sandakan selama 2 hari. Aku akan sambung2 kisah ni berserta gambar2 menarik (bagi aku kali ni percutian yg terancang dan paling teruja). Hari Isnin, cuaca elok, tiada hujan..............seawal pagi kami bertolak dari KK. Dalam perjalanan, kami singgah di tempat yang dulu kami tak sempat singgah kerana cuaca berkabus dan hujan.
Bila berdiri di tebing gaung (takde la tepi tebing, aku ni gayat....) terasa dekatnya gunung kinabalu. Nyaman dan indah sungguh ciptaan Yang Esa. Suami ku kata, satu hari nanti kita mesti panjat gunung tu sampai puncak......ai...larat ke dengan badan kita ni yang..........? aku hanya mengiyakan saje.........InsyaAllah........kena turunkan berat badan dulu, baru tak semput. Sebut pasal semput ni, aku teringat masa kami naik bukit di Canopy Walk, Poring Hot Spring. Nanti aku akan cerita kemudian..............
Yeaa......dah tiba Sandakan......bandarnya yang luas dan kelihatan kurang sibuk dengan kenderaan. Berpusing2 kami sekitar bandar mencari hotel yang sesuai untuk menginap. Akhirnya jumpa Hotel Ramai. Terletak berdekatan dengan panggung wayang dan bowling. Tak mahal, lebih kurang RM65, dua katil bujang (alamat salah sorang kena tidor berhimpit2 jawabnya.......) ok la......bukan nak melepak lama2 kat hotel kan? cuma nak mandi dan berihat sekejap je..........
Selepas tulang temulang masing2 dah ok, kami rancang pula nak makan di mana. Dok hotel pun bukan dapat tengok tv cerita yang kita suka. Nasib baik kami bawa laptop dan sempat juga melayari intenet. Cari tempat2 menarik di Sandakan dan kami cadang akan pergi 2 tempat iaitu Sepilok dan Labuk Bay.
Hidangan kami malam tu ialah ikan kerapu stim, udang salut tepung, baby kailan ikan masin dan sotong goreng salut tepung. Aziz suka sangat udang goreng tepung tu. Pernah juga cuba buat di rumah, tapi tak jadi pula. Malam tu dia makan nasi berselera betul.

Ikan kerapu ni bagi aku biasa je rasanya. Sedap lagi ikan siakap.

Bila tak habis makan, rasa menyesal pula order banyak2. Tak pernah makan di sini jadi kita tak tau banyak mana hidangannya. Rupanya.........satu pinggan udang dan sotong tu boleh makan untuk 4 orang dewasa. Harga pun boleh tahan.........tapi sekali sekala bercuti, apa salahnya kan......




