Semalam seharian kami dikedai perabot, asalnya nak cari almari untuk anak. Maklumlah, dah makin membesar, almari yang gambar kartun2 tu dah tak sesuai untuk dia. Cari yang simple dan murah je, dia pun tak kisah, tak memilih sangat. Lama betul kami tak masuk kedai perabot. Sejak pindah dulu, ada la sekali dua cari barang seperti katil satu set dan lain-lain. Masa dulu pergi kedainya buruk je, sekarang........dah ada aircond, berubah seratus peratus.
Tengok sana, tengok sini......macam-macam yang berkenan tapi sabar dan kuatkan iman. Kena cari mana yang lebih penting. Akhirnya setelah survey atas bawah bangunan dua tingkat tu, berkenan almari yang simple. Macam fesyen lama pun ada juga. Tak apalah, yang penting boleh simpan barang. Tak mahal sangat pun.
Sedang tengok-tengok barang tu, ternampak si Aziz duduk dengan seseorang. Eh, sape pulak tu? elok je landing kepala dia kat Aziz. Rupanya dia leka tengok Aziz main game....:) Mula-mula landing kepala kat bahu, lepas tu terus ambil tab dan tunjuk kepakaran dia..:)) gelihati pula nengoknya. Aziz kata, dia nak ambil balik tab tu pun dia tepis tangan Aziz. Nasib baiklah anak bujang kakpb ni sabar dan tak melenting. Dia senyum je tengok telatah budak ni, cute pulak tu.
Lepas settle semua, hantar anak bujang ni balik. Banyak urusan lain lagi, confirm dia taknak ikut ibu ayah. Siap pesan, jangan buka pintu melainkan pakcik dia sahaja yang datang. Kekadang budak2 ni dia ajak kawan-kawan melepak bila parent takde kat rumah.....
Walaupun dia seorang, tak bermakna ibu dan ayah akan turut semua kemahuan dia. Ada batasannya. Hendakkan sesuatu, kena usaha gigih. Bila dah berusaha dan setakat itu saja kemampuannya, ayah dan ibu tetap bangga. Kena ingat jasa semua orang, tak kiralah cikgu ke....pakcik makcik kat kampung ke.....datok nenek ke....paling ibu tak suka sikap yang tak jujur. Jangan sampai dah ada isteri dan tak jujur dengan isteri. Berat tu........boleh bergoncang rumahtangga. Bukan nak menyindir sesiapa. Satu hari nanti bila dia dewasa dan buka blog ibu ni, ingatlah pesan ibu. Orang perempuan tidak suka lelaki yang tidak jujur.
Entry dengan tajuk agak terpesong, tapi.....ada ku kesah??
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
Memaparkan catatan dengan label Aziz. Papar semua catatan

'Dear Diary'.......pembelajaran.....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Anda semua biasa tulis diari? Aku dulu, bertahun2 menulis diari dari umur belasan tahun sehingga aku berkahwin, bayangkan berapa lama tu.....memang aku suka mencatit segala yang berlaku dalam hidup ku di atas kertas yang tersimpan rapi. Aku ni jenis yang suka memendam perasaan (dulu la....) segala kepedihan, kemarahan aku coret dalam diari ku. Setiap langkah kemana aku pergi, pasti aku coret. Bila ada masa terluang aku akan selak kembali perjalanan hidup ku.
Tapi kini, tiada lagi diari! Segalanya aku lepaskan begitu saja tanpa catatan. Hanya di blog yang aku ada, itu pun kalau tak kena delete. Diari ku yang lama2 semua dah ku bakar. Aku nak padam semua kenangan pahit yang lalu. Hanya tarikh penting yang akan ku simpan dalam hati dan sehingga akhir hayat.
Kini tugasan menulis diari turun pula pada anak ku. Bermula tahun 2011 ni dia menulis dalam bahasa inggeris. Mulanya ketika dia di tahun 1, cikgu BI suruh buat diari setiap hari untuk tugasan pada cuti sekolah seminggu. Akhirnya aku terfikir, kan baik kalau dia teruskan menulis diari dalam bahasa inggeris sebagai latihan memahirkan diri sendiri dalam menguasai bahasa itu. Walaupun bahasa agak tunggang langgang, aku bangga dengan usaha dia. Mana yang boleh aku tolong terjemahkan, aku tolong. Kalau tidak, kamus Dewan jadi mangsa. Pasti lama kelamaan dia akan tahu dimana salah dan silap menyusun ayat. Setiap hari aku akan ingatkan dia supaya jangan lupa menulis kerana budak2 ni kalau tinggal sehari, dia jadi malas, lupa pulak tu.
Kadang kala aku senyum sendiri, hemm.....dan dia pasti tersenyum satu hari nanti bila dewasa sekiranya membaca kembali diari dia. Tak apa la, sebagai permulaan dalam hidup dia.......

HITAM bukan sembarang hitam!
Salam Sejahtera....
Kisah anak beranak :-
Situasi : tengahari, pulang dari sekolah.
Ibu : laa....kenapa nangis?
Anak : sakit hati!!
Ibu : nape pulak? mesti gaduh ni........(sebak juga tengok anak dgn mata yang bengkak menangis)
Anak : dah tak tahan dah, dia asyik kata Aziz ni 'hitam'........'mawas'.....'najis'....bla...bla..bla...
Ibu : nanti ibu call aunty (driver bas)
Bual di talipon dengan si pembuli :-
Ibu : apa cerita tadi? gaduh pasal apa?
Budak : takde apa2 makcik.....kami gurau2 je.....
Ibu : kalau gurau je, takkan la dia nangis sampai bengkak2 mata.
kamu kata dia hitam, najis la dan macam2 lagi, mesti la dia kecil hati.
kamu tahun 6 kan? dia baru 7 tahun......
Budak : iye...err...ya...ya...
Ibu : lain kali kamu jangan cakap begitu lagi tau!
Budak : baik, makcik!
Ingatkan dah selesai.............rupanya selang beberapa hari, terjadi lagi. Alkisahnya budak tu tak puas hati kerana Aziz mengadu dengan ayahnya. Ayahnya pun bukan nak buat apa2 kat budak tu (cuma tanya mana satu budak yang usik dia tu)
Balik dari sekolah...........
Ibu : gaduh lagi la ni........ya Allah...tak habis2 korang ni....
Anak : tapi paling Aziz sakit hati..........dia kata ayah.....busuk....hitam....jijik....
Ibu : biar la dia nak kata apa pun........tak jadi kudis pada kita....
Tindakan kami?
Ayah dia call budak tu, macam2 budak tu cakap. Katanya Aziz suka bising dalam bas, dia tak boleh belajar. Suka jual mainan kat orang, jual 50 sen, 20 sen. Ayah dia pun percaya seratus peratus. Kata putus di ambil, ayah dia nasihatkan budak tu, jaga bahasa kamu. Jangan sewenang2nya kata nista pada orang lain.
Ibu : betul ke apa yang budak tu cakap? Aziz jual mainan dan suka buat bising sampai orang lain tak boleh
nak membaca.
Anak : (dengan air mata berjuraian) dia bohong tu.......mana ada dia belajar dlm bas....orang lain pun bising,
dia tak marah, kenapa marah Aziz sorang?
Ibu : habis, mainan tu? Aziz jual mainan?
Anak : tu gurau2 je, bukan betul pun.........(maksudnya dia tak serius pun tapi budak tu cerita lain)
Ibu : ok la......macam ni.....itu maknanya dia tak suka Aziz. lepas ni tak perlu la terhegeh2 pergi cari dia.
ayah dah buat keputusan, Aziz di asingkan dari budak2 lelaki yang duduk di belakang.
tadi ayah dah bincang dengan aunty.
Walaupun dia kurang setuju tapi terpaksa kerana tiada pilihan. Cuti sekolah tak lama lagi. Kena tahan telinga untuk beberapa minggu ni.
Masalah 'kulit' ni dari dia tadika lagi. Selalu jadi bahan keji kawan2. Hinggakan dulu kami tak boleh langsung sebut 'hitam', mesti dia nangis. Padahal bukan ditujukan pada dia. Cuma semenjak dah sekolah ni, kurang sikit sensitif dia. Mungkin sebab kami selalu beri perangsang kat dia. Biar kulit hitam, rupa buruk.........asalkan kita di kasihi Allah, bijak dalam akademik, hormat orang tua, tak berlagak sombong. InsyaAllah, orang yang mengata tu akan sayang dan hormat pada kita.
Untuk menyedapkan hati kami dan juga dia...........
"walaupun Aziz hitam.....hensem tau, mesti ramai awek terpikat nanti"
hehe.....tersipu-sipu dia kerana malu!

Anak : macamana Aziz tak sakit hati? dia suruh panggil ayah datang jumpa dia atau pergi rumah dia.
dia kata, tak takut pun..........
Ibu : jangan layan sangat budak macam tu, lagi pun Aziz tak sesuai dan sepadan nak berlawan cakap
dengan dia.Anak : tapi paling Aziz sakit hati..........dia kata ayah.....busuk....hitam....jijik....
Ibu : biar la dia nak kata apa pun........tak jadi kudis pada kita....
Tindakan kami?
Ayah dia call budak tu, macam2 budak tu cakap. Katanya Aziz suka bising dalam bas, dia tak boleh belajar. Suka jual mainan kat orang, jual 50 sen, 20 sen. Ayah dia pun percaya seratus peratus. Kata putus di ambil, ayah dia nasihatkan budak tu, jaga bahasa kamu. Jangan sewenang2nya kata nista pada orang lain.
Ibu : betul ke apa yang budak tu cakap? Aziz jual mainan dan suka buat bising sampai orang lain tak boleh
nak membaca.
Anak : (dengan air mata berjuraian) dia bohong tu.......mana ada dia belajar dlm bas....orang lain pun bising,
dia tak marah, kenapa marah Aziz sorang?
Ibu : habis, mainan tu? Aziz jual mainan?
Anak : tu gurau2 je, bukan betul pun.........(maksudnya dia tak serius pun tapi budak tu cerita lain)
Ibu : ok la......macam ni.....itu maknanya dia tak suka Aziz. lepas ni tak perlu la terhegeh2 pergi cari dia.
ayah dah buat keputusan, Aziz di asingkan dari budak2 lelaki yang duduk di belakang.
tadi ayah dah bincang dengan aunty.
Walaupun dia kurang setuju tapi terpaksa kerana tiada pilihan. Cuti sekolah tak lama lagi. Kena tahan telinga untuk beberapa minggu ni.
Masalah 'kulit' ni dari dia tadika lagi. Selalu jadi bahan keji kawan2. Hinggakan dulu kami tak boleh langsung sebut 'hitam', mesti dia nangis. Padahal bukan ditujukan pada dia. Cuma semenjak dah sekolah ni, kurang sikit sensitif dia. Mungkin sebab kami selalu beri perangsang kat dia. Biar kulit hitam, rupa buruk.........asalkan kita di kasihi Allah, bijak dalam akademik, hormat orang tua, tak berlagak sombong. InsyaAllah, orang yang mengata tu akan sayang dan hormat pada kita.
Untuk menyedapkan hati kami dan juga dia...........
"walaupun Aziz hitam.....hensem tau, mesti ramai awek terpikat nanti"
hehe.....tersipu-sipu dia kerana malu!
nota: jangan percaya sebelah pihak, kena siasat betul2.
kekadang anak2 kita yg buat hal, kekadang anak org buat cerita
kekadang anak kita yg pandai menipu, kena fikir berkali2 sebelum ambil tindakan
jika tidak, anak2 yang jadi mangsa
untuk sedara di semenanjung
Logo sekolah kebangsaan Tanjung Aru.
Gambar ni di ambil pada minggu pertama persekolahan. Masa tu Aziz baru nak daftar sekolah. Nampak serombongan bebudak ni sedang menjalani program transisi tahun satu. Kesian Aziz, tak dapat join sama...........
Nota:.................teringat anak2 saudara di semenanjung.
Langgan:
Catatan (Atom)