my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Bestnya urut kaki.....

Hari jumaat lepas, selepas hantar adik ipar di airport (seronok la dia balik semenanjung 2 minggu....) kami singgah beli kacang rebus di Tg Aru. Beli dalam RM5 (banyak tu.....aku memang suka kacang). Jeruk mangga RM2......ingatkan sikit macam kat KL, rupanya........selambak.....murahnya jeruk kat sini.....


Lepas pekena kacang rebus, malam tu ibu jari kaki ku berdenyut2 bisa. Aku dah biasa dengan penyakit lama ku ini, dari zaman aku kerja dulu. Takde cara lain, cik abe sebelah la kena tolong urut dengan losyen pati halia. Lega sekejap, boleh la aku lelapkan mata. Dah lama juga aku tak sakit kat kaki. Jadi hari sabtu tu, suami ku ajak ke center point sebab tempohari dia ada nampak satu kedai urut tapak kaki, cuma RM18 je.


Dalam sembang2 dengan pekerja yang urut kaki tu, katanya urat kaki ku banyak masuk angin. Sampai sakit2 tangan dia. Lepas tu tak boleh makan jenis2 kacang......huh...patut le....mana tak sakitnya, aku melantak sebungkus kacang rebus malam tu. Kena pantang la pulak!! Ada juga aku tanya pasal tapak kaki ku yang kadang2 jadi keras atau ketuat. Dia cadangkan aku beli plaster 'mata ayam'......hehe....selama ni aku tak tau pun ada plaster ni, kalau tak......dah lama aku cari dari dulu. Plaster ni di suruh tampal pada kulit kaki yang kena ketuat tu dan jangan kena air hingga beberapa jam. Tapi susah pula kalau pakai siang hari sebab nak sembahyang dah tentu kena buka. Jadi aku guna selepas sembahyang isyak, subuh esoknya baru aku buka. Nampak ada perubahan.........

Hari minggu pula, aktiviti seperti biasa, pergi pasar. Kali ni aku beli ikan yang tak pernah aku beli apa lagi makan......bila tengok ikan kaler hijau kuning ni, teringat pulak dekat kak-e. Dia datang Sabah dengan kotak besar semata2 nak beli ikan pelik2 ni........apa rasa agaknya ye? Aku belum masak lagi ni........kata orang sedap di bakar atau goreng.......
Ikan ni pun aku tak pernah makan. Kalau tak silap, ikan merah mata besar.......agaknya la....Masa beli hari tu, aku tak pegang pun jadi aku fikir sisiknya mesti banyak. Dirumah, aku cuba buang sisik tu.........tapi tak boleh kikis rupanya.......tak tau macam mana rupa ikan ni kalau di goreng atau panggang........macam ikan cencaru kot, mungkin kulit dia akan terkopek bila di bakar nanti.

5 ulasan:

  1. ikan kaler hijau tu biasanya buat ikan kering je. rasanya tawar sikit. ikan kaler merah tu plak memang sedap ape lagi kalo dipanggang pastu makan cicah ngan sambal belacan.

    BalasPadam
  2. Ikan Merah mata besar tu orang sabah sebut ikan uji rasid...memang sedap kalau dipanggang...yam yam

    BalasPadam
  3. ikan uji rashid ( fanta merah)....memang sedap kalau di bakar....
    kat kg Tg Aru tu ada dijual ikan yg dah di bakar...50 sen sekor ....

    waaaaaaaaaaaaa rindu nye ngan sabah....

    BalasPadam
  4. kak zana..kite pon slalu nmpk ikan uji rashid tu bile time bli ikan kat pasa jeti pasir putih putatan..tp tula x pnh bli sbb tak reti nk mkn n tak pena mkn..

    BalasPadam
  5. kelor, andi, harih dan mmmyseri...dah cuba panggang, kulitnya mmg keras, rasa mcm ikan kerisi. lps ni bleh beli lg....goreng plak...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)