my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kek LAPIS OREO drp Rozzan

Salam Sejahtera....

Minggu ni sibuk dengan persiapan untuk balik kampung Selangor dan Kelantan. Tempahan karipap frozen pun masih ada lagi. Rumah yang nak ditinggalkan pun kena kemas juga.

Dalam sibuk2 ni, sempat juga aku mencuba resipi kek lapis dari Rozzan. Walau rasa takut2 tak menjadi kek lapis tu, aku usahakan juga membuatnya. Alhamdulillah, akhirnya berjaya.... walaupun...........masih belum boleh di banggakan.


Biskut oreo yang aku beli cuma sepeket, tak cukup, jadi aku letak jarang2 untuk mencukupkannya.




'Cik abe' komen, dah pandai buat ni, boleh la buat untuk raya puasa nanti. Ish.....kek lapis ni nak ada mood buat dia, kalau tak.......kena sabar melapisnya. Dapur ku tu macam kapal karam sepahnya!

Sesiapa yang rajin nak cuba, ni resipinya......

KEK LAPIS OREO
(sumber drp Bro ROZZAN)

10 biji telur (sederhana besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar (di parut)
50 gm horlick
50 gm santan serbuk
100 gm biskut marie (tumbuk halus)
180 gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanili
1 sudu teh paste pandan
Biskut oreo (buang krim)
pewarna hijau dan merah

Cara membuatnya:-

1.  Pukul mentega, gula, serbuk vanili sehingga kembang.
2.  Masukkan telur satu persatu, pukul sehingga kembang.
3.  Perlahankan mixer, masukkan susu manis.
4.  Masuk tepung hong kong, biskut marie, horlicks dan serbuk santan.
5.  Bahagi adunan kepada 3 bahagian, hijau, merah dan plain.
6.  Sediakan loyang 8x8 inci dan griskan serta alas kertas.
7.  Ambil 2 senduk penuh warna hijau untuk lapisan pertama dan bakar dengan api atas/bawah (6-8 minit)
8.  Tukar suhu oven dengan api atas sahaja. Ambil 2 senduk adunan merah, tabur sedikit keju parut. Bakar selama 5-7 minit.
9.  Ambil 2 senduk adunan plain, susun biskut oreo.
10.  Bakar sehingga selesai.

Nota Bro Rozzan: kalau tak suka keju/pes pandan, jangan letak.
Guna 100 gm horlicks jika taknak guna santan.

nota aku: tak letak pes pandan dan santan serbuk, biskut oreo pun sepeket je!
resipi yg disalin pun aku ringkaskan, janji aku faham.


4 ulasan:

  1. sonoknya..masak2 kek tu utk makan sndiri ke nak bwk balik kg?

    *bila balik kg?* kami balik hr sabtu ni -mn tau hr sama-boleh jumpe kat airport..^_^

    BalasPadam
  2. salam kak, i am having problem with ur chatbox, i couldnt drop msg since quite a while..

    anyway, sy balik msia this friday for conference and holiday skali. dah rindu amat pd keluarga tersayang..harap akak sihat

    BalasPadam
  3. salam...
    boleh akak jelaskan apa itu tepung hong kong? apa alternatif lain selain menggunakan tepng hong kong? tq

    BalasPadam
  4. salam...
    boleh akak jelaskan apa itu tepung hong kong? apakah alternatif lain selain menggunakan tepung hong kong? tq..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)