my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Raya 2013 : aktiviti di kampung suami

Rasanya ini entry terakhir untuk raya tahun ni. Sebelum panjang lebar menaip, kakpb doakan moga abah (mertua) cepat sembuh selepas menjalani pembedahan dikakinya semalam. Abah mengidap gout yang agak kritikal.
Abah beriya-iya makan petai ketika menghadiri majlis sanding anak sahabatnya tempohari. Orang kata petai amat pantang bagi yang berpenyakit gout. Tapi dia tak boleh menahan diri, kebetulan pula dimajlis tu disediakan petai, ulam bagai.

Biasalah kalau di pantai timur ni, update entry mesti bab2 makanan. Bila dah hampir 2 minggu disana, tak sah kalau tak makan nasi kerabu, nasi dagang setiap pagi. Lemak yang nak menyusut dalam badan ni pun segar balik.....huhu...
Paling kakpb suka ialah tapai ubi goreng......umak aii....sedap banget!!





Abah ada tanam limau bali belakang rumah. Itu pun kakpb bedal dengan cikgu fahmi sebiji.




Durian? toksah tanyalah.....berlambak gugur belakang rumah. Bangun pagi bukan pi jogging tapi pergi kutip durian....hehe....cikgu fahmi kata, jomlah ikut....kakpb tanya, ada pacat tak?? Dia suruh pakai kasut abah yang katanya telah di sapu cuka. Oh tidak....tak sanggup kakpb nak redah sekali pun di sarung badan ni dengan baju besi.

Nasi tumpang.....bukan kegemaran kakpb. Nampak bungkusannya menarik hati memang terasa nak makan. Tapi, ntahlah kenapa tekak ni tak boleh terima. Mungkin sebab ada sambal udang dalam tu....
Buah salak berlambak juga belakang rumah. Bila ada tetamu datang, abah suruh ambil bawa balik sebagai buah tangan. Abah memang rajin menanam tapi abah tak makan sangat. Lagipun katanya buah salak tak bagus untuk mereka yang mengidap gout.....hemm....ye ke? Kakpb memang suka sangat tapi tidaklah banyak kalau makan. Sekadar 3/4 biji je.

Kami sempat beraya ke Trengganu rumah adik cikgu fahmi dan rumah mak saudara kakpb. Ketika menunggu sesuatu (urusan adik beradik cikgu fahmi) kami singgah solat di Masjid Kristal. Ini kali pertama jejak kaki disini. Selalu datang Trengganu tak sempat nak melawat mana2. Hujung tahun ingat nak bawa anak melawat Taman Tamadun Islam pula. InsyaAllah.




Sebelum balik KK, sempat juga ke bazar tok guru, beli tudung bawal tapi bukanlah yang mahal. Biasa2 je. Rasanya surirumah macam kakpb ni tak perlu ada tudung yang terlampau mahal. Sekali sekala beli ok laa...yang ni murah je, kakpb beli 4 helai.

Sehari sebelum balik pun sempat lagi ke Rantau Panjang. Kalau kesini haruslah pepagi keluar rumah, jalannya sepanjang masa jem sebab masih ramai lagi yang bercuti raya. Cikgu fahmi cari jersey untuk dia dan kawan-kawan yang kirim. Itu yang bagasi kami melebihi muatan....hehe....RM50 untuk perjalanan dari KB ke KL dan KK.

Ok cukup dulu......ada juga nak tambah tapi tak larat dah nak upload gambar lagi....esok2 ler.



4 ulasan:

  1. saya tak pernah tengok pokok salak, buah salak memang biasa makan. kalau dapat yang manis tu, ermmmmmm best :)

    BalasPadam
  2. Ermmmm menarik nyer aktiviti raya Kakpb.. Semoga ayah mertua akak cepat sembuh ek.. AMin.. Selamat hari raya n maaf zahir dan batin buat akak sekeluarga :)..

    BalasPadam
  3. Bestnya limau barli tu zana..tapi susah nak dapatkan..

    BalasPadam
  4. bestnya ada limau bali dan buah salak belakang rumah..saya suka makan dua2 buah tu, hihi

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)