my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tahniah anak ku

 Salam 10 Muharam hari ni teman-teman yang dikasihi. 
Baru dapat blog walking kejap tadi, itu pun dah curi masa kakpb menggosok baju sepatutnya. Sambong esok pula atau malam nanti kalau rajin.

Entry ni sepatutnya hari selasa lepas. Anak kakpb menghadiri majlis anugerah Mapec di dewan berdekatan sekolahnya. Tahun ni markah setiap subjek hanya beza satu  mata je dengan pelajar yang dapat terbaik. Kakpb dah pesan, masa jawab soalan kena hati-hati, semak balik lepas jawab.
Satu kelemahan budak2 ni kekadang dia confident jawab betul. Lepas tu tak baca balik soalan. Contohnya soalan karangan Bahasa Malaysia, dia tersilap format menjawabnya. Jadi, dah hilang markah disitu. Walaupun karangannya baik, ayat bagus, banyak point tapi kalau dah salah format?

Apa pun perkara dah lepas. Alhamdulillah, walaupun hanya dapat 2A 3B, dia masih tempat pertama. Tahun depan ibu dan ayah harap dapat naik pentas bersama untuk wakil pelajar terbaik keseluruhan dan tokoh pelajar.....wah....ada harapan ke?

Lepas ambil anugerah, cepat2 salin baju. Ada persembahan tarian yang mereka menang dulu. 

 
Habis menari berfoto untuk kenangan di wall belakang ni. RM10 untuk seorang murid. Ambil juga sebagai kenangan.
Kemudian dia bersongkok pula, ada paluan kompang untuk anugerah cikgu2 dan tokoh murid.
Anak kakpb memang aktif apa2 projek disekolah. Baru ni dia merungut kena mengecat dinding sekolah. Merungut sebab orang lain tak buat, dia je yang kena buat katanya.
Kakpb pesan, kalau nak buat biar ikhlas. Jangan ikut orang lain yang curi tulang atau malas. Kalau Aziz ikut, maknanya awak pun sama seperti mereka. Dia diam je.....

Selalu pesan kat dia, berkawan biar ramai. Mana yang baik ambil sebagai tauladan. Yang buruk jadikan sempadan atau peringatan diri.

nota : lepaskan dulu entry ni baru kakpb sambung yang cuti2 Karambunai..
 

15 ulasan:

  1. kakpb up la gambo anak bujang menari :)

    BalasPadam
  2. Tahniah Aziz!! Moga terus cemerlang. Ingat pesan mama selalu..

    BalasPadam
  3. Tahniah dan seronok tengok anak2 aktif di peringkat sekolah...

    BalasPadam
  4. tahniah yea....bangga tengok anak-anak ada peningkatan

    BalasPadam
  5. tsk apalah masih ada peluang untuk peningkatan lagi di masa akan datang... ^_^ yang penting jangan berhenti berusaha yer...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. tahniah. Semoga terus berjaya.. aamiin.

    BalasPadam
  7. tahniah..
    teringin nak lihat dia menari. kak uploadlah video dai dan share..heee

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)