my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Karambunai dan trajedi pahit campur lucu

Salam hari sabtu teman-teman kakpb. Hari ni pasti korang ukur jalan atau cuci mata kat shopping complex kan? Kalau tak makan-makan, beli barang dapur yang dah licin. 

Kakpb nak sambung kisah kami yang bercuti di Karambunai tempohari. Biasa-biasa je. Tapi nak bagitahu ye, masa kami pergi booking hotel tu main walk-in je sebab cikgu fahmi dah call sebelum tu katanya banyak kosong. Hampeh!! Memang banyak kosong tapi yang mahei ler.....

Rupanya hotel yang kami pernah menginap dulu sedang di renovate. Itu murah sikit, dalam RM200 keatas. Boleh guna kad kerajaan bagi penjawat awam. Hari kami datang tempohari hanya potongan RM30 saja. Kami kongsi dua beradik kena bayar RM420, ambek kau!!
Takpelah....adik beradik boleh kongsi bilik. Tapi katil yang kami dapat ni macam tak best je nak tidur berdua. Kena pulak adik kakpb tu kuat berdengkor. Kita orang gelak sampai sakit perut dengar dengkor dia tu. Anak dia pun tak tahan. Masa tidur rumah kakpb, anak dia kata.....nasib baik Haziq tidur dalam bilik :)


Nilah rupa katilnya.....depan tu tv besar, agak luas kalau bawa famili ramai takpe kot. Boleh angkat tilam letak bawah atau minta tilam spare. Buka pintu belakang terus nampak laut.


Pemandangan sekitar rumah kami.....hehe....cantik kan? Segar je mata tengok hijau-hijau ni....


Sebelum merendamkan diri dalam air laut, puan blog berfoto depan kolam teratai warna ungu. Cantik sangat dan teringin nak petik. Ala-ala gadis pingitan duduk tepi sungai tunggu kekasih hati baling batu dalam air....hehe...

Kolam renang pun best tapi puan blog malas nak berendam sebab tak bawa tudung lebih. Pergi kelam kabut macam tu ler. Lelaki tengah tu adik kakpb, putih dan tinggi besar orangnya. Jauh beza dengan kakpb yang hitam manggis ni...hehe....

Cerita pahit kami tu pasal kereta cikgu fahmi berasap lepas balik makan seafood di KK. Nasib baik dah nak sampai hotel. Tempreture naik tinggi sebab air kering. Terpaksalah tinggalkan kereta di hotel semalaman. Rancang nak tidur sana kami batalkan sebab teringat kat arnab kat rumah tu tinggal dari pagi takde orang tengokkan.
Jadi....kami balik dengan kereta sewa adik kakpb. Jam dah pukul 11 malam. Perjalanan dari Karambunai ke rumah dalam 40 minit. Dengan hujannya....mata mengantok, letih lagi memang dah tak fikir apa melainkan bantal, tilam dan aircon je.
Lagi 5 minit nak sampai rumah, kakpb biasanya dah pegang kunci rumah. Dah ready kat tangan biasanya. Bila tunduk kepala ke bawah (kat handbreak tu selalu letak kunci) eh...kunci rumah kita mana?

Ah sudah!! Kakpb tengok muka cikgu fahmi, dia tengok muka kakpb. Nak marah siapa eh? Tak larat dah nak gadoh2 malam hari. Aziz dah terbongkang kat belakang, letih sangat.
Kunci rumah tinggal dalam kereta kami di hotel. Nak patah balik, tak mungkin sebab memang dah tak sanggup menempuh hujan dan perjalanan jauh.

Sampai depan rumah, kami relax dulu. Tenangkan fikiran, macam mana nak korek/cungkil sliding door rumah. Cari dawai tak jumpa. Akhirnya kakpb korbankan pin tudung kakpb. Yeaaaay...boleh buka sliding door. Cikgu fahmi jadi Mac Gyver daaaa.....
Satu lagi mangga grill yang belum buka. Bila dah boleh masuk tangan, kami berharap sangat boleh capai apa saja kunci yang terletak didalam kotak kunci, tersangkut kat dinding berdekatan pintu. Guna payong, guna kayu berus lantai.....akhirnya dapat. Alhamdulillah.....ada satu kunci yang boleh kami gunakan. 
Akhirnyaaaaaa.....masuk dalam terus tidur, tak larat nak kemas yang bersepah tadi.



 

13 ulasan:

  1. teringin nak gi karambunai.. tp dgr2 citer hotel dia mahai sgt, jd terbantut niat. hihi...
    fuhh.. mmg ujian betul tu.. kalau xsabar blh berperang nk salahkan sape tertinggal kunci. nasib baik ada mc guyver ye :)

    BalasPadam
  2. Wah best.. cantik tempatnya.. takpelah sekali sekala terkena yg mahal, dpt juga pengalaman yg bernilai buat kenangan.. t kasih diatas perkongsian.. :)

    BalasPadam
  3. Hahaha.. dayah tak ble tahan sengeh..

    Bab kunci tinggal tu...

    Haha.. tak larat gaduh sebab mlm tu dah letih..

    Bangun pagi..gaduh tak.. haha..

    ;)

    BalasPadam
  4. salam kak zana... bestnya cuti-cuti luas bilik tu boleh kongsi ramai-ramai....pemandangan pun cantik ... la ya ke .. wani dok kat kg. seterpa... bawah sikit pada peringat tuhh.. tapi wani bukan orang kg sini.. baru dok kg ni 7 tahun kak... pindah sini.

    BalasPadam
  5. salam kak zana... bestnya cuti-cuti luas bilik tu boleh kongsi ramai-ramai....pemandangan pun cantik ... la ya ke .. wani dok kat kg. seterpa... bawah sikit pada peringat tuhh.. tapi wani bukan orang kg sini.. baru dok kg ni 7 tahun kak... pindah sini.

    BalasPadam
  6. salam dear zana...salam kenalan yer..mmg e.la pun ada plan nak g karambunai...best ker kat situ

    BalasPadam
  7. Cantik tempat tu kakpb..pasal kiunci tum memang gabra kalau jadi macam tukan..nasib baik boleh buka..he..he

    BalasPadam
  8. Bole msuk list tmpat ne..mgkin st ari nnt leh g..tggu bby besar cikit..klu kunci ttgal mmg sakit atikn..he hee zila slalu klu bab2 ttgal kunci nie..

    BalasPadam
  9. Manisnya Puan Belog berposing dilatari teratai nan hijau. Jarang nampak Kak PB upload pix diri sendiri. Baru ni la nampak dgn jelas.


    BalasPadam
  10. best kan bila pi holiday. tenang jiwa raga

    BalasPadam
  11. Kalau tak ada akal memang tidur dlm keretalah malam itu ye Zana. Mujur jua ada idea itu-ini dapat jug masuk rumah...

    BalasPadam
  12. Amboi...dpt bygkan stress dlm keletihan. Tak suka situasi yg mcm ni. Huhuhuhu...bestnya akak ngan hubby, takde nak gaduh2 pun. Rileks je. Boleh pk solution g.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)