Semalam seharian kami dikedai perabot, asalnya nak cari almari untuk anak. Maklumlah, dah makin membesar, almari yang gambar kartun2 tu dah tak sesuai untuk dia. Cari yang simple dan murah je, dia pun tak kisah, tak memilih sangat. Lama betul kami tak masuk kedai perabot. Sejak pindah dulu, ada la sekali dua cari barang seperti katil satu set dan lain-lain. Masa dulu pergi kedainya buruk je, sekarang........dah ada aircond, berubah seratus peratus.
Tengok sana, tengok sini......macam-macam yang berkenan tapi sabar dan kuatkan iman. Kena cari mana yang lebih penting. Akhirnya setelah survey atas bawah bangunan dua tingkat tu, berkenan almari yang simple. Macam fesyen lama pun ada juga. Tak apalah, yang penting boleh simpan barang. Tak mahal sangat pun.
Sedang tengok-tengok barang tu, ternampak si Aziz duduk dengan seseorang. Eh, sape pulak tu? elok je landing kepala dia kat Aziz. Rupanya dia leka tengok Aziz main game....:) Mula-mula landing kepala kat bahu, lepas tu terus ambil tab dan tunjuk kepakaran dia..:)) gelihati pula nengoknya. Aziz kata, dia nak ambil balik tab tu pun dia tepis tangan Aziz. Nasib baiklah anak bujang kakpb ni sabar dan tak melenting. Dia senyum je tengok telatah budak ni, cute pulak tu.
Lepas settle semua, hantar anak bujang ni balik. Banyak urusan lain lagi, confirm dia taknak ikut ibu ayah. Siap pesan, jangan buka pintu melainkan pakcik dia sahaja yang datang. Kekadang budak2 ni dia ajak kawan-kawan melepak bila parent takde kat rumah.....
Walaupun dia seorang, tak bermakna ibu dan ayah akan turut semua kemahuan dia. Ada batasannya. Hendakkan sesuatu, kena usaha gigih. Bila dah berusaha dan setakat itu saja kemampuannya, ayah dan ibu tetap bangga. Kena ingat jasa semua orang, tak kiralah cikgu ke....pakcik makcik kat kampung ke.....datok nenek ke....paling ibu tak suka sikap yang tak jujur. Jangan sampai dah ada isteri dan tak jujur dengan isteri. Berat tu........boleh bergoncang rumahtangga. Bukan nak menyindir sesiapa. Satu hari nanti bila dia dewasa dan buka blog ibu ni, ingatlah pesan ibu. Orang perempuan tidak suka lelaki yang tidak jujur.
Entry dengan tajuk agak terpesong, tapi.....ada ku kesah??
Sama la mcm ank saya jugak..bila dah besar tak dah yg ada gambar kartun2 tu..nk yg lain plk..dah remajakannn...
BalasPadamsama jugak sebenarnya utk lelaki. kedua2 spesis ni memang tak suka pada pasangan yang tak jujur
BalasPadamseronok shopping ya...dah ada anak teruna hihihi
BalasPadamsuke betol baca tulisan kak PB ni. huhuh...ada nasehat, ada sense of humor. mesti kak pb ni jenis ibu yang sporting.
BalasPadam