my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Desert buka puasa

Selamat pagi semua, dah hari keenam hari ni kami berpuasa, insyaAllah kalau tiada halangan. Maknanya esok raya!! Nak buat juadah apa ye? rendang? nasi impit kuah kacang? (cikgu fahmi sensitif dgn kacang la pulak) Makan sebiji kacang, mulalah benjol sana sini muka dia. Ingat nak masak lodeh, nak buat ala-ala raya juga. Raya lepas tak dapat masak kat rumah, ni la masanya balas dendam....hehe..

Ok...untuk mereka yang bertanya pasal Wang Tunai RM5000 tu, kakpb baca dari blog PMDR dan kalau kakpb silap, minta maaflah. Tapi itulah yang diberitahu. Untuk lebih lanjut mungkin boleh ke fb BloggerWanita. Kakpb pun tak tanya lagi. Alah...kita buat entry tu pun bukan kena bayar, ye tak?

Tayangan kat atas tu desert kami berbuka semalam dan semalamnya. Resipinya dari Dapur Ibundo, kakpb memang peminat setia DI ni. Semua masakan dia masuk dengan selera kakpb. Cuma kakpb ubah sikit tang buah tu, yang ada cuma anggur dan pisang....boleh laa...sedap juga tau.

SALAD BUAH
@blogsurirumah
sumber : dapur ibundo

1 mangkok fruit cocktail
1/2 cwn anggur hitam
1 biji pisang berangan
1/2 cwn susu cair
1 sb susu pekat

Campurkan semua bahan2 diatas, letakkan ais kalau nak terus makan. Tak pun simpan dalam peti dulu baru sedap. Sukatan ni kakpb adjust sendiri untuk makan 3 orang.

nota: sedap pulak campurkan pisang dlm desert, asyik cekodok je bosan.

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Assalammualaikum...

Hari ni kakpb puasa, insyaAllah jika tiada aral melintang. Blog walking kejap tadi singgah blog Pokok Manggis Depan Rumah dan terasa nak join pula. Biasalah kalau dah mata ni nampak duit...duit..kan? Tapi bukanlah sebab utamanya duit, saja suka2 nak join. Ada rezeki, kita terima, takde....pun terima juga...hehe.

Segmen ini  sebelum telah dibuat pada tahun 2012 dan terbuka pada 100 blogger pilihan. Kini ia telah dibuka semula atas permintaan ramai dan menurut panganjur lagi "baki wang masih banyak perlu diberikan pada blogger, maka dengan rasminya program ini telah dibuka semula pada 2013".<<copypaste dari blog Pokok Manggis Depan Rumah

Kakpb copy paste dari BloggerWanita

 Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Apa yang perlu dilakukan?
  • Program Wang Tunai RM5000 ini hanya dibuka untuk 100 blogger terawal yang berdaftar sahaja. TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER.Cara berdaftar adalah  rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan linkkan ke laman post ini dengan tajuk “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger”. Sila nyatakan link URL post tersebut di ruangan komen di SINI
  • Blogger-blogger yang terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrrel ke blog ini iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic.
  • Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. Jika rakan blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 ( RM0.05 X 10000) dan seterusnya.
  • Terbuka kepada semua warga Blogger di Malaysia, tidak kira lelaki atau perempuan dan tanpa mengira status pagerank atau Alexa Rank.
  • Bayaran wang tunai akan dibayar pada setiap bulan ke akaun Maybank secara online. Bank lain masih diterima jika tidak memiliki akaun Maybank.
  • Program RM5000 adalah fasa pertama yang akan dilancarkan pada 1 April 2012 sehingga RM5000 tercapai untuk diberikan kepada blogger. [MASIH BERJALAN ]
  • Rakan blogger boleh menggunakan banners yang disediakan DI SINI untuk tujuan promosi. Tidak dibenarkan menggunakan iframe atau apa-apa script yang boleh menipu trafik.
  • Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat pada bila-bila masa jika perlu sahaja.
  • Tambahan:
  1. Bayaran akan dibuat hanya setelah jumlah wang tunai terkumpul Rm5 atau lebih bagi memudahkan proses pembayaran.
  2. Pastikan top referrel menghantar butir bayaran seperti Nama Penuh, Email, Bank dan No akaun ke Bloggerwanita@@gmail.com
  3. Semua blogger yang menyertai program ini WAJIB berdaftar sebagai Rakan VIP Bloggerwanita.com bagi memudahkan info terbaru tentang program ini disampaikan dan juga mudah membuat follow up kepada peserta dan pemenang.
    Daftar rakan VIP sekarang!
Penaja bagi Program Wang Tunai RM5000 untuk Blogger adalah BloggerWanita.com.

Raya 2013 : aktiviti di kampung suami

Rasanya ini entry terakhir untuk raya tahun ni. Sebelum panjang lebar menaip, kakpb doakan moga abah (mertua) cepat sembuh selepas menjalani pembedahan dikakinya semalam. Abah mengidap gout yang agak kritikal.
Abah beriya-iya makan petai ketika menghadiri majlis sanding anak sahabatnya tempohari. Orang kata petai amat pantang bagi yang berpenyakit gout. Tapi dia tak boleh menahan diri, kebetulan pula dimajlis tu disediakan petai, ulam bagai.

Biasalah kalau di pantai timur ni, update entry mesti bab2 makanan. Bila dah hampir 2 minggu disana, tak sah kalau tak makan nasi kerabu, nasi dagang setiap pagi. Lemak yang nak menyusut dalam badan ni pun segar balik.....huhu...
Paling kakpb suka ialah tapai ubi goreng......umak aii....sedap banget!!





Abah ada tanam limau bali belakang rumah. Itu pun kakpb bedal dengan cikgu fahmi sebiji.




Durian? toksah tanyalah.....berlambak gugur belakang rumah. Bangun pagi bukan pi jogging tapi pergi kutip durian....hehe....cikgu fahmi kata, jomlah ikut....kakpb tanya, ada pacat tak?? Dia suruh pakai kasut abah yang katanya telah di sapu cuka. Oh tidak....tak sanggup kakpb nak redah sekali pun di sarung badan ni dengan baju besi.

Nasi tumpang.....bukan kegemaran kakpb. Nampak bungkusannya menarik hati memang terasa nak makan. Tapi, ntahlah kenapa tekak ni tak boleh terima. Mungkin sebab ada sambal udang dalam tu....
Buah salak berlambak juga belakang rumah. Bila ada tetamu datang, abah suruh ambil bawa balik sebagai buah tangan. Abah memang rajin menanam tapi abah tak makan sangat. Lagipun katanya buah salak tak bagus untuk mereka yang mengidap gout.....hemm....ye ke? Kakpb memang suka sangat tapi tidaklah banyak kalau makan. Sekadar 3/4 biji je.

Kami sempat beraya ke Trengganu rumah adik cikgu fahmi dan rumah mak saudara kakpb. Ketika menunggu sesuatu (urusan adik beradik cikgu fahmi) kami singgah solat di Masjid Kristal. Ini kali pertama jejak kaki disini. Selalu datang Trengganu tak sempat nak melawat mana2. Hujung tahun ingat nak bawa anak melawat Taman Tamadun Islam pula. InsyaAllah.




Sebelum balik KK, sempat juga ke bazar tok guru, beli tudung bawal tapi bukanlah yang mahal. Biasa2 je. Rasanya surirumah macam kakpb ni tak perlu ada tudung yang terlampau mahal. Sekali sekala beli ok laa...yang ni murah je, kakpb beli 4 helai.

Sehari sebelum balik pun sempat lagi ke Rantau Panjang. Kalau kesini haruslah pepagi keluar rumah, jalannya sepanjang masa jem sebab masih ramai lagi yang bercuti raya. Cikgu fahmi cari jersey untuk dia dan kawan-kawan yang kirim. Itu yang bagasi kami melebihi muatan....hehe....RM50 untuk perjalanan dari KB ke KL dan KK.

Ok cukup dulu......ada juga nak tambah tapi tak larat dah nak upload gambar lagi....esok2 ler.