my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kebakaran Besar Belakang Rumah Kami

Kakpb dalam kesedihan sebenarnya sejak kejadian malam tadi. Tapi nantilah kakpb ceritakan.

Ni kisah beberapa hari setelah kakpb sampai semenanjung. Pukul 3 pagi, tidur berdekatan dengan mak dan wajib handphone disebelah (bukan bawah bantal ye) agak jauh dari kakpb. Telinga kakpb macam dengar deringan handphone tapi sebab mata mengantok, makan masa juga nak angkat.
Bila terjaga, terus tengok, ada miss call. Hati berdebar2 kenapa ada call drp cikgu fahmi ni?
Kakpb call balik tak berjawab. Hati dah risau sangat, tak boleh lelap sebab dia tak pernah call pepagi macam ni.

Terus tak boleh tidur. Selepas 15 minit, dia call balik, lega. Dengan nada yang kuat dan cemas, "rumah terbakar buuuu!!" Ya Allah.....kakpb rasa nak pitam masa tu. Rumah siapa terbakar?? Kat mana?
Rupanya rumah-rumah dibelakang rumah kakpb yang kebakaran.

Habis sederet tu hangus tanpa dapat diselamatkan barangan rumah. Tapi syukurlah tiada yang kehilangan nyawa. Cikgu fahmi kata, kesian sangat bila tengok mereka berlari kesana kemari, menjerit dan menangis. Cikgu fahmi pergi juga kebelakang setelah menyiram air belakang rumah kami kerana terlalu panas oleh api yang menjulang tinggi.

 3 ekor arnab yang kat belakang tu ketakutan, terpaksa dibawa masuk dalam rumah.
Kakpb tanya takde ke bomba datang? Kata cikgu fahmi dah setengah jam terbakar, bomba masih belum sampai.


Gambar dari handphone murah cikgu fahmi :) Masa ni api tengah menjulang tinggi.

Balik dari semenanjung, kakpb snap sekeping dua. Tinggal tiang dan tapak rumah je, lain semua hangus.
Ada parit dan pagar besi yang memisahkan rumah terbakar dengan deretan rumah kami.

 Ada satu rumah belakang rumah kakpb ni, sedang dalam pembinaan. Katanya kos mencecah seratus ribu. Sayang, rumah tu cantik bagi kakpb. Dua tingkat dan masih baru lagi.

Katanya (risikan drp cikgu fahmi selepas kebakaran) ada jiran yang masak air pukul 11.30 malam dan lupa tutup api gas. Bahaya sungguh bila cakap pasal lupa ni.

Semalam cikgu fahmi lupa tutup air paip kat belakang rumah. Berjam-jam air terbuang sebab kami keluar jalan-jalan, makan-makan. Rancangnya nak pergi jauh tapi hati macam tak seronok pula. Dah plan masuk baju dalam beg tapi tak jadi. Balik rumah jengah belakang, rupanya air terbuang dari pagi sampai petang....huhu....rasa nak marah, tapi tak guna.

Malang tak berbau, musibah melanda tanpa kita sangka. Begitu juga dengan kes MH370. Janganlah kita menyalahkan atau menuding jari kesalahan pada satu pihak saja sedangkan apa yang berlaku adalah diatas kehendakNya. Ada hikmah atas semua yang berlaku. Muhasabah diri.

Gambar bawah...malam tadi musibah melanda lagi......dan....akan kakpb sambung esok.....
takde mood!!



 


5 ulasan:

  1. kesiannya, habis hangus dek api..

    BalasPadam
  2. kasihannya. Semoga mereka semua bersabar.

    BalasPadam
  3. Bahayakan kakpb..tadi otw balik kampung banyaknya kebakaran hutan...suspen tengok api..

    BalasPadam
  4. MasyaAllah.. bahaya dgn api ni zana.. Sayang habis rumah rentung.. namun begitu Alhamdulillah tiada jiwa yg hilang..

    BalasPadam
  5. sy dah serik memasak tinggal dapur lepas satu kejadian. Ingat nak buat telur separuh masak so panaskan air dalam priuk kemudian sibuk uruskan kain baju. Sedar2 air dlm periuk dah kering, serik! serik! kalau masak air sy kena guna cerek bersiul tu haaa

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)