my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan Patin Masak Asam - mood malas masak

Ikan patin lebih hari tu ada lagi. Tempoyak takde...takkan nak masak tempoyak je? Asal patin mesti masak lemak, asam pedas, tempoyak. Bosan kan?

Tadi kakpb nak masak simple2 je. Google punya google kat myresipi.com, jumpa resipi patin masak asam. Rasanya arwah tok dulu selalu masak macam ni. Kakpb nak buat juga tapi ikannya, ikan patin. Ahh....cuba je la. Sebelum ni belum pernah goreng ikan patin, takut juga meletop2. Ehh...tak meletop la....(sebab tutup kuali masa menggoreng..hehe)

Bagi kakpb ni resipi orang malas masak. Kakpb tak letak halba dan daun kari takde stok. Memang menyelerakan dan teringat arwah tok. Resipi asal checkmate@myresipi.com guna ikan kerisi, kakpb tukar ikan patin.

Ikan Patin Masak Asam
@blogsurirumah
sumber asal : checkmate@myresipi

4 ketul ikan patin yang telah di bersihkan, rendam dgn limau atau asam jawa
1 labu bawang besar, potong bulat
1 ulas bawang putih, hiris
3/4 btg cili padi, belah dua
1 biji cili merah, di hiris
sedikit halia di hiris halus
garam dan gula
kiub ikan bilis (kakpb letak sikit je)
1 cwn air asam jawa

Cara membuatnya:-
Ikan di lumur dengan garam dan kunyit hidup. Gorengkan dahulu.
Tumis bahan hiris hingga layu dan masukkan air asam.
Masuk garam dan gula, biar kuah pekat sedikit.
Tuang atas ikan yang telah di goreng atau masukkan terus ikan bersama kuah asam tadi.

nota kakpb: mood rajin pula update petang hari..


Jerebu melanda

Apa khabar teman-teman kakpb yang dikasihi? Harap pada teman-teman yang kawasan sekitarnya di landa jerebu, pakai mask ye. Ataupun kurangkan aktiviti di luar....wah...ingatkan orang, tempat sendiri pun berjerebu. Tapi area kakpb ni taklah seteruk di Johor, Melaka dan Selangor. Di sini dah lama juga tak hujan, ada sikit2 je. Itu pun sekali lalu. Nak masuk bulan Ramadhan ni biasalah....dugaan kan?

Beberapa hari ni kakpb memang takde idea nak update blog. Masak memasak pun lauk simple. Minggu ni pula kakpb akan pulang semenanjung hujung minggu kerana majlis sanding anak saudara. Laaaagi tak sempat update blog. Mungkin akan update gambar je di instagram.

Terlanjur update ni, nak sentuh sikit pasal sms, facebook dan seumpamanya. Kita ni biasa ada kenalan di alam maya, kadang kenal kadang tak kenal. Ada yang dah jumpa, ada yang dah rapat gila tapi belum pernah bersua muka, betul tak? Kalau yang bujang tu (terutama perempuan) berhati-hatilah kalau nak add friend di facebook. Jangan mudah tertipu dengan ayat manis lelaki. Tengok rupa memang handsome, kerjaya bagus, pandai tulis yang elok-elok nak tunjuk diri baik tapi sebenarnya......laki orang....tunang orang....budak hingusan....dan entah apa2 lagi status mereka tu.

Kadang kala tu mulanya nak suka-suka, bagi gambar....lepas tu nombor handphone pulak. Dah melarat sms jadinya. Kena lelaki yang baik, dia tak layan message, 'sayang' you buat apa? i sunyi la kat sini....tapi kena lelaki yang pantang di cuit, mula nak menggatal. Walau pun hanya message, itu dah jadi maksiat juga, maksiat sms.

Lelaki pula, bila dapat sms manja-manja, liok lentok gambar kat fb, hati pun mula goyah. Masih bujang ok juga, kena yang dah berbini? Hati pun jadi berbelah bagi, isteri aku tak cun, dia ni lagi gebu, pipi macam telor di kupas, body solid molid (iyelah....isteri tak pernah upload gambar kat fb) syaitan pun mula menggoda. Alaaa....sms pun nak suka2 je, bukan nak jumpa...(nak menghalalkan yg haram, begitu ler)  Bila dah lama2 bersms, berfb, teringin pula nak jumpa kan? Nak tengok realiti cun ke tak?

Jadi kakpb nak ingatkan, sebagai seorang perempuan janganlah menunjukkan sikap yang murah. Mudah terima pelawaan lelaki sebagai teman (gadis terutamanya) Bila dah jatuh cinta dengan suami orang, susah jadinya. Mulalah kata, itu semua takdir sedangkan kita yang mahu menjebakkan diri. Kita sedar tapi kita tidak berusaha menjauhinya.

Lelaki pula, jangan memperjudikan rumahtangga kamu. Jangan bagi alasan, sekadar main-main atau suka-suka. Sebagai ketua keluarga tanggungjawab kamu amat berat. Hati isteri bukan untuk di permainkan.

nota kakpb: sentap yang amat!!

Kari Laksa ala Cina


Bosan kan makan nasi hari-hari? Apa tah lagi yang memasaknya. Teramat la sangat....tapi perut kena isi juga. Kalau taknak makan, baik puasa kan?

Blog walking semalam sambil tengok Walang Hanggan last episod, jumpa resipi kari laksa ala cina ni kat blog Tun Telani. Wahhh....telan air lior kakpb. Kebetulan ada laksa kering dalam simpanan. Masalahnya bahan tak berapa nak cukup. Selera membuak nak makan. Ahhh....peduli apa, janji ada rasa laksa.

Jadi, apa yang kakpb buat ni tak selengkap resipinya. Tapi memang sedap. Cikgu fahmi bertambah makannya. Entah sebab lapar dia balik lewat minggu ni atau memang sedap laksa tu. Rasanya memang sedaplah!!

Tun, kakpb minta izin copy paste ye!

KARI LAKSA ALA CINA
@blogsurirumah
sumber : Tun Telani

Bahan A

  • 2 ketul leher ayam - tun guna 1 dada ayam
  • 6 cwn air
  • 1/2 cwn minyak masak - kakpb guna sikit je
  • 2 cwn santan

Bahan B
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1  inch halia
  • 1 btg serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering - sama mcm tun, 2 sb cili mesin
  • 1/4 cwn udang kering

Bahan C
  • 3 ekor udang 
  • 2 sudu makan isi kerang - yg ni takde
  • 3 bj bebola ikan - pun takde

Bahan D
  • 1 inch kulit kayu manis
  • 1/2 cwn serbuk kari daging - tun letak 2 sb
  • 15 helai daun kari - jgn hrp ada daun kari kakpb ni

Bahan F
  • 2 cwn laksa- rendam dlm air panas - tun guna laksa kering, rebus
  • 1 bj telur rebus
  • 2 sb hirisan timun
  • 1 bj tauhu pok - ni tauhu kering eh? takde laa..
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 sk bawang goreng

Cara2:
  •  Panaskan minyak dan tumis bahan B yg telah dikisar hingga harum dan kering
  • Masukkan Bahan D, ayam, dan kacau.
  • Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. Masak 10 minit hingga santan pecah.
  • Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama setengah jam - tun masukkn tauhu pok sekali.
  • Masukkan bahan F dlm mangkuk dan tuangkan kuah.
  • Tabur bawang goreng dan daun sup.
nota kakpb: laksa ni buat semalam, masih ada baki kuahnya, sayang....nak mkn pagi ni.