my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Jasad disini, hati disana!!

Salam Sejahtera....

Ketika ini kami sekeluarga sudah pun berada di Kelantan. Tempohari bermalam di rumah mak aku dan semalam di rumah kakak. Sejak sampai, cuaca sentiasa mendung. Seronok sikit sebab ketika di Sabah, aku rasa cuaca terlalu panas. Tidur mesti nak beraircond. Hinggakan bil letrik kami melambung RM170 bulan lepas. Kes parah ni...........

Cuma yang buat aku runsing ketika nak balik ke KL nanti menaiki kereta. Harap2 takde masalah dalam perjalanan. Maklum la.......musim banjir sekarang ni......sana sini aku tengok air melimpah ruah. Nasib baik rumah mak mertua aku tak pernah di naiki air. Alhamdulillah....


Ni foto yang aku snap dari dalam kapalterbang. Kelihatan air di mana2 saje, bersatu dengan air laut.



Sebenarnya takde mood nak update blog dalam beberapa hari ni. Hati asyik teringat kat Tok K aku tu........kesian dia.....ntah apa orang buat kat dia, aku tak nampak. Harap2 takde gangguan dari bebudak nakal.

JAGA diri ye!!

Salam Sejahtera....



21hb nanti aku akan terbang pulang ke semenanjung. Maka tinggallah 'kesayangan' ku ini sendirian di rumah. Sedih hati aku ni nak meninggalkan dia. Maklum la, setiap pagi aku cuci kandang Tok K dan bawa dia keluar menghirup udara pagi. Setiap hari juga aku akan beri dia sayur kobis, karot, kangkong atau sawi. Paling dia suka sekali sayur kobis.........tak sempat2 nak letak dalam kandang, dia dah ragut dari tangan ku.




Tengok la tu, makin berisi badan dia. Tak larat kalau nak dukung lama2. Aku harap orang sebelah rumah nanti, ada masa nak belai Tok K sebab dia ni manja sangat. Suka di peluk, di usap.......sampai terpejam2 mata dia......




Suka sangat pergi rumah makcik sebelah sebab kat rumah aku takde rumput macam tu. Habis dia ronda kat pokok bunga makcik tu tapi nasib baik dia tak makan daun2 bunga orang. Cuma risau anjing liar je.......Tok K pun tak pernah lagi lari ketengah jalanraya.

Hemm.......kerinduan akan melanda aku selama di semenanjung nanti. Kalau la si arnab ni boleh berbicara kat talipon, senang hati aku.
Ni la bahana ada binatang peliharaan, macam nak tinggalkan anak je!!

Kek LAPIS OREO drp Rozzan

Salam Sejahtera....

Minggu ni sibuk dengan persiapan untuk balik kampung Selangor dan Kelantan. Tempahan karipap frozen pun masih ada lagi. Rumah yang nak ditinggalkan pun kena kemas juga.

Dalam sibuk2 ni, sempat juga aku mencuba resipi kek lapis dari Rozzan. Walau rasa takut2 tak menjadi kek lapis tu, aku usahakan juga membuatnya. Alhamdulillah, akhirnya berjaya.... walaupun...........masih belum boleh di banggakan.


Biskut oreo yang aku beli cuma sepeket, tak cukup, jadi aku letak jarang2 untuk mencukupkannya.




'Cik abe' komen, dah pandai buat ni, boleh la buat untuk raya puasa nanti. Ish.....kek lapis ni nak ada mood buat dia, kalau tak.......kena sabar melapisnya. Dapur ku tu macam kapal karam sepahnya!

Sesiapa yang rajin nak cuba, ni resipinya......

KEK LAPIS OREO
(sumber drp Bro ROZZAN)

10 biji telur (sederhana besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar (di parut)
50 gm horlick
50 gm santan serbuk
100 gm biskut marie (tumbuk halus)
180 gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanili
1 sudu teh paste pandan
Biskut oreo (buang krim)
pewarna hijau dan merah

Cara membuatnya:-

1.  Pukul mentega, gula, serbuk vanili sehingga kembang.
2.  Masukkan telur satu persatu, pukul sehingga kembang.
3.  Perlahankan mixer, masukkan susu manis.
4.  Masuk tepung hong kong, biskut marie, horlicks dan serbuk santan.
5.  Bahagi adunan kepada 3 bahagian, hijau, merah dan plain.
6.  Sediakan loyang 8x8 inci dan griskan serta alas kertas.
7.  Ambil 2 senduk penuh warna hijau untuk lapisan pertama dan bakar dengan api atas/bawah (6-8 minit)
8.  Tukar suhu oven dengan api atas sahaja. Ambil 2 senduk adunan merah, tabur sedikit keju parut. Bakar selama 5-7 minit.
9.  Ambil 2 senduk adunan plain, susun biskut oreo.
10.  Bakar sehingga selesai.

Nota Bro Rozzan: kalau tak suka keju/pes pandan, jangan letak.
Guna 100 gm horlicks jika taknak guna santan.

nota aku: tak letak pes pandan dan santan serbuk, biskut oreo pun sepeket je!
resipi yg disalin pun aku ringkaskan, janji aku faham.