my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Cuba fikir lepas baca!!

Salam Sejahtera....

Entah kenapa aku makin malas menulis blog. Gambar masakan ada dua tiga yang belum ku tulis. Sejak entry ku di komen........seolah2 aku tak boleh bersuara....seolah2 apa yang ku tulis salah.....seolah2 perasaan ku di ketepikan.

Mengapa mesti kecil hati jika aku menulis benda yang benar? Adakah 'kamu' tersinggung dengan tulisan ku? Mengapa hanya kamu saja yang merasakannya?

Siapakah yang tidak membenarkan aku masuk kebiliknya ketika aku memanggil dari luar? Apakah kamu tidak kenal suara aku (saudara mu) sedangkan hanya aku saja di situ? Siapa yang memaling muka ketika bertembung dengan ku sedangkan aku tak pernah tinggi suara dan tak pernah meminta apa2 pertolongan dari kamu. Tak pernah menyusahkan hidup kamu. Apa yang aku lakukan selama di rumah kamu, melebihi dari rumah ibu ku sendiri. Bukan aku mengungkit tapi itulah hakikatnya.

Apa yang aku lakukan selama ini, aku rasa dah cukup baik. Bagi ku la......kalau tak cukup baik, adakah orang lain yang kamu sanjung dan puji tu, cukup baik? Aku tak sesempurna mana seperti kamu juga. Bukankah lebih baik kita terima diri seseorang itu, seadanya?

Aku masih ingat, aku dikatakan menyuruh kamu setiap pagi menjerang air, sedangkan apa yang kamu buat itu bukan susah sangat pun. Aku di katakan tak membenarkan kamu menggunakan mesin basuh untuk membasuh baju kamu, sedangkan aku hanya minta kamu membasuh baju sekolah kamu yang putih itu dengan tangan. Aku juga dikatakan menyuruh kamu memasak sendiri sedangkan ketika itu kamu kata, "takpe buat sendiri".

Aku diam bukan bermakna aku bersalah. Mungkin aku salah kerana tidak memahami kamu sebagai anak manja. Aku juga anak manja. Aku juga tak pandai masak ketika sebaya kamu. Tapi baju2 ku tak pernah orang lain basuh sejak aku sekolah menengah. Aku tak pernah di panggil makan ketika hidangan telah tersedia setiap hari seperti kamu.

Kamu beruntung punya ibu ayah yang masih tegap, berfikiran waras dan cukup ilmu agamanya. Berbanding dengan aku, tak punya sesiapa untuk membela ketika aku dilanda masalah zaman sekolah. Hingga kini, jangan salahkan 'dia' jika hanya 'dia' tempat aku mengadu. Bukan niat ku untuk merenggangkan hubungan kalian. 'Dia' juga boleh menilai sendiri. Bukan jenis dengar cakap orang tanpa selidek.

Walau bagaimanapun, aku tak pernah menyimpan dendam terhadap kamu. Jauh di sudut hati aku berharap kamu jadi anak yang baik, berbakti pada orang tua kamu dan berjaya satu hari nanti. Tak perlu la kamu memikirkan sangat diri aku ini. Anggaplah aku bagai angin lalu, tiada istimewanya.........

Aku tau, kamu akan mempertikaikan apa yang ku tulis ini. Terpulanglah........apa anggapan kamu. Sebab sebaik manapun aku dimata kamu takkan dapat memenangi hati kamu2 semua. Kalau ada puji2an untuk ku di belakang, mungkin hanya di mulut. Aku pun sedar diri, tak sehebat mereka yang berjawatan doktor, pensyarah dan sebagainya.

Tulisan ku kali ini bukan untuk membuka pekong di dada. Aku sekadar mencurah rasa hati yang terkilan dan kecil hati. Kan lebih baik begini daripada aku menjaja cerita fitnah yang bukan2. Jika begini cara ku dikatakan tak manis atau tak elok, adakah patut aku pendamkan? Jika kamu dipihak ku, apa yang kamu akan lakukan? Sudah tentu kamu ada tempat mengadu kan? Kamu ada ibu dan kakak atau abang yang sangat perihatin. Sudah tentu semua orang berpihak pada kamu. Untungnya kamu, semua orang sayang........jadi....hargailah 'KASIH SAYANG' itu.

3 ulasan:

  1. salam kak, mmg sukar bila cara kita menjalani kehidupan seharian berbeza2. dua dunia jumpa satu rumah, mmg problem. maybe akak jenis independent, suka anak didik akak berdikari, pd akak itu satu didikan pekerti. tapi mslh bila org yg dibesarkan dlm dunia kemanjaan, di mana semua byk dilakukan oleh orang lain, sudah pasti, nasihat atau ajaran akak itu dia akan pandang negatif dan mendesak. pd sy, kematangan dan perasaan ego yg terkawal saja akan membolehkan seseorang melihat sisi pdgn hidup org lain tanpa begitu emosi. byk2 bersabar, kehidupan msh panjang, sudah pasti satu hari nanti, bilamana segalanya harus berdiri diatas kaki sendiri, akan nampak bergunanya akan pentingnya apa akak ckp.

    BalasPadam
  2. wslm lavender....
    akak tak kisah apa pandangan org pd akak, yg penting akak dipihak yg benar. sbnrnya, adik bradik, ipar duai tak kenal diri akak.....menilai akak dr rupa paras dan sikap akak. kalau mereka kenal, tak jadi mcm tu....ntah la, kekadang bosan pula dgn perkara begini.

    BalasPadam
  3. bawak2 bersabo bebanyak..
    abaikan je yg kecik2 tu...
    senyum selalu..
    make it happy..
    heee..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)