my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

2 November 2013 dalam kenangan

Tika ini berleluasa berita tentang pemergian allahyarham Ahmad Ammar di facebook dan blog. Kisah pelajar cemerlang ini menarik hati bukan sahaja di Malaysia tetapi luar negara juga. Untuk lebih lanjut kisah2 trajis ini bolehlah google atau baca sini ye. Kakpb dah tengok videonya dari kecil hingga saat dikebumikan. Takziah untuk keluarga beliau. Allah lebih menyayangi beliau dan ditempatkan jenazahnya disisi sahabat Rasulullah SAW.

Tika 2hb November itu juga sebenarnya tarikh kakpb bertemu dengan kawan-kawan lama di UTM, Jalan Semarak. Kakpb tak sempat nak update disini. Baru ada peluang menulis.

Memang tak sangka dapat berjumpa kembali walaupun tak ramai yang datang dan dapat jumpa. Kawan yang sama-sama disekolah rendah dulu pun masih ingat kakpb. Katanya dulu dia miskin, selalu mengendeng bekalan karipap yang kakpb bawa. Dia masih ingat rumah kakpb depan sekolah masa tu. Sayangnya kakpb dah banyak lupa kisah dikampung, zaman kanak-kanak sebab kakpb dah lama sangat tinggalkan Johor. Dapat balik sekali sekala mana sempat nak bermesra dengan kawan lama?

Jadi, kawan kakpb ni plan bermula di facebook, supaya kami dapat berjumpa untuk melepas rindu. Baik sungguh hati mereka ni sanggup menaja makan minum dan bilik menginap untuk mereka yang jauh. Kakpb pula tak dapat dinner bersama sebab kena balik Kelantan malam tu. Tak dapat merasa kambing bakar...hehe...bukan suka sangat pun. Dapat hi-tea pun dah cukup. Itu pun tak minum sebab asyik bersembang je. Aktiviti petang tu cuma tolong susunkan cenderahati yang kami bawa untuk lucky draw. Kakpb terpaksalah ambil awal sebab pukul 5 ptg dah kena balik.


Ramai yang dah menikmati kerjaya yang baik, anak-anak diuniversiti. Ada yang doktor, datin, cikgu dan sebagainya. Kakpb tumpang bangga walaupun kakpb tak berjaya seperti mereka. Apa yang penting ikatan persahabatan tidak pernah membezakan itu semua.

InsyaAllah panjang umur kami akan cuba berkumpul lagi bersama keluarga masing-masing pula. Tempatnya mungkin di Putrajaya? Sabah? Johor? Perlukan perancangan yang teliti kerana masing-masing ada komitmen yang perlu didahulukan.

Untuk sahabat yang membaca coretan ini, terutama sahabat SDPB pertemuan tempohari amat manis dalam ingatan. Terima kasih kerana sudi menaja dan berusaha merealisasikan perjumpaan ini.

7 ulasan:

  1. kenangan yang manis.. bila mimpi jadi nyata.. tapi mimpi yang manislah, jangan mimpi seram, hehehe

    BalasPadam
  2. memang nostalgia kak bila dapat jumpa kawan2 lama...macam2 citer kuar...

    BalasPadam
  3. Seronok bila dpt berjumpa rakan2 terutama yg dah bertahun2 x jumpa.. nostalgia.. :)

    BalasPadam
  4. Menang seronok bila jumpa kawan-kawan lama. Tak apa, pangkat darjat jarang diingat bila dah jumpa kawan-kawan lama. Walaupun antara mereka ada yang bergelar datin dan doktor. ikatan persahabatan sangat tinggi nilainya.

    BalasPadam
  5. mengenang zaman persekolahan mmg seronok kan kak..

    BalasPadam
  6. bagus la kawan kak pb sbb masih ingat kak pb kongsi karipap dgn dia. nasib baik dia tak lupa diri. hehe.

    seronok gak bila dpt jumpa kawan lama, tgk perubahan fizikal masing2. pastu tgk kejayaan mereka dan relate dgn perangai masa kecik.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum

    Tengok pic ni rindu bertamu lagi buat teman2 lama... huhuhu

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)