my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

SOTONG GORENG TEPUNG

Salam Sejahtera....

Ok...kembali menulis masakan pula....biaq pi la yang lepas2 tu, malas nak tensionkan otak aku ni....

Sotong goreng tepung ni dah banyak kali aku buat. Tapi.....terus terang masa first aku buat, aku rasa salah cara aku tu. Resepi ni aku ambil dr blog kakInakl......tak baca abis cara2nya, aku main belasah je....

Mula2 aku buat, aku gaul sotong dlm tepung dulu baru masuk dalam bancuhan telur. Tengok2 bila dah goreng, lain pula rupa sotong goreng aku ni......fikir2 balik, macam salah je teknik aku tu. Akhirnya baru terfikir, gaul dulu sotong dengan telur, baru celup dalam bancuhan tepung, goreng......barulah cantik!!

Bahan-bahan:-
500gm sotong

1 cawan tepung gandunm

2 sudu besar tepung jagung

1 sudu kecil serbuk kari daging

sedikit serbuk lada hitam/lada sulah

sedikit garam

1 biji telur di pukul

minyak untuk menggoreng

1 biji limau kasturi-ambil jus

Cara-caranya:-

1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar.

2. Bilas dan toskan.

3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam/lada sulah, dan garam.

4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.

5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan

gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.

6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.

7. Sedap di makan panas-panas.

Credit to kakInakl......kita suka resepi ni sebab anak tak makan pedas, jadi sesiapa yang tak suka pedas, sesuai sangat dengan masakan ni..

3 ulasan:

  1. Bila kita orang boleh pi makan nih..?

    BalasPadam
  2. salam zana...

    sekali sekala bagi curahkan perasaan kat blog ni..jangan terbuku di hati..sabar ek..biasalah manusia ni..mcm-mcm hal..


    gelak akak baca kamu salah buat mula-mula..akhirnya jadi jugak kan..
    tq sudi cuber resepi entah apa-apa ni..

    BalasPadam
  3. ermmm.. sadapnya... pos laju leh kak?

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)