my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Pastri karipap rapuh dan lembut, sedap banget!!

Assalammualaikum adik-adik ku semua....
Korang komplen tak kakpb tak update blog beberapa hari ni? Entah kenapa sibok bebeno.....kehulu kehilir dalam rumah je....tapi nak tidur siang pun tak sempat. Itu pun malam tadi dah cuci bilik air, cover kerja untuk siang ni...

Oklah...dalam busy tu sempat juga mengkaripap....hehe...
Serious sedap gilos kali ni...
Kakpb memang selalu buat tapi takdelah selembut yang ini. Lebih kurang juga bahan yang digunakan. Cumanya kakpb tak sukat selalu tu. Main hentam je, janji ada rasa lembut, taklah sakit gigi menyunyah bila lepas goreng.

Terima kasihlah kat Ros JintanManisIzah Daut dan Mas Duniaku 
Mereka ni panggil karipap Ros Jepun

Minta izin copy paste kat blog ini pula ye, halalkan tau tuan punya resipi:)

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.



Goreng 3 biji je semalam, sebelum kena ngap, cepat2 ambil fotonya....
Nampak tak tekstur yang lembut dan gebu? ewah...tak nampak? haaaa....kena buatlah tu!!

Maaflah, intinya kakpb buat style kakpb. Kalau nak tau, google je ye..


Untuk frozen, kakpb bakar kat oven kejap dalam 10 minit gitu.

Hari ni nak buat lagi sebab inti semalam tak habis, saja buat sikit2.



 

12 ulasan:

  1. karipap salah satu kuih favourite saya... ^_^

    BalasPadam
  2. Saya kalau buat karipap, doh belum siap, inti tinggal separuh dimakan anak2 termasuk saya sendiri ha hahahah

    BalasPadam
  3. Feveret sy ni kak...
    Kelim sendiri ke kak...cantik!!

    BalasPadam
  4. wahh, gebusnya karipap. teringin plak nak rasa.

    BalasPadam
  5. dua hari dulu kita makan samosa sedap..antara karipa dengan samosa kita suka samosa coz ada sambal ikan..

    BalasPadam
  6. sedapnyer sis.. nak sikit hehe...

    daus datang follow ni..

    BalasPadam
  7. mana kuih nyer ni kak? sy da dtg tp x de pun ;-)

    BalasPadam
  8. sedapnya,..teringat zaman sekolah ! kawan2 hantu karipap..ehhe

    BalasPadam
  9. Karipap ni mkn bila2 pun mmg sedap.. best.. :)

    BalasPadam
  10. Pekena karipap pepagi dgn kopi panas mmg ummp la kann... hehehe... Salam dari Sahabat KBBA Borneo...

    BalasPadam
  11. alamak..sedapnya Zana..petang ni kena buat gak ah

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)