my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kem ibadah di Penang

Update ringkas tentang anak kakpb yang ke Penang hari isnin lepas. Menghadiri Kem Ibadah di PLKN Penang sana. Hari ni malam akan sampai kerumah, insyaAllah. Doakan mereka selamat sampai.

Ini sebahagian kiriman whatsapp anak kakpb. Merasalah dia pengalaman tidur beramai-ramai seperti asrama. Selalu nak beraircon, merasalah pula kipas saja. Kakpb harap dia dapat bawa pulang ilmu dan pengalaman yang berguna. Bukan keseronokkan dunia saja yang kita nak beri pada anak, bagi kakpb biarlah seimbang supaya dia tahu membezakan mana yang baik dan buruk.


Ni di bilik mereka ketika baru sampai Penang, isnin 10hb Nov.



Sebelum berlepas dengan MAS, gambar dulu sebagai kenangan.


Pesanan dari ustaz mereka sebelum masuk balai berlepas.



Kiriman dari anak melalui whatsapp, jalan2 sekitar Penang dalam keadaan hujan agaknya.

Katanya program agak membosankan. Mungkin terlalu banyak ceramah? Budak2 biasalah kan......setiap hari perlukan aktiviti luar baru rasa puas agaknya. Kakpb pesan takpelah, ini pengalaman yang bagus untuk dia bergaul dengan mereka yang luar dari sekolahnya.

Gambar bawah bersama PU Yeop

5 ulasan:

  1. Semoga ada manfaatnya. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak zana, rindunya kat blog alahai...;)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Pb.
    Lama x singgah sini.
    Sihat akak hendaknya.
    Nmpk ceria ank akak walau dlm hujan.

    BalasPadam
  4. Tengok bilik camtu terus teringat Nad punya plkn hehehe :p

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)