my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Kuih Bom Inti Kacang


Assalammualaikum semua, dah hari ke tigabelas kita berpuasa kan.....Alhamdulillah.
Sebenarnya, kakpb takut sangat nak buat kuih bom dan tak pernah buat pun. Tapi disebabkan bulan puasa, selera makan kita ni agak besar, itu nak ini teringin. Ini pun sebab inti kacang hijau hari tu ada simpan dalam peti ais, tu yang buat tu.

KUIH BOM INTI KACANG HIJAU
@blogsurirumah
sumber : Azie Kitchen


Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air 
Bijan secukupnya - untuk salut 

Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.







Serius masa goreng ni kaki kakpb dah pasang kuda2, takut bom meletop. Bila nampak kuih dah merekah sikit dalam kuali, hati ni dah gedebak gedebuk, bila la nak melompat keluar dari kuali.Tunggu punya tunggu sampai kuih masak, elok pulak tak meletop....haha....selamat.

4 ulasan:

  1. sedap ni, lama tak makan, kalau buat sendiri lagi puas hati kan :)

    BalasPadam
  2. Lama betul tak makan kuih bom inti kacang... dulu masa sekolah rendah, selalu beli di kantin!

    BalasPadam
  3. salah satu sebab ky tak suka buat..sbb meletup bila tengah mengoreng. keduanya ky sorang jer mkn. nmpk cantik kueh tu sedang elok jer warna..

    BalasPadam
  4. sedap ni tapi masa mengoreng yang x sedap..asyik kena bom aje..heheheh

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)