my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Apam Pisang Gula Hangus

Tekak ni dah lama sangat teringin makan apam. Beli kat luar selalunya tak berapa sedap. Bukanlah nak kata kakpb pandai masak tapi lebih sedap masak ikut selera kita. Nak kurang manis, nak lebih manis,,,,,,,,

Elok pula terjumpa resipi ni kat blog Madiha, pisang pun ada, apa lagi? Kakpb guna loyang bulat sedang2 je. Jadi adunan ada lebih sikit, masuk dalam acuan kecil dan kukus.
Memang sedap kuih apam ni, asyik nak makan je. Lembut dan gebu pula tu. Cuma masa mengukus agak lama, dalam satu jam. 

Terima kasih Madiha dan AlongRoz. Kakpb minta izin kongsikan disini pula ye.





APAM PISANG GULA HANGUS
@blogsuriurmah
sumber : Madiha
sumber asal : AlongRoz

BAHAN2: 
½ cwn Gula pasir 
1 cwn Susu Cair Evaporated
3 sb Butter
3 bj Telur (MaDiHaA guna A)
1 cwn Gula Kastor (MaDiHaA guna 2/3 cawan saja)
1½ cwn Pisang Lecek
2 cwn Tepung Gandum*
1 st Baking Powder*
1 st Bic Soda*
1/4 st Garam* (* ayakkan sekali)

CARA2:
1. Cairkan gula dgn api kecil menjadi gula hangus & masukkan susu sehingga menggelegak.  Tutup api & campurkan mentega.  Sejukkan.
2. Pukul telur & gula kastor sehingga kembang.  Masukkan pisang & gaul rata.  Masukkan tepung* & gaul sebati.
3. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan.  Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.




7 ulasan:

  1. kuih feveret yana nii..tak pernah puas mkn..sedapp..

    BalasPadam
  2. macam nak cari pisang jer balik nii hihi

    BalasPadam
  3. Sorry nak tanya skit, masa bila masukkan campuran susu+karamel? lepas dah isi tepung yer

    BalasPadam
  4. haduiii... sy mmg suka apam pisang ke kek pisang ke... thanks sharing sis... sedap nie... dh terliur saya.

    BalasPadam
  5. @Mila@Rimbun
    Oh ye... Sipenulis lepas pandang tu. Campurkan semua sekali dlm adunan pisang tau.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...kita xprnah lgi buat apa pisang ni sbb anak2 xmkn...kita sdri pun klu pisang ni xminat sngat dibuat kue...suka mkn mentah je...ada beza ke rsa dgn kek pisang...

    BalasPadam
  7. Ctknya kuih akak ni. Suka tgk. Klu mkn, tmbh2 suka ni kak! Heheheh!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)