my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan

Loghat

Kakpb ni lemau la sekarang, mood nak update blog macam beku jek!!
Oklah..hari ni jumaat...taknak cerita panjang lebar. Ada tugas kemas baju cikgu fahmi yang nak out station 3 hari ni....

Ini kakpb print screen daripada satu group whatsapp, minta izin dan minta maaf ye...
Cuba teman-teman kakpb terangkan apakah maksud loghat Kelantan ini dalam bahasa Malaysia:)
Ada yang kakpb tak faham tu...contohnya seperti 'tupul glenyeh', 'belok blekar'....haha...kahwin orang Kelantan dah bertahun2 pun susah nak masuk dalam kepala hotak kakpb nih!!

Kongsi kebaikkan

Assalammualaikum semua....

Puasa tak hari ni? Mana yang uzur tu, dah tentu tak puasa, jangan lupa ganti tau. Mana yang sihat walafiat tu, jangan la cuba2 nak skip puasa. Sudah2lah buat hal pada tahun2 yang lepas. Tahun ni cuba azam untuk berpuasa penuh ye (nasihat untuk orang yang suka sangat tinggal puasa)

Hari ni kakpb nak kongsi dari blog orang lain. Jika ada masa lawati blog ini untuk bahan bacaan ketika menunggu berbuka puasa atau ketika rihat tengahari di pejabat. Peringatan juga untuk diri sendiri :)

TANGGUNGJAWAB ISTERI > keranakasihnabi

Taat suami – apa erti taat? Ulama menggariskan tiga perkara untuk menilai ketaatan. Perkara tersebut ialah:
  • Buat apa yang suami suruh
  • Jangan buat apa yang suami tak suka (bukan apa yang suami larang)
  • Tunaikan kemahuan nafsu suami

Hormat suami – ada dua aspek iaitu perbuatan dan pertuturan. Daripada segi pertuturan – ada 3 aspek yang perlu dijaga iaitu:
  • gaya bahasa - panggillah suami dengan nama yang baik-baik, jangan bercakap aku-engkau.
  • Jaga nada suara – jangan meninggikan suara.
  • Jaga bilangan perkataan – jangan terlalu banyak bercakap berbanding suami. (yang ni mungkin kakpb bila dirumah, tapi bila di luar rumah, cikgu fahmi lebih banyak cakap..hehe)
nota kakpb: copypaste sikit je, selebihnya boleh baca kat blog tersebut

Doa Ketika Berputus Asa


Assalammualaikum, pagi Jumaat yang mulia semoga kita semua dalam lindunganNya.

Kita semua pernah alami saat-saat berputus asa (kadang kala) begitu juga kakpb. Apa yang kita hajati, ingini tidak terlaksana walau dah berusaha beratus kali. Jadikanlah Nabi Syu'aib sebagai panduan, nabi yang sering menangis memikirkan nasib kaumnya yang derhaka itu.

Siang malam beliau berdakwah untuk mengajak kaumnya menyembah Allah, mengajak meninggalkan kebiasaan buruk mereka. Tetapi ajakan beliau yang baik itu tidak di sambutnya, malah beliau di usir dan dilempar batu.

Akhirnya Nabi Syu'aib berdoa dengan doa di atas dan di makbulkan. Datanglah azab Allah, mendung yang disangka akan hujan, ternyata api yang membinasakan mereka.

"Robbanaf tah bainanaa wa baina qouminaa bil haqqiwa anta khoirul faatihina"

Artinya, "Wahai Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan haq (adil) dan Engkaulah pemberi keputusan yang sebaik-baiknya" (Surah Al-A'rof - ayat 89)

Mari Muhasabah diri

Assalammualaikum semua teman yang dikasihi.....

Pagi jumaat yang mulia ni, apa kata kita muhasabah diri. Kakpb suka tengok Prof Dr Muhaya berceramah soal minda, hati, mata....celik hati, celik minda. Cuba baca SINI untuk tenangkan fikiran kita yang asyik berserabut dengan hal-hal rumahtangga dan pejabat.

Kakpb suka ayat dia, APA YANG KITA BUAT HARI INI, ITU YANG KITA DAPAT AKAN DATANG...gitulah lebih kurang.
Sedikit kakpb copy paste dari facebook beliau,

Buangkan cinta dunia dari mata hati yang menghilangkan kecintaan pada Allah. 
Pepatah arab- dunia akan berkata marilah menuju pada ku tapi awas pada tumbukan dan kekerasan ku kerana dunia alan menipu hinggalah kita ke kubur. 
Hingga kita ziarah kubur masih lagi berbincang tentang harta

Doa satu ibadat - maksud hadis dan perlu dilakukan setiap saat. 
Jika tidak berdoa tanda sombong pada Allah. Bila Allah izinkan kita berdoa insyaAllah Allah akan memakbulkan doa- hikam ke 4. 
Allah amat suka bila hamba berdoa. Jom doa dari sekecil perkara kerana tidak ada had Allah yang boleh kurniakan. 
Bayangkan nikmat hidup bila berilmu dan taat pada Allah. 
Hentikan mencari berita dan menyebar fitnah. 
Ingat mati setiap kali ingin bercerita keburukan orang dan merasa diri lebih baik dari orang lain. 
Jom renungi diri dan akhlak keluarga yang terhasil dari tarbiyah kita

Moga apa yang kakpb share di sini dapat memberi sedikit peringatan kepada diri sendiri. Dengan keadaan sekarang ni yang sedang hangat  berkempen mengundi sana sini, kadang kala kakpb agak rimas. Kisah luar dalam, buruk dan busuk semuanya terungkit....

DOA : selepas solat fardhu

Assalammualaikum....

Kita berdoa setiap hari kadang kala kita tidak tahu maksud dalam doa kita. Apa kata kakpb kongsi sikit maksud doa selepas solat fardhu yang kita amalkan setiap hari.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Segala puji bagi Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan keatas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Maaf untuk teman-teman yang kakpb belum dapat kunjungi. Sempena Maulidurrasul ni, hati kakpb tersentuh bila membaca dan mendengar ceramah tentang riwayat Nabi Muhammad S.A.W. Betapa Baginda seorang yang pengasih terhadap umatnya sehingga ke akhir hayat.

Mudah-mudahan amalan kita berselawat kepadanya setiap waktu menjadikan kita seorang yang tabah, sabar, penuh kasih sayang dan semua sifat yang terpuji. Amin.

Emoticon dalam blog

Kakpb ni bukan pandai sangat nak mengajar orang ubahsuai blog. Ini pun kakpb buat untuk menjawab pertanyaan Asyifa tentang emoticon yang kakpb guna dalam blog ni. Kakpb cuba mengajar tapi sekali sekala boleh, kakpb garang tau! :P

1. Sign in ke blog dan pergi ke Layout > Edit HTML dan tick dulu expand widget template.
2. Gunakan Ctrl+F untuk mencari kod </head>

3. Copy kod di bawah dan paste sebelum head.

 <script src="http://mltan100.googlepages.com/emoticons.js" type="text/javascript"/>

4.Tempat terbaik untuk memasukkan kod ini adalah betul-betul sebelum </ head> tag.
5. Klik pratonton dulu, dah ok baru SAVE template.


Dengan cara ini, anda sebenarnya menambah javascript ke blog anda. Setiap kali mana-mana halaman blog anda dimuatkan, yang javascript secara automatik akan berubah watak / simbol - simbol tertentu yang telah ditetapkan ke dalam emotikon .. Jadi selepas memasukkan javascipt itu, anda akan menggunakan aksara berikut yang telah ditetapkan.

Sumber dari SINI
Pastikan ketika menggunakannya didalam entry, tiada ruang di antara setiap perkataan itu. 
Kat SINI pun banyak boleh kita pelajari tentang blog, rajin dengan malas je.


nota kakpb: kakpb guna google translate je..

 

Peristiwa Ayatul Kursi

Assalammualaikum semua dan selamat berhari minggu....

Kak pb saja nak kongsi cerita tentang tajuk di atas. Hari ni agak free dan line tenet slow sangat, nak blog walking pun asyik putus je. Apa kata kak pb kongsi kisah dari buku tulisan Ali Zulfakar.

Syaitan mencuri

Rasulullah s.a.w telah memberi tugas kepada Abu Hurairah r.a untuk mengawal harta zakat yang berupa makanan dan buah-buah tamar.
Kata Abu Hurairah, pada satu malam ia telah terserempak dengan satu lembaga seperti  manusia, sedang mencuri harta zakat itu. Terus dicelah oleh Abu Hurairah dan menakut-nakutkannya, perkara itu akan di sampaikan kepada Rasulullah.
Jawab lembaga yang seperti manusia itu, aku sungguh-sungguh berkehendakan makanan kerana anak pinak ku sedang kelaparan. Abu Hurairah berasa kasihan dan membiarkan lembaga itu mengambilnya.

Pada keesokkan harinya, Abu Hurairah berjumpa Rasulullah s.a.w dan terus ditanya. "Hai Abu Hurairah, apa telah terjadi malam tadi?". Jawab Abu Hurairah, "dia mengadu Ya Rasulullah atas kesusahan dan kelaparan anak pinaknya, sehingga hamba berasa kasihan maka hamba biarkan dia."
Jawab Rasulullah, "dia telah membohongi engkau dan dia akan kembali lagi."

Dengan kata-kata Rasulullah s.a.w itu Abu Hurairah berjaga-jaga, benar lembaga itu kembali pada malam yang kedua dan mencuri dari harta zakat. Apabila di sergah oleh Abu Hurairah dia merayu-rayu sebagaimana malam yang pertama sambil berjanji dia tidak akan kembali lagi.
Pada paginya Abu Hurairah mengadap Rasulullah s.a.w dan ditanya, jawab Abu Hurairah, tawanan itu datang lagi dan merayu di kasihani tetapi dia berjanji tidak akan kembali lagi.
Jawab Rasulullah s.a.w, "dia telah membohongi engkau dan dia akan kembali lagi."

Pada malam yang ketiga Abu Hurairah berjaga-jaga dan terus menangkap lembaga itu. Kata Abu Hurairah, "engkau bersalah, aku akan hadapkan engkau kepada Rasulullah kerana engkau telah berjanji tidak akan kembali mencuri tetapi engkau telah kembali dan mencuri."
Jawab lembaga itu, "biarkanlah aku ya Abu Hurairah. Aku akan memberitahu kepada engkau beberapa kalimat yang mana Tuhan akan menyertai engkau apabila engkau sebutkannya."
Sahut Abu Hurairah," sebutkanlah perkataan itu"
Jawab lembaga itu, apabila engkau hendak tidur, bacalah 'AYATUL KURSI' sehingga akhir, nescaya engkau senantiasa dalam pemeliharaan Allah dan syaitan tidak berani menghampiri engkau!"
Abu Hurairah pun membebaskannya.

Pada pagi esoknya Rasulullah s.a.w bertanya kepada Abu Hurairah atas kejadian malam tadi.  Jawab Abu Hurairah, "Ya Rasulullah, dia telah mengajarkan kepada ku beberapa kalimat, katanya akan memberi manfaat pada ku apabila hendak tidur bacalah "Ayatul Kursi" nescaya aku dalam pemeliharaan Allah dan tidak dihampir oleh syaitan.

Jawab Rasulullah s.a.w, "dia telah mempercayakan engkau tetapi dia pendusta, tahukah engkau hai Abu Hurairah, siapakah yang engkau berjumpa tiga malam berturut-turut itu?"
Jawab Abu Hurairah, " saya tidak tahu ". Jawab Rasulullah s.a.w, " Itulah dia SYAITAN "

Banyak lagi khasiat, kebaikan ayat kursi ni jika kita rajin mengamalkannya. Salah satu darinya, sesiapa yang membaca ayat ini, ganjarannya dia akan melihat wajah Allah pada hari kiamat yang diisyaratkan dalam Al-Quran.

nota kak pb: sekadar berkongsi sedikit, mana yang silap sila tegur.

Surah At takaatsur, maknanya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ancaman Allah terhadap orang yang lalai dan bermegah-megah.
Maksud atau tafsirannya :-

1. Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.
2. Sampai kamu masuk ke dalam kubur.
3. janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatan itu)
4. dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.
5. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.
6. Nescaya kamu akan benar-benar melihat neraka Jahanam.
7. dan sesungguhnya, kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin'
8. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan
   di dunia itu)
  

Maksud ayat 1, bermegah-megah ialah:
  Bermegah-megah dalam soal banyak anak, harta, pengikut, kemuliaan dan seumpamanya.

Maksud 'ainul yaqin' ialah:
  Ertinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.



nota pb : hanya ingin berkongsi, jika silap tolong tegur

petikan dari Al-Quran dan Terjemahannya, Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir AlQuran.