my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Laksam

Ahad lepas abang ipar kakpb datang, ada tugasan disini. Bawa geng office dia seramai 6 orang. Dapatlah kakpb hidangkan laksam ni. Menambah dia makan.

LAKSAM
@blogsurirumah
sumber: Azie Kitchen

 Bahan-bahan:
 3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam

Kakpb tak bancuh dengan air panas pun. Guna air biasa pun ok.
Kacau rata dengan senduk.
Panaskan pengukus. Letakkan tudung periok atau apa2 bekas leper, sapukan minyak sedikit.
Tuangkan adunan atas tudung periok. Tutup pengukus.
Kukus 5-10 minit sehingga adunan menggelembong.
Angkat, gulungkan ketika masih panas. Kakpb guna spatula je.
Langkah demi langkah boleh tengok kat Azie Kitchen.

Bahan untuk dihiris:
Timun jepun (kat sini murah)
Taugeh buang ekor
Kobis hiris halus
Kacang panjang
Daun kesum


Kuah Laksam

1 kg ikan basong (ikan sadin atau apa2 ikan pun boleh)
Direbus bersama asam keping
Buang tulang dan dikisar halus guna air rebusan tadi
Santan secukupnya (kakpb tak sukat pun)
Bawang merah (dlm 7/8 biji) *
2 ulas bawang putih *
sedikit halia *
1 sudu kecil lada hitam @ serbuk *
(semua bahan bertanda * di mesin)
2 batang serai diketuk
Garam dan gula

Tuang santan dalam periok. Masukkan bahan kisar dan juga ikan tadi.
Masukkan serai, garam dan gula.
Kacau hingga mendidih.


Sekali sekala makan begini memang tak cukup sepinggan. Kena pula ada sambal belacannya. Oh ye, sambalnya kakpb buat seperti biasa. Blend cili hidup, cili padi, belacan bakar, garam dan gula. Perahkan limau kasturi. Insyaallah sedap. Cubalah!




5 ulasan:

  1. favourite saya ni kakpb..
    kalau beli kat pasar mlm, kureng pekat kuahnya..
    adui..terliur

    BalasPadam
  2. Sedapnya laksam. Dulu selalu juga beli. Tak pernah buat. Sebab Yati sorang je layan laksam ni kat rumah. :)

    BalasPadam
  3. Assalam
    Laksam ni mcm laksa ye
    He hee biasa dengar tp x reti mkn sebenar nya

    BalasPadam
  4. terror betul Kak PB memasak.. dulu mak sy pnah buat laksam seklai jer, lepas tu serik kot berdiang tepi dapur, hehehe

    BalasPadam
  5. dah lama dh tk buat laksam..tetiba rs nk mkn plk...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)