my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Daging Bakar? frozen, pelikat....untuk disayangi suami

 Assalammualaikum semua, lama betul kakpb tak update kan.....sibuk dengan hal rumahtangga, biasalah tu.
Nak menggembirakan hati suami ni bukan senang puan2 sekalian!!
Tapi...
pahala yang kita dapat tu, amat-amatlah besarnya.
Contoh, menggembirakan hati dia dengan makanan yang enak, masak sendiri tau.
Rumah bersih dari habok, tersusun kemas semuanya sedap mata memandang.
Baju dan seluar siap bergosok, senang dia nak pilih mana satu nak pakai. Bukan masa nak pakai tu baru gosok.
Dan seumpamanya.....tutur bahasa kita, kadang kala terlepas juga bila dah penat. 
Bagaimana pun hidup berumahtangga ni memang menguji kesabaran kita sebagai suami dan isteri.
Paling mencabar bila membabitkan mertua dan ipar duai.
Kakpb nak sentuh sikit saja disini.....
Orang lelaki sebagai suami, ayah, anak....amat menyayangi keluarganya. Jadi sebagai isteri, kita kena suka apa yang dia sayang. Kalau kehadiran keluarganya kerumah kita tu menggembirakan hati dia, janganlah kita halang atau bermasam muka. Berilah layanan sebaiknya.
Oklah...kalau cerita hal keluarga tak boleh berjela2, lain jadinya.
Aktiviti kat bawah ni salah satu daripada menggembirakan hati suami.....sila baca dengan hati yang tenang...hehe...


Ni daging bakar kakpb masak semalam. Guna daging batang pinang (dah tentu lembut walau perap dalam 1 jam je) Resipi simple main gaul ikut suka hati kakpb ni..suka pulak si Aziz meratah.

7/8 ketul hirisan daging lembu batang pinang (kakpb tak rebus)
Diperap bersama.... 
bawang putih dan halia
serbok chicken stock seasoning
serbok lada paprika
sedikit sos black pepper
sedikit garam dan gula
sedikit serbok lada hitam

Goreng guna kuali leper sebab kakpb takde pembakar arang.
Guna olive oil.
Api kecil saja.


 Beberapa hari ni kakpb sibok buat karipap frozen untuk makcik. Kawan2 sekitar KK boleh whatsapp kalau nak beli ye. Sepeket tak mahal banding dengan korang nak menguli, masak inti, mengelim lagi? Order banyak, kakpb boleh hantar. Sepeket boleh juga hantar, kalau dekat ler.....hehe..

 

Pasal apa pulak ada seluar pelikat kat bawah ni? Cikgu fahmi ler.....suruh2 kakpb buat seluar pelikat untuk Aziz. Buat macam yang Aflin Shauki pakai tu katanya. Dia ingat isteri dia ni apa? designer??
Susah payah la si isteri menggoogle cara2 jahit seluar ni. Akhirnya terjumpa satu blog dan kakpb add dia di facebook. Terima kasih banyak ye Azhar Radzali kerana tunjuk ajar, belum betul2 faham lagi sebenarnya.

 
Sekian untuk minggu ini. Nanti kakpb lawat blog kawan-kawan bila free. 

9 ulasan:

  1. salam kak pb..

    lamanya x singgah sini..daging bakar tu memang sedap..apalgi bila cicah dengan lada n kicap..memang layan abis..

    BalasPadam
  2. farah kalau masak memang guna daging batang pinang kak, sebab lembut dan mudah...

    BalasPadam
  3. Sedapnya dapat meratah daging bakar tu Zana...
    Rajin ye buat karipap frozen tu ye... Akak selalu fail buat karipap jadi selalu beli yg frozen ni ;)

    BalasPadam
  4. dah macam keropok lekor lak..
    kalau bisnes bulan posa ni, mesti laku, heee

    p/s beruntungle dapat isteri leh masak, leh jahit ni

    BalasPadam
  5. Salam k.zana....cantiknya karipap akak bt. Btw betul la tu apa yg akak bt. Redha suami , redha Allah pada kita para isteri. Semoga kita terus tabah dlm menggembirakan hati suami

    BalasPadam
  6. Pandai Kak Pb masak daging bakar macam ni. Nak cuba juga nanti. terima kasih akak.

    BalasPadam
  7. Assalam Kak pb daging bakar sedap cicah air asam..kalau disalai sedap masak lemak padi cara org negeri sembilan..:)

    BalasPadam
  8. hmmm tiba2 jd teringin nk mkn daging bakar..xpenah bt sblm ni..salam perkenaln drp blog sy mamanaz1612@blogspot.con

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)