my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Nasi Lemak 3 Warna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Selamat berhari sabtu teman2 sekalian!!
Apa agaknya aktiviti korang hari ni? Pb lepak je kat rumah, ada pula teman order kuih untuk birthday anak dia. Jadi pagi ni agak awal bangun tambahan pula hubby ada larian seMalaysia. PB kata, "awak mengajar kat pulau pun nak berlari jugak ke?". Hubby kata, "lari la jugak sekeliling pulau, turun bukit naik bukit....hehe.."

Kesian dia, tapi takpe.......pagi-pagi lagi pb dah bangun masak nasi lemak untuk dia. Elok beno la tu, lepas makan berlari pulak membakar lemak-lemak yang berkumpul.

Nasi lemak 3 warna ni pb tak tau kalau ada teman blogger yang dah buat. Pb teringat hari tu buat nasi biasa, ni nak tukar kaler nasi lemak, bosan kaler putih je.......untuk resipi yang dulu ada kat SINI
Resipi ni takde la ikut macam dulu sebab ni kan nasi lemak. Pb ubah2 sikit ikut selera sendiri.

NASI LEMAK 3 WARNA

1 1/2 gelas beras basmathi (beras yg pb guna ni kena lebih air, kalau tak en hubby komplen)
1/2 gelas santan pekat (pb memang tak suka santan banyak)
1 batang serai
sedikit halia dihiris-hiris
sedikit garam
pewarna kuning, hijau dan merah

Cara:
Beras dicuci bersih. Masukkan serai dan halia hiris.
Masukkan santan dan air mengikut sukatan. Kalau beras 1 1/2 gelas, pb lebihkan sikit airnya
Masukkan garam.
Setelah nasi kering, buatkan 3 lubang  dan titikkan 3 pewarna tadi.
Bila nasi dah masak, gaulkan rata-rata.
Bolehlah hidang bersama sambal tumis udang, telor rebus, timun dan ikan bilis goreng.

Agak berselera juga makan nasi lemak kaler2 gini, betul tak?

Segmen: kenapa pakai dua phone / dua number?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Jalan2 pagi jumaat, terserempak pulak dengan satu blog ni.....(padahal dia dah datang kat shout box tu, kira bukan terserempak la ye? Ada kontes pulak, pb ni jarang nak join kontes tapi kalau ada masa dan senang soalannya, boleh gak join.


Contest Fya di SINI, sape nak join di persilakan, pb takde nak tag sape2. Takut orang takde masa nak buat entry. Kita ni tak keje, boleh la.......itu pun curi masa juga...

Segmen: kenapa pakai dua phone/dua number?

1. Kerana kita orang takde talipon line rumah.
2. Kami berdua, sebenarnya sorang satu je handphone tu tapi boleh kira dua jugak la kan?
3. Line yang kami langgan ni lebih murah. Kalau nak bergayut dgn hubby sampai berdarah telinga pun masih free.....hehe....tapi takde la macam tu!

Cukup tak Fya? alah....boleh la ni....kalau ikutkan dah sah dah ni....

Candil Pulut

Salam sejahtera di hari Jumaat yang mulia pada semua teman2.

Semalam pb bongkar-bongkar majalah lama. Selalu memang suka simpan majalah terutama majalah yang ada masakan. Mood memasak minggu ni amatlah rajinnya!! Mungkin sebab kebosanan sorang dirumah walaupun anak ada tak sekolah, asyik tidur je, demam masih berbaki.

Pb ambil resipi Candil Pulut ni kat majalah RASA. Tak tau asalnya dari mana, mungkin pantai timur? Resipi ni sesuai sangat untuk berbuka puasa. Bahan-bahan pun tak susah.

Untuk menyedapkan lagi Candil Pulut ni, pb guna gula merah yang ni....


CANDIL PULUT
sumber Majalah RASA

Bahan A:
200 gm tepung pulut
50 gm tepung beras
100 air atau lebih
200 gm gula melaka (pb guna 4 keping gula nisan)
1 liter air (pb kurangkan sebab 'penduduk' dalam rumah cuma 3 orang)

Bahan SOS
200 ml santan
300 ml air
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan (pb guna paste pandan)
1 sudu teh tepung jagung (digaul dengan sedikit air)
Masak semua bahan hingga mendidih.

Cara memasak:
  1. Campurkan tepung pulut dan tepung beras ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit hingga sebati.
  2. Bentukkan seperti bebola dan ketepikan.
  3. Masak gula melaka dengan air dan biarkan hingga gula larut dan mendidih. Tapiskan.
  4. Didihkan sekali lagi dalam periuk dan masukkan bebola tepung tadi hingga terapung. 
  5. Angkat dan hidangkan bersama sosnya.


Candil pulut yang dah dimasak bersama gula melaka tadi.....

 Dah letak sosnya, jemputlah makan.......tak terlior ke??



Sos candil pulut lepas dimasak. Ni kalau tak habis kena masuk peti ais...

Lepas makan candil pulut ni kena minum air masak. Sebab dia manis, tak sesuai dengan air manis pulak...