my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

November yang busy

Rasa macam tongkang pecah tak bertuan rumah ni. Tu yang tak sempat jalan blog kawan2. Kakpb minta maaf sesangat ye. Komen pun tak sempat balas. Bagaimanapun kakpb hargai sangat mereka yang sudi meninggalkan jejak disini. In syaAllah kakpb akan jengah juga bila berkesempatan.

Bulan ni kakpb sibuk dengan tempahan kuih kasturi atau gendang kasturi, karipap dan cheese tart untuk majlis kahwin saudara. Semua kena di frozenkan dulu. Peti ais kena kosongkan untuk letak kuih2 ni. Tu yang busy, mana nak masak, basuh baju, menggosok, berkemas.......almaklum...tiada pembantu rumah. Hanya zikir subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar saja yang dijadikan penguat tenaga kakpb ni.

Kuih kasturi permintaan makcik ni baru siap separuh. Nak terkehel mengacau kacang hijau sekuali. Tambah pula bila dia memekat. Makin berat rasanya.

Dalam pada sibuk tu sempat jugalah layan game bola anaknda kakpb tu. Setiap minggu ada liga bola antara pasukan dia TUMS (Tunas Asas Bolasepak UMS) dengan pelbagai kelab atau sekolah yang ingin merebut piala liga. Timbul isu tak puas hati kerana anak kakpb 12 tahun tapi diletakkan dalam group 11 tahun. 
Ada yang ugut2 dia, jagalah kau.....siap pijak2 kaki bagai. Semuanya tak puas hati sebab umur. Kalau dah coach yang benarkan main, kenapa mereka bising2. Anak kakpb pula jenis yang tak pandai bergaduh, dia jenis tak layan orang cari pasal. Itu yang mereka sakit hati agaknya. Sama juga ketika di sekolah. Selalu ada tak puas hati. Sebabnya......mereka yang nakal/kaki samseng ni cuba memancing dia ajak gaduh, bertumbuk tapi tak dilayan. Dalam pada tu, eh minta add friend di facebook pulak tu. Pelik kan? Dah buat musuh tapi nak juga menempel sebagai sahabat.

Terus terang disini, kakpb memang tak benarkan dia bersahabat dengan orang yang suka cari gaduh. Sikit2 suruh panggil bapak nak jumpa, konon berani sangat. Dari tadika lagi kakpb pantau semua kawan2 dia dan kalau kawan yang membawa kepada perkara tak elok, biadap, baik tinggalkan. Tak rugi pun. Harap2 dewasa nanti dia tau memilih mana yang buruk dan baik. Kita hanya merancang untuk kebaikkan dia tapi diri sendirilah yang menentukan apa yang dia mahu.

Panjang lebar pula entry anak kakpb. Kadang kala tinggal merantau ni banyak sungguh dugaan. Selalu dipandang rendah. Betul kata orang......ada harta orang sanjung, dijulang. Orang tak pandang samada kita ni baik ke....berbudi bahasa ke....

Rasa sedih selalu kakpb lepaskan pada kesayangan kakpb dua ekor ni. Urut dan belai dia setiap hari, hilang rasa stress tu. Masa menaip ni pun dia duduk sebelah laptop. Memang tak boleh jauh. Masuk tandas pun ikut....ishh...Messy ni memang manja. Waktu pagi kakpb akan dukung dia bawa kedepan rumah. Kucing kan suka kunyah rumput. Lepas tu bagi masuk sangkar dalam 4-5 jam. Mereka ni tak tidur dalam sangkar waktu malam. Siang je.

Tengoklah tu.....minta urut sampai dia tidur. Kakpb bangun pergi dapur, dia pindah tidur kat dapur.

Si Jebat pula tah mana, dah masuk bawah katil membuta agaknya.

Berlakon je tu tidur, kejap lagi kakpb bangun, tau2 dia ada je kat sebelah.....alahai....macam mana ibu nak tinggal balik semenanjung ni? Berat rasa hati. Kesian takde yang belai.

Oh ye....mungkin selepas ni lewat sikit update blog. Betul2 sibuk sampai bulan Disember nanti.
Terima kasih sudi membaca kisah hidup kakpb yang tak seberapa popular ni.
Siapalah saya....

4 ulasan:

  1. Salam kak pb..wah banyaknya aktiviti kak pb..x apa..take ur time kak..semoga segalanya dipermudahkan..amin

    BalasPadam
  2. kuih tu sedap... dan baru tau kuih tu namanya kasturi... semoga bjya dan menjadi pemain bola yg terkenal... hehehehe... kak.. kucing tu camne?? yg kita bincang sebelum ni..

    BalasPadam
  3. Sedapnya kuih. Tak apa Akak. Buat urusan yang penting dulu. Semoga dimudahkan urusan akak.

    BalasPadam
  4. mana lah nak carik kuih kasturi tu kat KK nih... nak yg lembut moist bukan yg keras membatu...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)