my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Tablet samsung diinginkan, cermin kereta dipecah

Tengok tak gambar akhir entry sebelum ni?

Kereta adik ipar kakpb dipecah dan tablet samsung kami (kakpb punya) diambil/dicuri. Tinggal sekejap tablet dalam kereta dan terletak dibawah kaki. Mungkin pencuri guna lampu suloh dan bermotor.

Kakpb dan cikgu fahmi hantar anak ke kem bola malam jumaat lepas. Sementara tunggu dia main, rancang nak cari buku latihan dia dan beli makanan. Tinggalkan kereta di parking lot yang sedikit gelap. Hujan pula malam tu. Tak sampai satu jam kami balik, tengok-tengok cermin kereta belah penumpang depan dah melopong. Mulanya tak tau juga apa dah jadi. Bila cikgu fahmi raba seat, ada kaca bertaburan, baru perasan. Cermin kereta tu pecah semuanya, takde langsong tinggal tepinya, tu sebab tak perasan.

Dengan tingkap melopong tu kami pergi balai polis terdekat. Ada pula sorang pak polisi tu sound, haaa...lain kali jangan tinggal barang dalam kereta. Laaaa...benda nak jadi la pak!! Ada ke kita nak suruh orang pecahkan cermin dan ambil tablet kita tu? Dengar khabar dah banyak kes berlaku disini, apa kerja polis? Tak nampak pun meronda kawasan yang dah tau katanya black area. Bukan nak mempertikaikan tugas polis. Tapi selama tinggal di sini, kakpb jarang nampak polis meronda. Polis trafik ada ler, waktu pagi dan petang. Ishh....malaslah nak tegur kerja orang.

Kakpb pun redha benda yang hilang. Ini pun pengajaran bagi kami. Kadang kala kita lupa (bukan ambil mudah) sebab nak cepat, nak sekejap je, kita bersangka baik dengan orang lain tapi orang fikir lain pula.

Sebulan ni memang banyak perkara sedih melanda keluarga kami. Basikal kena curi (anak punya). Mak saudara pula didapati sakit yang kronik. Dan ada lagi yang tak perlu kakpb kongsi disini. Takpelah....kita redhakan semuanya. Allah nak duga hambaNya. Mungkin juga nak beri sesuatu yang lebih baik untuk kita. Siapa tahu.....

6 ulasan:

  1. kesiannya.. memanglah tak ada rezeki kita, tapi rezeki si pencuri pule... geramnya!!!

    BalasPadam
  2. jadi peringatan untuk kita lain kali..kan??

    BalasPadam
  3. Untuk kita sentiasa beringat tu Zana.. kekadang ialah nak cepat kan.. tak sangka benda nak jadi..

    BalasPadam
  4. KakPB..SB selalu gak tinggalkan tablet lam kereta,bawah seat..tak tau la pulak ada yang sanggup geledah.ingatkan dorang cekup benda atas tempat duduk saja..

    BalasPadam
  5. Mungkin kerana nak cepat dan tertinggal tab tu...takper lah...nanti lain kali beringat2 yer...

    BalasPadam
  6. Kata ayah pada suatu ketika dahulu, JANGAN SEKALI-KALI MASUK POLIS, "SUSAH"..huh

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)