my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Loghat

Kakpb ni lemau la sekarang, mood nak update blog macam beku jek!!
Oklah..hari ni jumaat...taknak cerita panjang lebar. Ada tugas kemas baju cikgu fahmi yang nak out station 3 hari ni....

Ini kakpb print screen daripada satu group whatsapp, minta izin dan minta maaf ye...
Cuba teman-teman kakpb terangkan apakah maksud loghat Kelantan ini dalam bahasa Malaysia:)
Ada yang kakpb tak faham tu...contohnya seperti 'tupul glenyeh', 'belok blekar'....haha...kahwin orang Kelantan dah bertahun2 pun susah nak masuk dalam kepala hotak kakpb nih!!

7 ulasan:

  1. Tak dapat menolong nya zana, akak bukan org kelantan... Dlm byk2 loghat, loghat kelantanlah sukar nak akak faham zana ;)

    BalasPadam
  2. Ini apa yang saya tahu akak
    'tupul glenyeh'=>macam tumpul@tak tajam. Contohnya pisua ni tupul glenyeh.

    'belok blekar'=>macam buat garisan atas kertas atau atas tanah. Buat garisan lurus tetapi jadi belok/tak lurus. Mereka kata "belok blekar". Contonya=> garisan ni belok blekar.

    saya tahu sikit-sikt aje..hehehe..

    BalasPadam
  3. Apa lagi kakak memang tak tahulah Zana.

    ps: anak dara kakak sejak umur 8 tahun memang ada buat rakaman rancangan mari mengaji utk anak-anak.

    BalasPadam
  4. Salam..

    Betul seperti kata "pokok manggis depan rumah"

    tupul gleyeh tu...sebenarnya tumpul..gleyeh tu maksudnya nak menunjukkan betapa tumpulnya benda tu...Kalau bahasa bandar jadinya "sangat tumpul"

    "belok blekor" = tak lurus

    ^____^

    BalasPadam
  5. bahasan kelantan agak susah kemain nak faham. dlm sangat bahasanya. naz kalau dgr diorg cakap bhsa dalam gitu, mmg failed la jawabnya. huhu

    BalasPadam
  6. mau tergeliat lidah baca semua ayat2 tu hehe.. almaklumlah mak org kedah kalau ckp kelantan kompom lain bunyi yg keluaq nnt hehehe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)