my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan

Mee Kari di AidilAdha

Hari raya aidiladha lepas kakpb beraya di sabah je. Sedih tu memang la sedih tapi apa boleh buat? Bersyukurlah walau dimana saja kita berada. Hidup ini sementara saja, nikmati sepenuhnya apa yang telah dikurniakan kepada kita.

Nak update masa raya hari tu, letih sangat. Apa tak letih kalau buat dua hidangan sorang2 didapur. Mee kari, nasi impit dengan rendang ayam serta kuah kacang. Untunglah mereka yang ada ramai anak perempuan dan rajin membantu didapur. Anak bujang kakpb ni boleh juga menolong cuma kakpb rasa makin menyibuk ada la....haha....esok2 jangan salahkan anak kalau dia tak reti kerja dapur ye.

Ni first time kakpb cuba buat mee kari lain sedikit daripada biasa. Lain pun, bukan resipi kakpb.....hehe...
Terima kasih ye Puan punya blog Azlita MasamManis. Kakpb ni tiru apa yang Ita buat seratus peratus. Memang sedap sangat. 
Bagi mereka yang nak mencubanya, baik bersedia mental dan fizikal....hehe....mee kari ni banyak bahannya. Kalau makan kat kedai memang tidak memuaskan hati. Baik buat sendiri. Penat pun berbaloi. Kakpb minta izin share resipi disini ye, untuk rujukan.


MEE KARI
@blogsurirumah

Bahan Untuk Menumis 

1 senduk minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 tangkai daun kari di raut
2 batang serai di titik perdunya

Bahan Kisar

4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 biji buah keras


1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
4 sudu besar rempah kari Baba's

Bahan Stock

1/2 kg udang basah

Bahan stock yang kita perlukan adalah stock udang. Stock udang ni kita kena buat sendiri. Senang aje buat dia. 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua. Satu bahagian kita buang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

Satu bahagian lagi kita kopek udang tu. Asingkan isi udang dan kepalanya

Kulit udang dan kepala udang tadi kita masukkan dalam periuk, kita tambahkan air dan kita rebus. Bila dah masak, dan didih, kita biarkan dia sejuk kejap, kemudian kita kisar dalam blender hingga halus.
Lepas tu kita tapis.
Ambil isi udang tadi, campurkan dengan air udang yang kita dah tapis, masukkan dalam blender yang bersih dan kisar semula untuk hasilkan stock udang.
ok! dah siap stock udang kita. Stock ni kita boleh simpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, macam nak buat laksa atau tom yum.

Bahan Perasa

1 buku gula Melaka
3 keping asam keping
300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Boleh juga tambah maggi secukup rasa

Bahan-bahan lain

1/2 kg daging batang pinang Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
udang basah yang kita asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
fish ball ~ ikut suka
1 cawan kerang
8 keping tahu pong ~ di belah 2
3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
air secukupnya



Untuk cara memasak, menumisnya boleh layari blog AZLITAMASAMMANIS dengan lebih jelas dan tersusun.



Proses untuk menumis bahan-bahan kisar ni kita kena masak lama ya, hingga semua bahan betul-betul masak dan garing. Kalau tidak nanti bila kita makan masih terasa lagi bau serai, halia lengkuas , udang kering dan kari yang kuat dan ianya mengganggu kesedapan dan keenakannya nanti.

Kakpb ikut step by step apa yang Azlita masak. Memang sedap, tak jemu kami mengadap dari pagi sampai petang raya tu. Terima kasih banyak ye.

SeriMuka Pisang

Ya Allah, berdebu blog ni, tuan rumah punya la malas nak kemas. Apa dah jadi ni? Biasalah kan, mood menaip jatuh merudum. Gambar dah lama dalam draf, jadi pekasam. Minta maaf pada mereka yang jadi follower kakpb. Ada masalah yang kena selesaikan, masalah jiwa raga...hehe

Beberapa hari ni kk hujan lebat disertakan dengan ribut. Hari ni nampak cerah sikit, petang karang tak tau lagi.
Kakpb baru habis puasa enam. Punya la lama nak mengabiskan. Tergendala sebab minggu lepas kakpb demam selsema. Jadi tak larat nak puasa, sambung minggu ni.

Oh ye, kakpb jarang dapat blog walking. Rindu nak macam dulu, tapi apakan daya. Kena dapatkan tablet baru kot baru ada semangat berblog....hehe....macam nak je. Sejak tablet samsung kesayangan kakpb kena curi, kakpb jadi kurang rajin berblog. Apa2pun terima kasih pada silent reader, blogger2 dan kawan2 yang masih sudi baca catatan kakpb. Cuma sekarang ni kakpb kurangkan share gambar2 family. Kalau nak kenal kakpb lebih dekat, kita jumpa di instagram kakpb ye....@yangsetia 

Ok, entry kali ni pasal kuih serimuka pisang. Sedap sangat. Kakpb dah jatuh cinta dengan serimuka ni. Senang pula tu nak buat. Resipi drp YatieMemories terima kasih Puan Yatie.

SERIMUKA PISANG
@blogsurirumah
 
 Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
  • 2 sudu tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
  • sedikit pewarna kuning/oren
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
  2. Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas
  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.
  2. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
  3. * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.


Tak jemu makan tau....
 

 
Nak buat lagi lepas ni...

Agar serikaya


Dah lama buat agar-agar ni. Selalunya kalau buat agar2 mesti fail. Tapi kali ni menjadi sangat. Suka tau!! Puasa ni boleh buat lagi....huhu....dalam kepala otak ni macam2 nak buat. Yang makannya dua orang, sedih. Anak bujang kat asrama, apalah yang dihidangkan di sana agaknya. Selalu kakpb pesan dengan dia, bersyukur je dapat makanan tak sedap pun. Masih ada juga terhidang.

Terima kasih pada MatGebu, jumpa resipi ni kat blog dia.

AGAR-AGAR SERI KAYA
@blogsurirumah
sumber : DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 gram serbuk agar cap burung layang2 (atau agar2 pilihan anda)
3/4 cawan gula (atau secukup rasa
1000 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca teh pes pandan (mat guna jenama "kupu2" dari Indonesia)
180 ml pati santan (boleh guna santan kotak)
1 putih telur
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan agar, gula, air dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan pes pandan dan masak sekejap lagi.
  2. Sementara itu, satukan santan dengan putih telur, secubit garam dan esen vanilla, kacau rata dan tuang ke dalam periuk agar2. Kacau perlahan dan biar mendidih. Matikan api, keluarkan daun pandan dan tuang dalam bekas kegemaran anda.
  3. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 beku. 




Ayam kurkar



Assalammualaikum dan selamat berpuasa sahabat kakpb yang dikasihi. Lama tak update, masa memang tak cukup kalau mengadap blog, bukan macam dulu. Nak menjelajah ke blog kawan pun tak sempat (ye la tak sempat? alasan tu)

Ok kakpb nak share resipi ayam kurkar ni dari blog Ibundo. Kadang bosan masak ayam, balik2 rendang, kari, goreng masak sambal. Sekali sekala masak macam ni, sedap tau. Terima kasih Ibundo kerana sudi share di blog.

AYAM KURKAR
@blogsurirumah
sumber : DapurIbundo

2 ekor ayam kampung (ayam kampung kecik sebab tu masak 2 ekor)
santan dari 1 biji kelapa 
3 biji kentang dipotong 4 setiap satu
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling (cili kering)
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci  halia dihiris mancis
2 batang serai dititik

Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk.  Tambah sedikit air dan jadikan pes.
Panaskan minyak.  Tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wanngi.  Masukkan pes rempah dan serai titik.  Tumis sehingga masak dan berbau wangi.
Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Tambah santan.  Apabila ayam setengah masak, masukkan kentang.
Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat.  Jangan lupakan garam. Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.




Salam RAMADHAN, maaf seandainya ada salah silap kakpb dalam penulisan dan komen yang sensitif di blog kawan2.

Jeruk Epal Hijau Asam Boi


Sana sini jeruk epal asam boi ni popular. Cikgu fahmi kata ada nampak jual kat mana tah, area KK. Tapi tak pernah pula kita orang beli.
Kebetulan ada epal hijau dalam peti ais, kakpb pun jalankan projek menjeruk. Sebenarnya bukanlah menjeruk sampai sehari suntuk, tak sampai beberapa jam je dah boleh makan. Kena pula jeruk epal ni nampak menyelerakan daripada mangga bagi kakpb.

Kakpb tak ikut resipi kawan yang gunakan banyak gula. Ada juga yang kupas kulit epal dan gunakan epal merah. Ikutlah citarasa masing2. Bagi kakpb epal hijau ni tak perlu kupas kulitnya pun sedap. Gula tak perlu banyak untuk seimbangkan rasa masam dan manisnya.

JERUK EPAL HIJAU ASAM BOI
@blogsurirumah

4 biji epal hijau 
4 sudu gula pasir
sedikit garam
5-6 biji asam boi
3 biji cili padi

Epal dibelah 4, buang empulurnya dan potong memanjang.
Kak rendamkan seketika epal yang dipotong dalam air garam. Biasanya epal yang dikupas jika terdedah akan mudah bertukar warna.
Toskan dan masuk dalam bekas
Taburkan gula dan sedikit garam.
Potongkan cili padi dan gaul.
Asam boi di hiris-hiris halus baru gaul dengan epal.
Simpan dalam peti sejam dua cukuplah.


Cikgu fahmi suka sangat jeruk ni!!!
Disuruhnya buat lagi....



Tumis labu kuning dan batang saleri

Entry ni dah beberapa hari tak sempat publish, ada hal yang menghalang bila buka laptop, mengantok. Bila buka laptop, ada permintaan nak makan, nak minum, ada tetamulah....kepasar la....huhu...banyak alasan kakpb ni ye?

Ok, kakpb memang suka sangat dengan labu kuning ni. Kalau makan hari2 pun takpe tapi cikgu fahmi tu disuruh pantang makan. Maknya kata tak boleh makan sangat dari dia kecil, sebab apa taktaulah. Angin kot? Bagi kakpb labu ni kan banyak khasiatnya....


Biasa kakpb masak lemak putih dengan lada hitam. Kali ni kakpb tukar pula, ikut resipi dari blog Cik Akak. Ok juga, bosan masak lemak, tukar selera sesekali.

Cuma kakpb ubah sikit, campurkan batang saleri. Sedap. Batang saleri ni masukkan dalam sup atau tomyam memang menyelerakan. Terima kasih Cik Akak kerana memberi idea masak labu ni.



TUMIS LABU KUNING DAN BATANG SALERI
@blogsurirumah
sumber : Cik Akak

Labu kuning (ikutlah banyak mana) kupas kulit dan potong kiub 
2 batang saleri, potong serong
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Sedikit cili padi
Sedikit belacan
Minyak untuk menumis

Tumbuk semua bahan diatas.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan 2 gelas air, biarkan mendidih.
Masukkan labu dan masak hingga lembut.
Letak garam dan gula.


Dah siap. Kakpb ratah gitu je, memang sedap sangat.

Cempedak Goreng

Apalah sangat update entry blog dengan cempedak goreng kan? Dah takde idea ke??
Musim cempedak berleluasa, haruslah kakpb pun terpengaruh nak makan cempedak hari2. Tapi takkan nak beli je. Setakat makan 3 biji, mana cukup? Kalau beli RM3 dapat dalam 9 biji, baik beli buahnya sebiji baru RM5. Murah tu.....

Jadinya.....hari2 melantak cempedak goreng. Cikgu fahmi pulak asal nampak nak beli buah tu (murah katakan) Bila dah berlebihan kat rumah, hari2 menggoreng cempedak, perut pun naik kembung dibuatnya. Kalau dah kembung tu, faham-fahamlah ye......nak buang angin je!!

Biasanya kakpb goreng cempedak macam orang lain juga, tepung beras campur tepung jagung sikit, kapur makan sikit, garam. Kali ni ikut style Wani

CEMPEDAK GORENG
@blogsurirumah
sumber : galeriduniaku


BAHAN - BAHAN
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kastard
1/2 sudu teh baking soda
sedikit garam
air secukupnya
isi cempedak secukupnya

CARA- CARA
1. tepung beras, tepung kastard, baking soda dan garam digabungkan.
2. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau  sehingga agak pekat sikit tapi bancuhan jangan terlalu cair ..
3. panaskan minyak dengan api sederhana ..sementara tu masukkan isi cempedak ke dalam bancuhan tepung buat sikit demi sikit la ya.. sehingga bergaul dengan rata dengan bancuhan tepung tu..
4. bila minyak dah panas, boleh goreng cempedak sehingga perang kekuningan.. sedap makan masa panas panas tu...




Terima kasih Wani......percubaan lain dari kebiasaan. 

Ikan Tenggiri Masak Kicap dengan Rempah Soto

Assalammualaikum di hari Jumaat yang mulia ini. Maaf sahabat followers kakpb kerana tak sempat blog walking blog anda. Terima kasih sudi follow blog yang intipatinya hanyalah kisah surirumah yang sibuk dengan dapurnya.

Esok, in sya Allah kakpb nak puasa sunat sempena 9 Zulhijjah. Sama-samalah kita ye. Sebelum ni ada yang kata kena puasa hari ni, kalau puasa esok (sabtu) tak dapat pahala. Tapi kakpb dah baca di Harakah Daily..

Diluar sana hujan lebat dari malam tadi. Kakpb tidur lewat sikit sebab ada tempahan cheese tart. Sehari dua ni cuaca kalau panas, panas terik. Kalau hujan, lebat betul......

Ni masak kicap petang semalam. Sebenarnya nak update yang lain tapi gambarnya tak save dalam draf dari handphone.,,,iye laaa....kita takde camera canggih, handphone sajalah yang mampu.

Kakpb campurkan rempah soto dalam masakan ni. Rempah soto ni dari Johor kalau tak silap. Selalunya kakpb minta dengan kakak di Bangi. Kita orang memang tak guna rempah sup yang dalam peket kat pasaraya tu. Masak soto ke....buat sup sayur ke...sup ayam ke...rempah ni la kami bedal. Memang sedap gila. Rempahnya kasar2 sedikit, taklah halus macam debu.




IKAN TENGGIRI MASAK KICAP DENGAN REMPAH SOTO
@blogsurirumah

Ikan tenggiri dipotong dan bersihkan
1 sudu besar rempah soto
3-4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
sedikit halia dihiris halus
2 sudu besar cili kering kisar
Kicap manis cap apa2 pun boleh
1 sudu besar cuka makan
sedikit air
Bawang besar untuk hiasan
Cili hidup hijau potong serong utk hiasan
Gula dan perasa secukupnya

Garam kunyit ikan tenggiri dan digoreng dahulu, jangan garing sangat
Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak, masukkan cili kisar, bahan tumbuk dan halia.
Setelah naik bau, masukkan rempah soto, gaul sebati.
Tuangkan sedikit air, masukkan kicap dan cuka.
Sedikit gula saja sebab kicap dah manis.
Masukkan ikan goreng tadi dan bawang serta cili hijau
Angkat dan hidangkan.

Kakpb lawankan dengan sayur lemak putih kubis letak udang segar, yummy..

Rendang Pedas Daging

Masa anak kakpb kena chicken pox hari tu, memang pening kepala nak masak apa. Dia bosan hari2 makan sup ayam. Ibu ayah dia lagi la bosan. Boleh makan daging, ayam, ikan pun pilih2, ada yang tak boleh. Seafood memang dilarang. Untuk 2 minggu yang lepas hingga sekarang (sebab masih ada parut) kakpb takde masak udang, ketam, sotong atau seumpamanya.

Teringat nak masak rendang daging, makan dengan nasi impit dan kuah kacang. Tapi kakpb taknak resipi daging yang biasa kakpb masak. Cari2 kat myresipi, jumpa yang ni, simple dan nampak sedap. Cuma resipi asal guna ayam, kakpb tukarkan dengan daging. Daun kunyit tak letak sebab takde, lagipun kalau ada daun2 gitu dah tentu sibujang tu tak makan.



Resipi asal di SINI kakpb gantikan dengan daging saja.

RENDANG DAGING PEDAS
@blogsurirumah

  • 500 gm daging lembu - potong kecil/kiub
  • 15 - 20 biji cili kering - kisar (kakpb tambah cili padi dan kurangkan cili kering)
  • 5 batang serai - dihiris (**)
  • 2 inci halia - dihiris (**)
  • 1 cawan kelapa parut
  • 10 biji bawang merah - dihiris (yang ni kakpb blend)
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 2 helai daun kunyit - tak letak
  • 300ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
  2. Masukkan bawang hiris/kisar dan kunyit.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.
  4. Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali.
  5. Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati.
  6. Masak sehingga daging empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambahkan air.
  7. Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

tanpa daun kunyit

Sedap makan dengan nasi impit sesekali....

Kuih Bakar Kemboja versi loyang

Kuih bakar pandan/kuih bakar kemboja ni memang sedap gila bagi kakpb. Susah nak cari yang betul2 sesuai selera tau, manis, lembut dan berlemak (siaplah lemak bertingkek2) Dah banyak kali kakpb cuba tapi resipi kali ni paling menarik bagi kakpb.

Dirumah ni cuma ada satu je acuan kemboja, yang bunga2 tu. Kalau orang buat berniaga, haruslah ada banyak. Jadi, kakpb tak dapatlah nak buat sebiji, bakar, sebiji bakar.....huhu....panas weh dok dapur lama-lama.

Kakpb buat versi loyang. Senang dan cepat, cuma lebihkan masa membakar tu. Kakpb minta izin puan blog disanun untuk share resipi kat blog ni ye....

KUIH BAKAR KEMBOJA
@blogsurirumah
sumber : Damai Kalbu
sumber : MekarMewangi
sumber : Wani

Bahan-bahan:(4 biji untuk acuan kuih kemboja)
1 cawan gula (guna 1/2 hingga 3/4cawan sahaja)
1 cawan jus pandan atau 1 cawan air+1 sk pandan paste (tambah 1/4 cawan air untuk dapatkan kuih yang lembut)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan@450 ml air
2 sudu besar butter  dicairkan
3 biji telur (jika tak nak tambah 1/4 cawan air, boleh tambah sebiji telur lagi)
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Bijan untuk tabur

Cara:
1.Campurkan semua bahan.Blend sampai sebati dan tidak berbintil@berbiji.
2.Masukkan dalam bekas yang disapu minyak.Tabur bijan.Bakar selama 30 hingga 40 minit pada suhu 180 darjah celcius sampai garing di permukaan.

Cara kakpb, bila dah blend adunan, tapiskan. Masuk dalam loyang segiempat 9x9.
Kakpb bakar selama 1 jam lebih. Bila dah masak, kelihatan perang sejukkan dulu baru boleh potong.





Guna loyang pun boleh!!


 Oven kakpb takde api bawah, jadi tak dapatlah kerak yang garing...

Terima kasih daun keladi, panjang umur, share resipi lagi...
Terima kasih teman2 blog kakpb yang sudi share, yang tak boleh copy paste tu pun nak ucap terima kasih juga. Kakpn ni bukan pandai sangat reka2 resipi sendiri, sekadar mencuba resipi orang.

Kerapu Bara

Biasa makan ikan kerapu? Bagi setengah orang yang suka, mestilah sedap kan? Kakpb tak berapa minat dengan kerapu. Kalau beli pun biasanya masak sweet sour, goreng dan steam saja. Hubby suka sangat kerapu.

Kerapu bara suka? haaa....yang ni betul2 kakpb suka. Sedap isinya, lembut. Memang patut pun mahal. Hari tu kakpb beli 2 ekor kecil2, sekilo RM25. Beli dengan orang yang kita dah biasa, kalau tak alamatnya berpuluh2 hengget ler.....ada kawan kata di semenanjung sekilo RM60? Khabarnya ikan ni kegemaran kaum cina.





Fikir punya fikir nak masak apa, ikannya 2 ekor je, macamlah nak masak untuk 20 orang. Nasib baik penjual tu dah tolong siangkan. Senang banyak kerja kakpb. Menyiang ikan jenis kerapu ni, kulit dia keras. Parang kena tajam. Lepas siang, rendam air limau kasturi lama sikit supaya hilang bau hanyir.

Bawah ni kakpb masak tiga rasa. Simple dan sekejap je siapnya.
Ikan kerapu digaram kunyit dan digoreng, jangan garing sangat
2 ulas bawang putih
sedikit halia, hiris halus
1 labu bawang besar (untuk hiasan)
2 sudu besar cili kering kisar
sos tomato
sos cili
sos tiram
sedikit nenas (kalau takde pun takpe)
tomato buah kalau suka
cili padi untuk hiasan (suka letak, tak suka tak perlu)
Garam dan gula
Minyak untuk menumis





Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau.
Masukkan semua jenis sos, jika pekat, tambah sedikit air.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan nenas, bawang potong dan tomato.
Masukkan garam dan gula.
Angkat dan tuangkan keatas ikan yang dah digoreng tadi.


Wantan Goreng

Jangan gelak tengok wantan kakpb ye, rupa tanjak pun ada. Kisahnya kakpb dah lama sangat beli kulit wantan tu. Teringin nak makan sebab selalunya bila ke CRS kakpb mesti ngap dulu benda ni....(kenapa rasa kaku jari ni menaip? sah2 sebab dah lama tak guna keyboard, asyik taip kat handphone je)

Resipinya simple kakpb tengok satu blog tu. Dah lupa la.....manjang je kakpb ni lupa blog mana kakpb  singgah. Kakpb share juga walaupun tak berapa lengkap resipinya. Ikut citarasa sendirilah ye.,,



Ayam dicincang halus, sukahatilah nak guna ayam ke, daging ke, udang ke...
Kakpb tak guna ayam kisar ramly tau
Carrot dicincang halus
Bawang putih pun cincang
Kicap cair
sedikit tepung jagung
garam
olive oil
lada sulah

Gaulkan semua bahan diatas dan biarkan seketika.

Keluarkan kulit wantan, letakkan isi ayam tadi.
Balut sesuka hati kita ye puan-puan....

ikut mcm dalam video ni..
.

Selesai semua, bolehlah goreng dalam minyak panas. Kakpb mulanya balut banyak2 baru goreng, rupanya inti ayam tu lembab jadi tembus ke kulit wantan. Lepas ni tau dah, balut terus goreng, takyah tunggu.

Nak selit sikit cerita pasal semut,  lalat, lipas, cicak kat rumah kakpb. Banyak tau, tak menahan mata ni tengok tahinya kat dinding. Kotor rumah kena pulak dinding putih.
Bila dah ada serai wangi ni, spray je mana tempat yang binatang tu suka duduk. Confirm tak datang lagi. Spray atas meja makan dan lap, lalat taknak hinggap. Kalau hinggap kat lantai, spray pulak lantai, mop....huhu...takut dia.

Sekarang ni lega mata kakpb tak nampak lalat dan cicak merata2 dalam rumah.







Kisah turun naik komuter, kentang bakar favourite

Assalammualaikum dan selamat kembali menemui kakpb.....haha...tenggelam timbul dah macam kura2 tau.
Apa khabar sahabat kakpb yang dikasihi? Rindu tak? Rindu 200 persen? hehe...fenomena Zill Faezrul dan Armel Aisya....takdelah fanatik sangat pun. Sekadar melayan drama bersama suami tercenta!!

Cakap pasal suami kakpb ni.....teringat pulak cerita raya hari tu. Masa kami sampai dari KB ke Hentian Putra dengan bas. 5 pagi dah turun hentian, jalan kaki sikit ke station komuter. Malas nak susahkan orang ambil kat KL, naik komuter je senang.

Lama tau tak naik komuter tapi tak mungkin lupa arah mana nak balik dan keadaan pagi yang sesak dengan mereka yang nak ke pejabat. Ni kali pertama kakpb tengok komuter yang ke Sg Gadut (atas sikit dari Seremban katanya)

Kami bertiga dengan beg sandang cikgu fahmi dan aziz, kakpb punya beg seret je. Tu tak kira lagi dengan sekotak keropok dan satu lagi beg yang di bimbit. Tiba je komuter ke Seremban kakpb tengok memang sesak. Masa tu pukul 6 pagi rasanya. Cikgu fahmi beratur depan sekali, aziz dan kakpb belakang. Dalam hati kakpb, macam mana nak sumbat ni? Sesak sangat tu.......

Cikgu fahmi ni pulak, pintu terbuka je dia terus masuk tapi muat dia sorang dengan beg sandang dan 2 lagi beg kakpb dia bawa. Elok je dia masuk, pintu terus tertutup dan kami dua orang kat luar ni 'menganga'...haha...
Lucunya cikgu fahmi, dia takde handphone (ada sebenarnya tapi adik dia guna skjp), purse dalam handbag kakpb, cuma tiket komuter je yang dia ada....hehe....agaknya dia risau kakpb dan aziz....dia turun di station Bank Negara dan pinjam handphone sorang chinese. Dia pesan nanti jumpa disitu. Kakpb pun tak sempat nak bincang lebih lagi sebab dia guna handphone orang.

Bila sampai komuter satu lagi selepas beberapa minit, kami pun naik. Tak kiralah Ladys punya ke, aziz kena ikut. Sampai di Bank Negara kami pun jengah2 dari dalam tapi faham2 je la.....dengan orang ramai....macam nampak bayang baju dia. So kakpb suruh aziz turun tengok dan lambai dia. Masa aziz turun terjengah2 kat luar komuter, dia kata....ayah ada...ayah ada. Kakpb ni risau komuter gerak dan aziz tertinggal, kakpb pun turun. Bila kita turun.....tengok2 eh? takde pulak laki aku ni...pintu komuter pun tertutup. Laaaaa......rupanya dia pulak naik komuter tuuuuuu....

Eiiiii....geram ada, nak gelak guling2 pun ada!! Kita turun dia naik, apa dia ingat ni drama tv ke...haha....
Bila dia sampai station UKM tengok2 kami takde, dia dah susah hati takut kakpb terlepas sampai Seremban. Nak guna public phone tak boleh, rosak pula. Akhirnya dia terpacak sorang kat situ. Nak keluar kena tunggu kakpb dan aziz sebab tiket kami pada dia. Adoiii....sakit perut gelakkan kisah kami ni bila sampai rumah kakak.

Kakpb cakap kat cikgu fahmi, saya ingat lagi la kat mana nak berhenti. Kan saya ni orang Kajang, dah puluh tahun menetap, masakan lupa? Dia tanya kenapa awak tak naik tadi masa mula2. Kakpb kata nak sumbat kat mana, pintu komuter tu tertutup betul2 selepas muat awak sorang.
Agaknya dia nak marah kakpb tapi tak jadi sebab takde sesiapa yang patut disalahkan pun. Itulah peristiwa suami isteri yang kelam kabut....hehe...macam2 hal. Belum lagi kisah adik ipar kakpb jatuh dari pokok manggis tu. Gedebuk dengan buah manggisnya. Nasib takde yang patah.


Semalam kan, kakpb teringin sangat makan kentang bakar. Search resipi kat google.....ada yang takde bahannya. Jadi kakpb buat yang begini je. Tak ingat ambil dari mana, rasanya Food Network kot.
Kentang buang kulit. Perap dengan bawang putih yang di cincang halus, lada hitam, butter, olive oil dan bakar pada suhu 250C sehingga kentang empuk. Serius sedap gila bakar macam ni daripada rebus.

Sos black pepper kakpb ambil dari blog MalinaPG. Terima kasih Lina, anak bujang buat kuah makan dengan nasi.