my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Red Velvet Cheese Tart - alam sari

Red Velvet cheese tart ni kakpb buat masa birthday si Aziz tempohari. Memang jadi kesukaan tetamu tapi bukan tetamu kecil, tetamu mak2 orang yang datang....hehe...sampaikan ada yang minta bawa balik.

Kakpb memang suka sangat yang red velvet tu tapi si Aziz suka yang kulit plain. Intinya kakpb guna strawberi dan bluberri.

 Nak berterima kasih sangat pada Seri Kandi kerana sudi share resipi ni diblognya.
Kakpb copy paste kat blog ye, senang esok2 nak buat lagi.

RED VELVET CHEESE TART
sumber: Alam Sari
@blogsurirumah

Bahan Crust :

170 gm margerin (SK guna Buttercup Margerin - tin kuning)
3 sudu besar gula icing
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka kurma (kakpb ganti cuka biasa) 2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar pewarna merah (cecair)
@ boleh ganti dengan 1 sudu kecil rata pewarna merah red velvet (serbuk)
270 - 290 gm tepung gandum (Cap Sauh)

Cara-caranya :
  1. Pukul margerin dan gula icing dalam mangkuk besar menggunakan senduk kayu. Pukul sekejap sahaja.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.. pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan cuka kurma, pukul sebati.
  4. Masukkan pewarna merah, pukul lagi.
  5. Masukkan serbuk coklat.. pukul lagi
  6. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan dan di mangkuk. *berhenti letak tepung jika dah jadi doh.
  7. Simpan 15 - 20 minit dalam peti sejuk.
  8. Keluarkan dari peti. Ambil sedikit doh, masukkan dan tekan sekeliling dalam acuan tart mengikut ketebalan yang sesuai.
  9. Panaskan oven 10 minit sebelum dibakar pada suhu 170 darjah selsius selama 20 - 25 minit.
*Disebabkan adunan berwarna gelap, selepas 20 minit, keluarkan satu crust dan cuba terbalikkan. Jika crust tidak jatuh sendiri bermakna crust belum cukup masak. tambah 5 minit lagi.

Bahan Krim :

250 gram cream cheese (Philadelphia)
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla atau jus lemon atau esen lemon

Jem : Strawberry Filling (Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-caranya :
  1. Pukul cream cheese dan gula kastor hingga lembut menggunakan mesin mixer.
  2. Masukkan telur dan esen, pukul lagi hingga sebati dan lembut.
  3. Masukkan ke dalam piping bag.
Cara Menyediakan RV Cheese Tart.
  1. Susun semua crust dalam tray pembakar.
  2. Picitkan strawberry filling 1/3 mangkuk crust.
  3. Picitkan pula adunan krim sehingga ke tebing mangkuk crust.
  4. Ambil sedikit crust, pecahkan dan taburkan di atas krim.
  5. Bakar selama 10 minit sahaja pada suhu 170 darjah selsius.
  6. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama.
*Jangan putar cream cheese pada suhu bilik. Putar 10 - 15 minit selepas dikeluarkan dari peti sejuk.



 
warna merah saja kakpb kurangkan...

nota: cheese tart ni dah sampai ke Bangi dan Kelantan pun....hehe...buat kali kedua utk saudara mara.

7 ulasan:

  1. wahhhhhh!!! dah terbang rupanya RVCT tu ye kak... satu lagi klebihan rvct ni senang tak yah buat corak2, hehehehe

    mekasih Kak Zana sudi mencuba rvct ni. T.ksh kpd basic recipe by kak Azita Zain

    BalasPadam
  2. cantik kembung inti chiz tu..mmg sedap la tart ni

    BalasPadam
  3. Tergoda akak zana .... Kena cuba jugak ni ;)

    BalasPadam
  4. Kakak buat sendiri tak lagi tapi makan yg original dari SK dah merasa pun - memang sedap.

    BalasPadam
  5. sedapnya kak zana, liza nk try jugak la nnt....hihii

    BalasPadam
  6. salam kak pb..

    lama x singgah sini..em, nampak sedap tat tu..bab cheese tu yang x tahan tengok..huhu..

    BalasPadam
  7. Kak, sy dh try tp disebabkn sy xpenah merasa mcm mna rvct ni jd sy xtau sama ada rvct sy tu menjadi ke tak...huhuhuhuhu..mcm mna nk tau dia menjadi ke tak?

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)