my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Mee Rebus Haji Wahid

Mana lagi best? Ariana Rose ke Mee Rebus Haji Wahid??
Kaum wanita mesti jawab Ariana Rose dan kaum lelaki.....mee rebus ler!! 

Fenomena Ariana Rose!!
Pukul 7 malam je dah siap kat depan dengan hidangan malam kat rumah ni. Nasib maghrib awal disini.
Siapa pilihan gadis2? Tengku Adam Kamil? Harith?
Soalnya....dua2 dah berpunya ye adik2.....gigit jari la korang...haha!!
Kakpb minat Harith tu, ada iras-iras kacukan Filiphine ler...


credit to berita harian

oklah...mengarut kesana pulak..
Nak share Mee Rebus Haji Wahid yang kakpb buat tempohari, sedap sangat. Rasanya lebih sedap buat sendiri daripada kita beli. Tapi di Sabah memang takkan jumpa kalau tak buat sendiri. Kat Johor berlambak....sebab mee rebus popular di Johor.



RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID - MENU OPEN HOUSE RAYA!
copypaste drp facebook

BAHAN-BAHAN :
  2 kilo mee kuning, dicelur
  1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  3 ulas bawang putih, dikisar
  3 biji bawang merah, dikisar
  1 inci halia, dikisar
  1/2 cawan udang kering, dikisar
  3 batang serai, dititik
  1 inci lengkuas, dititik
  5 sudu makan rempah kari daging
  garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
  1/2 cawan udang kering, dikisar
  80g tepung gandum
  ¼ camt serbuk kunyit
  garam
air secukupnya
  minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN
  tauhu yang digoreng, dipotong kecil
  daun sup, dimayang
  bawang goreng
  telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
 taugeh, dicelur
  limau kasturi, dibelah dua

=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================

CARA TEPUNG UDANG KERING
  Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MASAK KUAH
  Panaskan minyak dalam periuk.
  Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.
  Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

FB : Persatuan Bangsa Johor



 

14 ulasan:

  1. Dua-dua sedap kalau macam tu. sampai layan tv. sambil makan mee rebus..hehehe..

    BalasPadam
  2. Kalau akak layan mee rebus haji wahid tu dulu Zana... kenyang perut kan ehe...

    Tq share resepi nanti boleh akak cuba :)

    BalasPadam
  3. Kakak memang tak pernah menonton cerita itu Zana. Tapi kalau mee rebus selalu kakak makan di Plaza Angsana. Beratur tunggu giliran mee rebus Hj Wahid ni tau..

    Tengok Zana punya aduhai:)

    BalasPadam
  4. oooo betul ke ni kak? elok la tu jg bln nnt nk g johor bleh la sggh

    BalasPadam
  5. @Kakzakie
    ok aloh..org johor senang nak dpt kak zakie:)

    BalasPadam
  6. @Khai♥Rin : anies
    Anies tanya je org JB nanti taulah kat mana tempatnya.

    BalasPadam
  7. bestnya kak PB...masa kecil bulan ramadhan, mak selalu buatkan mee rebus untuk kami coz semua semua orang suka makan..

    BalasPadam
  8. Tak pernah tengok cite Ariana Ross tu..huhu
    Salam singgah dan follow sini :D

    BalasPadam
  9. malu dengan orang sabah sebab orang johor ni tak pernah buat sendiri mee rebus..huhu

    BalasPadam
  10. @ANIM
    haha..bukan org Sabah la Anim, kita sekapal tau.

    BalasPadam
  11. @Mia Kassim
    kat Tonton ada Mia kalau teringin tengok.
    Terima kasih follow.

    BalasPadam
  12. @Raudzah Z
    Mak akak jarang buat sb dia tak minat kot.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)