my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Aku tak bodoh

Kenapa tajuk kakpb tetiba macam sentap je? Haruslah sentap kalau orang keluar ayat 'bodoh ke hape', 'tak baca ke?'. Sayangnya.....kakpb tak sempat print screen masa tu, guna handphone. Dia dah delete ayat yang kakpb rasa agak tidak sesuai dengan 'darjat' yang dia junjung sekarang.



Kalau baca balik apa yang kakpb tweet tu, takde salah dimana-mana pun. Kisahnya apa yang kakpb baca, dia naik komuter dan ternampak sorang lelaki mengintai apa yang sorang perempuan ni sedang membelek handphone atau gajet. Dia ambil foto dan pos ke twitter.

Soalan 'bodoh' kakpb adalah......"kenapa u naik bendalah tu? sesaje?" yang bermaksud, kereta ko rosak ke tetiba naik komuter atau ko sesaja suka-suka?? itu pun tak faham ke?

Tiba-tiba balasan yang kakpb dapat, lebih kurang begini......"eh ko ni bodoh ke hape? lain kali nak menyampuk, bacalah dulu twit tu" haha....lepas tu dia kata kakpb yang sentap dengan jawapan dia. Haruslah aku sentap bila tanya soalan senang, melalut kelain pula perginya. Kalau nak soalan bijak pandai, awak tu bijak sangat ke? Soalan senang, lain ditanya lain dijawab.



Ini adalah rentetan peristiwa malam tadi dan hanya ini yang dapat kakpb siarkan. 
Seorang yang dulunya kakpb selalu baca blog dia, tapi kini tinggal kenangan. Tak rugi rasanya unfollow atau blocked dia. Cuma apa yang dia suarakan tu seolah dia tak salah dan untuk menyelamatkan diri sendiri, dia delete apa yang telah di twit.


 Kenyataannya.....sudah sebaik mungkin membalas twit follower....maksudnya menggunakan bahasa yang elok? Rupanya dia tau juga yang dia hanya manusia biasa dan hanya menulis mengikut cara dia. Jadi? dimanakah kesalahan kakpb dalam menulis atau bertanya soalan. Paling sedih, ada pula yang membodek dia ni tanpa usul periksa. Apa yang awak dapat? Pahala berapa kali ganda? Sekadar makan direstoran biasa je habis2 pun!

Saudara-saudara sekalian yang masih muda belia, tak perlulah memperli kakpb ni dah jadi makcik atau nenek tapi  masih nak bertwitter. Apa korang takkan jadi tua? Apa korang takde emak, bapak, makcik, pakcik yang dah tua ganyut berkedut seribu? Memang kakpb dah tua, tak pernah pula setakat ni mengaku muda belia. Perkataan "makcik mana pulak ko layan, ignore je" seolah kakpb ni makcik yang nyanyuk kononnya. Belajar tinggi budak2 sekarang tapi kalau bercakap atau menulis dimana2 laman sosial menunjukkan kerendahan akhlak yang amat sangat.

Mungkin ada yang tertanya, kenapa kakpb tak balas atau hentam di twitter semalam. Kakpb ni jenis yang tak suka gaduh. Iyelah.....kita kan dah makcik2, layan budak kurang akal nanti label sama pulak. Jalan terbaik tidak membalas atau putuskan saja hubungan.

Maaf kiranya mengganggu ketenangan kalian. Sekiranya dia terbaca disini, maaf dipinta. Sekadar meluah perasaan bukan untuk menjatuhkan. Ada sesiapa nak report kat dia, silakan.


 

12 ulasan:

  1. Kak... saya x ada twitter.. insta... atau fb... jd x mengikuti perkembangan sgt. Mmg skrg ni media sosial gitu dh byk disalah guna oleh sesetengah orang... mcm x skolah pun ada...

    BalasPadam
  2. Assalam, laman2 soaial ni kalau digunakan secara baik , baik lah datangnya...kalau disalah guna ...bencana lah datangnya...

    hati2 lah...

    BalasPadam
  3. Sabar sahajalah kak...dalam dunia maya ni macam-macam jenis manusia yang kita akan jumpa...

    BalasPadam
  4. Inilah risiko bertweet, instagram dan FB zana. Itulah sebabnya kakak dah tak activate lagi semua tu..

    Jgn simpan dlm hati nanti sakit hati. Lupakan dan istighfar banyak-banyak...

    BalasPadam
  5. kalu sukar nk terima realiti, mcm tu la org nyer kak...sy da penah kena tp fikir2 kalu bls semula, nnt kn btg hidung sendiri...mmmm wat sesak kepala je

    BalasPadam
  6. Ish....sape blogger tu kak? Kenapalah mcm tu sekali? Manusia ni bila dah rs ramai kwn dan popular, apakah akan terbit rs riak dan sombong smpi mcm tu sekali? Sy tatau sbb sy takde experience jdk org yg terkenal dan popular.

    BalasPadam
  7. Assalam
    Ishhh pantang sy org ckp bodoh ni
    kadang mlas nk komen he hee
    Komen dlm hati je kak pb nk lg2 yg muda belia ni mcm takleh terima teguran pulak kan
    Twitter sy x penah layan walau org lain sibuk bertwitter he hee layan blog je
    Fb pun ada masa tgk gitu-gitu je

    BalasPadam
  8. Kasihannya,sabar akak yea. Jangan dilayan sangat. Manusia ni ada macam-macam perangainya.

    BalasPadam
  9. assalam kak fibie. saya baru nak timbul akak dah menyorok pulak. huhu. budak-budak sekarang mmg macam tu gaya dia bila dalam talian. kalo jumpa dpn mata tak tercakap pun. tu keluar istilah keyboard warrior. bawak bersabar ye kak. jangan dilayankan sgt diorang ni. lagi-lagi tang menambah2 lauk tu. harap kita pun tak buat mcm tu kat orang lain ye ;)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)