my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan

Buku Masakan saudara dari Singapore

Masa kakpb balik KL tempohari, kakak ada tunjuk buku masak yang dia dapat dari anak kepada emak saudara sepupu. Dia tu (allayarhamah) adalah sepupu kepada emak kakpb. Betul tak mak saudara sepupu, ke salah?

 Emak saudara kakpb tu yang kami panggil Makngah Bedah memang seorang yang pandai memasak, menurun daripada arwah emaknya, kami panggil Tok ucu zam. Kecik2 dulu selalu tengok mereka ni ambil tempahan memasak. Tok selalu jadi mandur bila umur makin meningkat. Arwah Makngah anak nombor dua dari enam adik beradik. Seorang lelaki dan lima perempuan. Sekarang tinggal mak long (di Singapore), mak uda (KL), mak itam (di Kanada), mak ucu (dah meninggal) juga ayahandak yang lebih awal pergi menemui Ilahi. Alfatihah untuk mereka yang kami kasihi.

Kakpb tak dapat nak jelaskan lebih lanjut tentang buku masak ni kerana kakpb tak sempat nak baca keseluruhannya. Dapat snap sekeping dua foto. Insyaallah kalau dapat beli, kakpb share sikit apa yang ada didalamnya.

Sah kakpb kecil lagi masa ni.....arwah disebelah kiri (tak clear fotonya, nampak sebelah muka je). Depan beliau ialah maklong.


Banyak resipi menarik yang dikongsi oleh anak beliau dalam buku ni. Resipi dihimpunkan Rita Zahara, kakpb tak pasti anak nombor berapa. Jumpa dia pun masih kecil dulu. 


Berbaju merah ialah suami kepada arwah makngah dan kiri tu kakak kepada Rita Zahara (mungkin belah kanan)
Suami makngah seorang yang suka berlawak, manja dan ngada-ngada...hehe...Ingat lagi kalau pergi rumah dia kan.....suka sangat menyakat makngah. Makan nak bersuap. Sayang...darling....sentiasa dibibirnya..romantik sungguh.

Kalau tak silap kakpb, buku ni boleh didapati di kedai buku MPH. Cubalah cari. Insyaallah segala resipi yang ada dalam buku ni memang original dari makngah kami.


Karambunai dan trajedi pahit campur lucu

Salam hari sabtu teman-teman kakpb. Hari ni pasti korang ukur jalan atau cuci mata kat shopping complex kan? Kalau tak makan-makan, beli barang dapur yang dah licin. 

Kakpb nak sambung kisah kami yang bercuti di Karambunai tempohari. Biasa-biasa je. Tapi nak bagitahu ye, masa kami pergi booking hotel tu main walk-in je sebab cikgu fahmi dah call sebelum tu katanya banyak kosong. Hampeh!! Memang banyak kosong tapi yang mahei ler.....

Rupanya hotel yang kami pernah menginap dulu sedang di renovate. Itu murah sikit, dalam RM200 keatas. Boleh guna kad kerajaan bagi penjawat awam. Hari kami datang tempohari hanya potongan RM30 saja. Kami kongsi dua beradik kena bayar RM420, ambek kau!!
Takpelah....adik beradik boleh kongsi bilik. Tapi katil yang kami dapat ni macam tak best je nak tidur berdua. Kena pulak adik kakpb tu kuat berdengkor. Kita orang gelak sampai sakit perut dengar dengkor dia tu. Anak dia pun tak tahan. Masa tidur rumah kakpb, anak dia kata.....nasib baik Haziq tidur dalam bilik :)


Nilah rupa katilnya.....depan tu tv besar, agak luas kalau bawa famili ramai takpe kot. Boleh angkat tilam letak bawah atau minta tilam spare. Buka pintu belakang terus nampak laut.


Pemandangan sekitar rumah kami.....hehe....cantik kan? Segar je mata tengok hijau-hijau ni....


Sebelum merendamkan diri dalam air laut, puan blog berfoto depan kolam teratai warna ungu. Cantik sangat dan teringin nak petik. Ala-ala gadis pingitan duduk tepi sungai tunggu kekasih hati baling batu dalam air....hehe...

Kolam renang pun best tapi puan blog malas nak berendam sebab tak bawa tudung lebih. Pergi kelam kabut macam tu ler. Lelaki tengah tu adik kakpb, putih dan tinggi besar orangnya. Jauh beza dengan kakpb yang hitam manggis ni...hehe....

Cerita pahit kami tu pasal kereta cikgu fahmi berasap lepas balik makan seafood di KK. Nasib baik dah nak sampai hotel. Tempreture naik tinggi sebab air kering. Terpaksalah tinggalkan kereta di hotel semalaman. Rancang nak tidur sana kami batalkan sebab teringat kat arnab kat rumah tu tinggal dari pagi takde orang tengokkan.
Jadi....kami balik dengan kereta sewa adik kakpb. Jam dah pukul 11 malam. Perjalanan dari Karambunai ke rumah dalam 40 minit. Dengan hujannya....mata mengantok, letih lagi memang dah tak fikir apa melainkan bantal, tilam dan aircon je.
Lagi 5 minit nak sampai rumah, kakpb biasanya dah pegang kunci rumah. Dah ready kat tangan biasanya. Bila tunduk kepala ke bawah (kat handbreak tu selalu letak kunci) eh...kunci rumah kita mana?

Ah sudah!! Kakpb tengok muka cikgu fahmi, dia tengok muka kakpb. Nak marah siapa eh? Tak larat dah nak gadoh2 malam hari. Aziz dah terbongkang kat belakang, letih sangat.
Kunci rumah tinggal dalam kereta kami di hotel. Nak patah balik, tak mungkin sebab memang dah tak sanggup menempuh hujan dan perjalanan jauh.

Sampai depan rumah, kami relax dulu. Tenangkan fikiran, macam mana nak korek/cungkil sliding door rumah. Cari dawai tak jumpa. Akhirnya kakpb korbankan pin tudung kakpb. Yeaaaay...boleh buka sliding door. Cikgu fahmi jadi Mac Gyver daaaa.....
Satu lagi mangga grill yang belum buka. Bila dah boleh masuk tangan, kami berharap sangat boleh capai apa saja kunci yang terletak didalam kotak kunci, tersangkut kat dinding berdekatan pintu. Guna payong, guna kayu berus lantai.....akhirnya dapat. Alhamdulillah.....ada satu kunci yang boleh kami gunakan. 
Akhirnyaaaaaa.....masuk dalam terus tidur, tak larat nak kemas yang bersepah tadi.



 

Kundasang dan Mesilau : entry hari sabtu 9hb nov,2013

Kami pergi tanpa dirancang kerana cuaca mendong sejak beberapa hari lepas. Ini pun sebab adik kakpb datang dari KL. Asalnya nak ke pulau Manukan tapi kami batalkan. Lain kalilah....

Ni first time adik kakpb datang Sabah bersama kawan dan anaknya yang seorang. Alhamdulillah cuaca elok pula hari tu. Terus menuju ke kaki gunung Kinabalu. Singgah sekejap di Pekan Nabalu, kakpb tak masuk pun kedai karangkraf. Takut terbeli pula kalau dah masuk. Biarkan adik dan cikgu fahmi yang tinjau2 barang. Beli juga akhirnya, topi bulu....untuk budak berdua tu.

Awan menutup puncak gunung. Biasanya boleh lihat tapi cuaca menunjukkan akan hujan masa tu. Ramai pelancong masa ni......suasana amat nyaman, sejuk dan tenang. Mata ni tak lepas memandang gunung yang gah didepan. Teringin sangat mendaki dan menikmati keindahannya.

Selepas berfoto di Pekan Nabalu, kami singgah di Mesilau Dairy Farm. Dulu tempat ni berbeza masa kakpb pergi...tengok entry dulu disini. Sekarang dah kena bayar, kaunter tiketnya di sebelah depan pula. Dewasa RM4 dan kanak2 RM2 kalau tak silap (tak ingat sebab adik yang bayarkan)
Kami masuk dalam tapi tak sampai ketempat memerah susu lembu. Ketika sampai pun lembu2 import ni dah jauh dari pagar jadi tak dapat bergambar seperti dulu.
Pernah menginap di Mesilau beberapa tahun lepas, entry disini



Berfoto mana yang sempat je, gaya tah hape-hape....
entry di Mesilau yang lama baca sini


Beli aiskrim fresh dari susu lembu yang diperah dan popcorn. Tak beli pun susu kotak, malas nak jimbit.


 
Menikmati keindahan, walaupun panas, angin bertiup menyejukkan badan. Padang ragut je yang mampu kami fotokan. Lembunya nun jauh disana.

Oklah, entry pendek bergambar yang dapat kakpb siarkan. Masa tak mengizinkan sebab kerja menimbun sejak adik datang, kami asyik berjalan kesana kemari. Semalam menghadiri majlis anugerah sekolah anak kakpb. 
Badan dah mula sakit bila membongkok, tanda2 nak demam kot. Bilik air belum cuci lagi.....uwaaaaa!!

Entry akan bersambong ke Karambunai pula....

Top 5 pun sudah bagus baa..

Minta maaf banyak-banyak teman blogger. Kakpb tak sempat juga blog walking sabtu dan ahad. Jumaat dan sabtu malam sibuk menunggu anak bujang ni menari. Siang sabtu layan tetamu dari KL yang nak balik petangnya. Jadi tengahari kakpb sibuk masak dan bawa mereka bersiar-siar sekitar KK. Nanti kakpb kongsi gambarnya dilain entry.

Lantai cilik yang dirakam tempohari telah berakhir dengan kekalahan bagi sekolah anak kakpb. Hanya dua sekolah yang terpilih daripada lima yang bertanding. Tertera juga wajah kecewa pada yang kalah tapi kakpb ucapkan tahniah juga pada si bujang tu. Walaupun kalah, sekolahnya adalah top 5 ranking di Sabah. 

Apa yang kakpb tau, mereka ni tak cukup latihan. Tambah pula mereka dalam suasana exam minggu ni. Tapi cikgu yang uruskan mereka tak benarkan cerita pada juri sebab tidak mahu meraih simpati. 
Tahniah pada sekolah yang menang dan dapat ke KL untuk mewakili negeri Sabah. Dengar kata rakaman Lantai Cilik ni akan ditayangkan pada tahun depan di RTM.



Segak bergaya anak bujang ku, dengan bedak berkepok dimuka....haha...kalau nak diikutkan dia ni bukan suka dibedak.


Sempat berfoto dengan Aliff Satar yang peramah, comel dan sporting.

Juri undangan Arja Lee (handsome pulak dia ni, tengok kat tv tak menarik langsong) dan dua orang jurutari tapi tak ingat nama.

Setakat ni dulu catatan kakpb. 3 hari lagi nak terbang pulang, jumpa keluarga dan kakak yang akan pulang dari tanah suci esok. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dalam perjalanan pulang ketanah air.
Amin.



Sajak Kemerdekaan - Aziz Juara

Pahlawan sejati
dalam hatinya bernyanyi

Tanah air dan bangsa
dimana terpaut cinta mulia

Untuk mu darah ini mengalir
padanya jasad ini cair

Pahlawan
Jika hilang mu tanpa pusara
Jika pusara mu tanpa nama
Jika nama mu tanpa bunga
Penjajah mengatakan kau derhaka
maka kaulah pahlawan sebenarnya...

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru, bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu

arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat.



Pahlawan!

Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat

namamu terukir di jantung rakyat.
nukilan Tongkat Warrant/Usman Awang 

Hari ini anak kakpb akan ulangi lagi di atas pentas sekolahnya. Hari ini juga dia akan menerima tepukan dan hadiah kerana memenangi pertandingan mendeklamasikan sajak Usman Awang. 
Sajak ni pilihan dia sendiri dan gaya yang tersendiri....hehe....ibu dan ayah hanya komen sikit-sikit.
Pertandingan berlangsong pada hari rabu lepas. Hari ni baru buat sambutan Hari Malaysia/Kemerdekaan disekolah. 

Cikgu fahmi bagi idea, bagus guna background music. Jadi pagi rabu tu cikgu fahmi tolong download dan save ke pendrive. Tapi yang buat anak bujang kakpb frust bila cikgu kelasnya telah menggunakan music itu untuk murid2 lain yang bertanding sama.

Nasib baik Aziz menang, kalau tidak confirm dia tak puas hati kerana cikgu curi idea dia...haha...budak2 lain takde music. 
Tahniah dari ibu dan ayah untuk Aziz Iskandar....

 Bakal 5A UPSR? Insyaallah...

Mereka ke tanah suci, Sweety pula kembali

Alhamdulillah, abang ipar kakpb dah berlepas ke tanah suci malam tadi. Kakpb hanya dapat melihat gambar2 yang anak saudara kongsikan di instagram dan weChat sahaja. Nak buat macam mana, kita jauh diseberang. Nak balik.....anak bujang kakpb pula banyak program. Ada UPKK, berkawat, masuk baca sajak dan lain-lain lagi. Dua minggu akan datang nak exam sekolah agama. Cikgu fahmi suruh balik kakpb kesian pula nak tinggal anak.

Takpelah dapat tengok gambar pun jadilah. Mudah2an mereka dalam keadaan sihat walafiat untuk mengerjakan ibadah di sana. InsyaAllah, panjang umur kita dapat juga bertemu penghujung tahun ini.

Itu kisah orang pergi haji. Ni haa.....nak cerita pasal Sweety yang lepas keluar dari kandang semalam. Bukan main lagi dia ye!! Entah pukul berapa dia menggigit sangkar dia tu dan lari tinggalkan rumah.

Semalam kakpb balik dari KK dah waktu maghrib. Dalam hati asyik ingat dia je. Sampai depan gate, anak jiran sebelah bagitahu ada jumpa Sweety. Rupanya mereka (budak2 taman ni memang kenal Sweety) jumpa dia dalam parit/longkang besar. Nasib baik takde air dan kebetulan semalam tak hujan. Kalau tidak, sure dah hanyut kelaut. Dan nasib baik juga dia masuk parit, kalau tidak pasti dah kena ngap dengan anjing jalanan. Budak2 tu tangkap dia guna serkop rama-rama. Siap dimandikan pula. Alahai...baiknya jiran2 kakpb ni.

Terima kasih sangat kakpb pada mereka. Inilah bagusnya kalau kita berbaik-baik dengan jiran sekeliling. Apa2 berlaku mereka akan inform kita. Cuba kalau kita tak kenal jiran atau jenis yang tak peduli? Mesti mereka pun malas nak ambil tahu hal kita.



Sekarang Sweety diletakkan dalam sangkar besar. Sebelum ni kakpb asingkan dari anak dia yang dua ekor tu. Asyik nak menenggek atas anak dia, tu yang kakpb jauhkan. Cikgu fahmi kata, lantak dia la nak buat apa kat anak dia.....hehe....kita kesian, anak dia tu remaja lagi...hehe...faham2 je la.


Promote adik

Assalammualaikum semua....

Pagi ni update sepantas kilat...hehe...jika ada sesiapa yang mencari t-shirt muslimah, bolehlah tengok di SINI. Blog ni baru je di ujudkan. Adik kakpb buat bisnes kecil2an, mungkin bersama kawannya. Maaf ye kerana kakpb pun baru tau dan tak banyak yang kakpb boleh kongsikan di sini. Maklumlah, kami ni berjauhan, di pisahkan oleh lautan luas. Kalau talipon pun kekadang lain yang nak di tanya, lain pula keluar sembangnya. Orang adik beradik la katakan.......di side bar tu ada kakpb sertakan link beliau. Pergilah tengok2, belum banyak pun, orang baru nak mula. Tapi adik kakpb ni ok orangnya, terlebih ramah, out spoken...haha...bual dengan dia memang nak ketawa je.

Errr...nampak berbeza eh kakpb dengan dia? Memang laaa.....satu emak lain bapak!!

Masakan emak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pb sekarang di Selangor pula, lagi beberapa hari nak balik Sabah. Hubby dah dalam perjalanan, mungkin sampai pukul 10 mlm ni. Kali ni balik tak sama, ala........berpisah untuk 2 hari je.......tapi terasa lama juga tu.
Hari ni emak ajak makan2, dia masak nasi beriani, nasi lemak, daging kicap, ayam kurma, ayam goreng, sambal tumis........fuhh......balik je terus timbang berat badan. Naik 2 kilo der........

Makan-makan kat rumah adik........bersama sebahagian anak-anak saudara.



Mengharap semuanya dilindungi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sekarang ni, sana sini bencana alam berlaku samada di dalam negeri atau luar negara. Gempa bumi semakin kerap. Banjir berleluasa di Bangkok, negara jiran kita. Hati ini gundah gulana tambahan pula cuaca penghujung tahun kebiasaannya selalu tidak menentu. Harap tiada halangan sepanjang perjalanan kami pulang ke semenanjung nanti.

Semalam, hubby dapat call dari emaknya mengatakan tok lelaki di JB sakit tenat. Sekarang masih dalam wad dan katanya kritikal. Pb doakan semoga atok cepat sembuh dan nenek pula tabah menghadapi ujian dariNya.

Mertua dan keluarga semua berangkat ke Johor. Mungkin anak2 yang lain juga dalam perjalanan. Ketika ini kami juga dalam dilema kerana hubby baru dapat surat, kena jaga periksa hujung tahun. Tiket balik kampung dah ambil. Pada mulanya pb cadangkan dia stay dulu hingga selesai periksa dan tiket tu terpaksa tukar tarikh. Bagaimanapun teman hubby cadangkan supaya cancel je jadi pegawai pemeriksa, lebih senang. Mungkin itu lebih baik bagi kami daripada menyusahkan orang lain.

Pb pun lebih senang suami ada di sisi. Tak pernah berjauhan lama-lama. Risau juga kalau dia sendirian, gosok baju dan sebagainya dia tak biasa buat. Tapi jika terpaksa, relakan jugalah. Demi rezeki yang halal.

Arwah Tok Teh yang di kasihi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pagi ni aku terima panggilan dari kakak, katanya Tok Teh dah meninggal kalau tak silap petang atau malam tadi. Al Fatehah untuk arwah. Kami sempat menziarah arwah ketika raya tahun lepas dan cuti hujung tahun baru-baru ni. Memang dah uzur benar dia tu.

Aku pernah upload gambar dalam blog ketika jumpa dia dulu tapi lupa label pula. Arwah walaupun dah 80an umurnya, masih boleh melihat dengan jelas dan pendengaran pun ok. Kalau kami bersembang ramai-ramai kekadang dia pun tumpang gelak. Cuma dia tak boleh keluar suara sangat, kena letak telinga kat bibir dia baru boleh faham.

Lepas ni kalau aku balik Johor rasanya keluarga sebelah ku ramai yang dah takde. Arwah tok, adik arwah tok dan arwah tok teh adalah kawan karib. Aku ingat lagi dulu-dulu mereka ni sering berkumpul kalau nak ke mana-mana samada nak beli barang di bandar atau nak kerumah jiran yang buat majlis kahwin. Kat rumah tok teh jugak la tempat aku melepak tunggu arwah tok ku bersembang. Aku memang takde kawan jadi rumah saudara la tempat aku bertandang. Itu pun kejap je....

Teringat kat depan rumah tok teh ada pokok jambu susu atau jambu botol. Ramai budak-budak yang balik dari sekolah atau dari masjid singgah kutip jambu. Rumah tok teh bersebelahan dengan masjid. Sebelah pokok jambu ada kolam besar. Bukan kolam renang tau!!

Arwah tok teh aku ni ramai anak lelaki, perempuan sorang je. Kalau aku datang dulu mesti dia tengah sidai kain atau dalam bilik air, menyental baju. Basah kuyup aku tengok baju dia. Jari tangan sampai kecut berut. Masa ni arwah suami dia dah meninggal.

Hari raya kat rumah tok teh wajib ada laksa Johor. Nak makan laksa kena pergi rumah dia. Sekarang semua tu dah tinggal kenangan. Bagaimana pun aku tetap akan kunjungi mereka sekalipun arwah dah tiada. Akan aku terapkan dalam jiwa anak ku, hubungan keluarga takkan putus kalau mereka yang lebih tua sering kunjung mengunjungi dan bawa anak-anak untuk dikenali. Sekali pun jauh, berbagai cara boleh kita gunakan untuk mengeratkan silaturrahim.

Al fatihah untuk arwah dan salam takziah dari kami yang jauh di perantauan.

Meriah

Salam Sejahtera....

Maaf ye pada teman2 yang berkunjung ke blog ku ini sejak dua tiga hari tak sempat nak update. Sibuk dengan masak memasak kat dapur sampai surat khabar pun tak baca.

Mak dan kakak ku sekeluarga ada disini tempohari, lebih kurang 5 hari mereka berkampung di Sabah. Tapi bukan la menginap di rumah ku, ada sewa rumah untuk 3 hari. Ok juga, satu hari RM200, 4 bilik dan segala2nya lengkap. Ada aircond, tv, dapur dan lain2. Bersebelahan dengan pasaraya pula. Senang kakak ku nak cari apa2 yang tak lengkap kat rumah tu kalau nak masak.

Bagaimanapun mak tinggal dengan ku. Tak sesuai pula dia nak tidur kat sana, ramai satu hal, budak2 muda pula tu sebab anak buah ku datang dengan geng2 dia sekali. Dia bertunang dengan orang Sabah. Sebab tu la satu famili turun.

Di pendekkan cerita, malam Sabtu majlis tu berlangsung. Rasanya ni first time kami pergi merisik dan meminang di waktu malam. Nak buat macam mana, kena ikut belah perempuan. Selesai majlis, esoknya (Ahad) kami ambil kesempatan meronda sekitar Kundasang dan Ranau. Tak sah la kan? kalau dah ke Sabah tak tengok pemandangan kaki Gunung Kinabalu, mana boleh.

Dua hari kami di sana, alhamdulillah.......cuaca ok je. Sempat ke Kg Luanti, Poring Hot Spring dan Kinabalu Park. Sesekali jalan ramai2 (tiga buah kenderaan konvoi) seronok betul. Kena pula mak ada sama. Dapat pula makan masakan dia. Selama di sini, dia je yang masak untuk semua orang.

Pendek kata memang seronok sangat aku hari tu. Walaupun letih tak boleh nak cakap, aku tak kisah. Apa yang penting dapat kumpul bersama sebahagaian kecil keluarga ku. InsyaAllah jika tiada aral melintang, bulan Januari tahun depan, mertua pula berkampung di sini.


sempat ke Kota Belud, beli sudip kayu, parang (abg ipar beli) tak ketinggalan brooch (wajib beli kalau ke Sabah)
Rumah penginapan atas bukit, tempat bebudak ni bermalam selama 2 hari....ok juga, sejuk...view yang menarik..
Dari sini boleh lepak sambil melihat keindahan alam terutamanya gunung Kinabalu....
Lepas subuh terus turun dari hotel untuk menunggu matahari terbit dan melihat keindahannya...
Tak sah kalau pergi satu2 tempat tu tak bergambar, bukti mesti ada...
hehe.....kat tingkap pun nak posing, tapi yang penting bukan tuan punya badan tu........background tu yang harus di zoom....

Ok la......ni je yang dapat aku upload, selebihnya ada di facebook.......

Al-fatihah utk arwah Mak Ucu..

Salam Sejahtera....

Tak sampai juga hajat ku nak jumpa dengan arwah Mak Ucu. Kakak talipon tengahari tadi, katanya Mak Ucu baru je meninggal dunia. Sedih teramat sangat rasanya, terkilan tak sempat jumpa dia. Aku harap dia di tempatkan bersama2 orang beriman di SANA. Amin...

Kakak kata dia mengidap sakit kuning lama sangat hingga organ dalam dah tak berfungsi. Wajah bertukar gelap sebab kulit dia putih. Perut katanya membusong tinggi. Kalau betul la dia di buat orang, alangkah besar dosa orang tu. Tapi aku tak dengar lagi kisah yang sebenarnya. Tunggu cuti sekolah nanti, aku balik semenanjung baru tau cerita.
Ini la satu2nya gambar yang aku ada bersama Mak Ucu, masa sanding zaman dulu2.....
Kini tersimpan erat dalam lipatan kenangan........
Meninggalkan keluarga dan semua yang dikasihi....

DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.....

nota aku: sorry Shafiq, makngah tak wish masa nikah 

korang pun tak call, mana nak ingat?

Takziah buat keluarga di Trengganu...Al-Fatihah

Salam Sejahtera....


dan salam takziah dari kami di Sabah untuk uncle dan seluruh keluarga di Trengganu kerana kehilangan ibu tercinta....Mak Tok.

Aku dapat panggilan dari kakak pagi ni, dia beritahu tentang pemergian arwah kerana sakit tua. Arwah dah 80 lebih umurnya. Tengok pada zahir memang dia sihat cuma sedikit gangguan seperti lupa atau nyanyuk. Mak tok baik orangnya, tak reti mengumpat, tak suka bertandang rumah jiran tak tentu pasal dan paling aku suka tengok senyuman dia yang manis. Susah nak tengok dia marah, sepanjang masa gelak je......mudah-mudahan dia ditempatkan disisi orang2 yang beriman.

Beberapa bulan ni aku sering dapat berita yang kurang menyenangkan. Kakak cerita pasal mak saudara ku di Johor sakit tenat sekarang. Katanya sakit kuning, kaki bengkak dan busong. Kesiannya.......paling sedih aku tak dapat melawat dia buat masa sekarang. Kalau tiada halangan cuti sekolah nanti aku dan suami bercadang nak ke Johor melawat saudara mara. Boleh singgah rumah nenek suami nanti.

Aku harap sempat jumpa makcik ku kerana doktor kata harapan dia tipis. Doktor jangkakan hayat dia cuma 3 minggu. Tapi ajal maut bukan ditangan kita. Teringat dulu masa aku kerja di JB. Aku tinggal dengan makcik2 ku serumah. Makcik ku ni masa tu dah yatim piatu. Dia belum kahwin lagi. Anak bongsu dari 5 beradik. Dia lincah, becok dan lucu orangnya. Suka menari dan menyanyi. Kalau tengok tv rancangan hiburan, mesti terhenjut2 badan dia ikut berjoget.

Tak sabar rasanya nak balik jumpa saudara mara. Aku kat sini bukannya ada ramai kawan, tu yang kekadang sedikit bosan. Hiburan aku, tv dan internet.

Al-Fatehah utk arwah adik

Salam Sejahtera....

6.40 ptg ni (14hb) aku akan pulang ke KL kerana adik kandung ku telah pulang kerahmatullah. Walau tak sempat bersua muka, bertentang mata.........namun aku sempat menyuap makanan kemulutnya ketika cuti panjang tempohari. Jangka hayatnya memang telah diketahui tidak bertahan lama.

Hanya terkilan beberapa perkara tentang nasib arwah. Aku doakan moga dia di limpahi rahmatNya dan aman di SANA.