my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Nasi 3 Warna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Selamat berkerja bagi mereka yang memulakan tugas hari ni, cuti dah habis ye........jangan nak menyambung cuti dengan MC la pulak. Kesian meja dan kerusi yang tinggal kat office tu, tunggu tuan dia cuti lama sangat.

Mereka yang menghadapi banjir di semenanjung sana, aku harap dah berkurangan. Sabar banyak2, ini semua bencana kecil untuk kita yang di duga olehNYA. Aku harap semuanya dalam keadaan baik, aku doakan, termasuk saudaramara ku yang ada di sempadan sana.

Semalam aku bosan masak nasi putih, asyik2 putih.......sekali sekala tukar warna la pulak. Paling happy anak aku la, budak2 kan suka warna warni. "Pandainya ibu masak nasi ni!".......hehe.....ibu memang pandai cilok dari intenet......"macam mana boleh jadi kaler2 ni?" dia tanya, "adalah!!" aku jawab.....

Terima kasih pada umi_e dari myresipi.com kerana kongsi resipi ni, kali ni kita tepek kat sini pula....

NASI 3 WARNA

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 3 cawan beras (saya guna beras basmati)
  • 3 cawan air
  • pewarna merah, hijau dan kuning secubit garam
  • satu ketul stok ayam (Knorr atau maggi) beberapa helai daun pandan
  • 2 sudu makan margerin
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia
  3. Panaskan periuk dan masukkan margerin hingga cair
  4. Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya
  5. Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan(takde pandan, aku letak serai)
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
  7. Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga2 pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  8. Biarkan hingga nasi masak.
  9. Kacau nasi setelah betul2 masak 
 kredit to http://www.myresipi.com/


 Budak2 mesti suka, makan dengan ayam goreng, letak timun......tak payah kuah, kalau ada sup lagi sedap agaknya. Semalam aku masak simple je sebab dah ada lauk daging semalam, tambah goreng telor masak sambal.

4 ulasan:

  1. Salam Zana...

    Adam mesti suka makan nasi berwarna warni tu kan...

    * Dah lama tak masak *

    BalasPadam
  2. wslm, bukan Adam tapi Aziz, adam tu kwn dia...hehe...kak-e, terima kasih ye.

    BalasPadam
  3. Salam kak Zana,
    Saya pun minat gak nasi kaler2 ni..cantik menarik tertarik gitew. hehehe.. nanti boleh jugak try letak kaler mana tau si kecit lagi berselera makan :D

    BalasPadam
  4. Ijan...jgn letak kaler bukan2 sudah, kang tak makan pulak si Mikael tu..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)