my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Cuba fikir lepas baca!!

Salam Sejahtera....

Entah kenapa aku makin malas menulis blog. Gambar masakan ada dua tiga yang belum ku tulis. Sejak entry ku di komen........seolah2 aku tak boleh bersuara....seolah2 apa yang ku tulis salah.....seolah2 perasaan ku di ketepikan.

Mengapa mesti kecil hati jika aku menulis benda yang benar? Adakah 'kamu' tersinggung dengan tulisan ku? Mengapa hanya kamu saja yang merasakannya?

Siapakah yang tidak membenarkan aku masuk kebiliknya ketika aku memanggil dari luar? Apakah kamu tidak kenal suara aku (saudara mu) sedangkan hanya aku saja di situ? Siapa yang memaling muka ketika bertembung dengan ku sedangkan aku tak pernah tinggi suara dan tak pernah meminta apa2 pertolongan dari kamu. Tak pernah menyusahkan hidup kamu. Apa yang aku lakukan selama di rumah kamu, melebihi dari rumah ibu ku sendiri. Bukan aku mengungkit tapi itulah hakikatnya.

Apa yang aku lakukan selama ini, aku rasa dah cukup baik. Bagi ku la......kalau tak cukup baik, adakah orang lain yang kamu sanjung dan puji tu, cukup baik? Aku tak sesempurna mana seperti kamu juga. Bukankah lebih baik kita terima diri seseorang itu, seadanya?

Aku masih ingat, aku dikatakan menyuruh kamu setiap pagi menjerang air, sedangkan apa yang kamu buat itu bukan susah sangat pun. Aku di katakan tak membenarkan kamu menggunakan mesin basuh untuk membasuh baju kamu, sedangkan aku hanya minta kamu membasuh baju sekolah kamu yang putih itu dengan tangan. Aku juga dikatakan menyuruh kamu memasak sendiri sedangkan ketika itu kamu kata, "takpe buat sendiri".

Aku diam bukan bermakna aku bersalah. Mungkin aku salah kerana tidak memahami kamu sebagai anak manja. Aku juga anak manja. Aku juga tak pandai masak ketika sebaya kamu. Tapi baju2 ku tak pernah orang lain basuh sejak aku sekolah menengah. Aku tak pernah di panggil makan ketika hidangan telah tersedia setiap hari seperti kamu.

Kamu beruntung punya ibu ayah yang masih tegap, berfikiran waras dan cukup ilmu agamanya. Berbanding dengan aku, tak punya sesiapa untuk membela ketika aku dilanda masalah zaman sekolah. Hingga kini, jangan salahkan 'dia' jika hanya 'dia' tempat aku mengadu. Bukan niat ku untuk merenggangkan hubungan kalian. 'Dia' juga boleh menilai sendiri. Bukan jenis dengar cakap orang tanpa selidek.

Walau bagaimanapun, aku tak pernah menyimpan dendam terhadap kamu. Jauh di sudut hati aku berharap kamu jadi anak yang baik, berbakti pada orang tua kamu dan berjaya satu hari nanti. Tak perlu la kamu memikirkan sangat diri aku ini. Anggaplah aku bagai angin lalu, tiada istimewanya.........

Aku tau, kamu akan mempertikaikan apa yang ku tulis ini. Terpulanglah........apa anggapan kamu. Sebab sebaik manapun aku dimata kamu takkan dapat memenangi hati kamu2 semua. Kalau ada puji2an untuk ku di belakang, mungkin hanya di mulut. Aku pun sedar diri, tak sehebat mereka yang berjawatan doktor, pensyarah dan sebagainya.

Tulisan ku kali ini bukan untuk membuka pekong di dada. Aku sekadar mencurah rasa hati yang terkilan dan kecil hati. Kan lebih baik begini daripada aku menjaja cerita fitnah yang bukan2. Jika begini cara ku dikatakan tak manis atau tak elok, adakah patut aku pendamkan? Jika kamu dipihak ku, apa yang kamu akan lakukan? Sudah tentu kamu ada tempat mengadu kan? Kamu ada ibu dan kakak atau abang yang sangat perihatin. Sudah tentu semua orang berpihak pada kamu. Untungnya kamu, semua orang sayang........jadi....hargailah 'KASIH SAYANG' itu.

Al-Fatehah utk arwah adik

Salam Sejahtera....

6.40 ptg ni (14hb) aku akan pulang ke KL kerana adik kandung ku telah pulang kerahmatullah. Walau tak sempat bersua muka, bertentang mata.........namun aku sempat menyuap makanan kemulutnya ketika cuti panjang tempohari. Jangka hayatnya memang telah diketahui tidak bertahan lama.

Hanya terkilan beberapa perkara tentang nasib arwah. Aku doakan moga dia di limpahi rahmatNya dan aman di SANA.

merayau ke Kota Belud hingga Simpang Mengayau

Salam Sejahtera....

Lama betul tak update blog, rasa malas plus dengan sibuk melayan saudara mara dari Johor. Tiba2 je kami jadi 'bidan terjun' melayan tetamu tanpa ada persediaan. Itu yang jadikan hidup aku kelam kabut selama seminggu. Tapi takpe la.......'tok ngah' punya pasal......layan je!!

Minggu lepas kami menyewa sebuah kereta untuk ke Kota Belud, sebenarnya nak melihat bagaimana suasana Pasar Tamu Kota Belud. Pukul 9 pagi bertolak dari rumah, 10.30 pagi dah sampai sana. Aku rasa macam dekat je........sampai je, terus cari kedai makan (pada hal dah makan kat rumah) Ini kes pakcik ku le yang lapar agaknya. Sembang2 dengan orang kat kedai tu, rupanya pasar tamu tu bukan kat tempat kami park kereta. Pukul 11 pagi dah ni, pukul 12 katanya nak tutup. Alamak........kalau tau tadi, takde le melepak lama2 kat kedai makan.....

Dah jumpa pasarnya............apa lagi? shopping time laa.......aku takde beli apa sangat, cuma beli kotak tisu yang di buat drp daun mengkuang kot......nak beli parang, nanti2 la.....cadang nak bawa balik semenanjung tapi tak pasti pula boleh ke tak.
ni dia tok ngah dengan tok moi.......bab tawar menawar, bagi kat dia....


orang dah tak ramai, nak tutup kedai.....kita baru nak shopping..


dalam perjalanan ke Kudat kami singgah ditempat orang membuat gong

Nama tempat tu aku lupa pulak. Kemudian kami singgah di rumah panjang. Aku ni dah setahun tinggal sini, rumah panjang belum pernah naik atau tengok dekat2. Masa lalu depan rumah tu, tokngah kata, tu bukan rumah panjang tu........reban ayam tu.....(maaf ye pada orang2 sabah, atok aku tu dah tua.....faham2 je la sikap orang tua ni, tambah pula dia tak pernah ke Sabah)


Ni je gambar yang dapat ku snap sebab bateri dah kong! Sejuk je lepak kat sini, tak payah beraircond bagai. Teringat rumah arwah tok ku kat Johor masa kecil2 dulu, guna atap nipah ni ler........

Kemudian kami ke Kudat tanpa di rancang. Jalan ke sana teruk betul, lubang sana sini dan bahaya pula. Tiba di Kudat, terus ke rumah sahabat suami. Tumpang sembahyang dan jamu sedikit minuman sejuk. 5.30 ptg kami terus ke Simpang Mengayau bersama famili mereka.

Tak dapat ku jelaskan dengan kata2 betapa indahnya ciptaan Allah, tiada bandingan. Bagi ku.......Simpang Mengayau adalah tempat paling indah yang aku lawati. Dengan angin yang nyaman, fikiran terasa tenang dan damai.........


rasa nak bina rumah je kat atas bukit yang di kelilingi lautan........berangan ni......

Ada banyak gambar2 kat facebook. Malas nak upload di sini sebab brodband mengong sikit........mood aku pun dah macam brodband ni........

nota aku: tak sabar nak pergi lagi ke sini tapi entah bila agaknya....
rasa tak puas sebab aku suka suasana begini, rasa beban berat di kepala terlepas bila memandang ke laut luas!

TALAM KELADI

Salam Sejahtera....

TALAM KELADI


Resepi ni aku ambil dari Chef Cid. Dah lama aku buat tapi tak sempat nak tepek kat sini. Sebenarnya aku buat talam ni macam keras sikit, first time.......biasa la tu.....

Lapis bawah:-
300 gm keledek di rebus dan lecek
santan cair dari setengah biji kelapa
150 gm tepung beras
1/2 sudu teh garam
225 gm gula

Lapis atas:-
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Cara lapis bawah :-

Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
Kisar keledek dengan santan.
Masuk semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebentar dengan api kecil.
Masuk adunan dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

Lapisan atas:-

Campurkan semua bahan, tapis dan kacau atas api kecil.
Cakar2 dengan garpu lapisan bawah dan tuang adunan keatasnya.
Kukus semula selama 25 minit.
Dah sejuk, boleh la potong!!

nota: kredit to Chef Cid yg ku tak kenal...