my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan Patin Masak Asam - mood malas masak

Ikan patin lebih hari tu ada lagi. Tempoyak takde...takkan nak masak tempoyak je? Asal patin mesti masak lemak, asam pedas, tempoyak. Bosan kan?

Tadi kakpb nak masak simple2 je. Google punya google kat myresipi.com, jumpa resipi patin masak asam. Rasanya arwah tok dulu selalu masak macam ni. Kakpb nak buat juga tapi ikannya, ikan patin. Ahh....cuba je la. Sebelum ni belum pernah goreng ikan patin, takut juga meletop2. Ehh...tak meletop la....(sebab tutup kuali masa menggoreng..hehe)

Bagi kakpb ni resipi orang malas masak. Kakpb tak letak halba dan daun kari takde stok. Memang menyelerakan dan teringat arwah tok. Resipi asal checkmate@myresipi.com guna ikan kerisi, kakpb tukar ikan patin.

Ikan Patin Masak Asam
@blogsurirumah
sumber asal : checkmate@myresipi

4 ketul ikan patin yang telah di bersihkan, rendam dgn limau atau asam jawa
1 labu bawang besar, potong bulat
1 ulas bawang putih, hiris
3/4 btg cili padi, belah dua
1 biji cili merah, di hiris
sedikit halia di hiris halus
garam dan gula
kiub ikan bilis (kakpb letak sikit je)
1 cwn air asam jawa

Cara membuatnya:-
Ikan di lumur dengan garam dan kunyit hidup. Gorengkan dahulu.
Tumis bahan hiris hingga layu dan masukkan air asam.
Masuk garam dan gula, biar kuah pekat sedikit.
Tuang atas ikan yang telah di goreng atau masukkan terus ikan bersama kuah asam tadi.

nota kakpb: mood rajin pula update petang hari..


7 ulasan:

  1. assalam
    masak asam sedap tu, tp ikan patin lum penah buat
    ikan patin feberet ayahanda sy

    BalasPadam
  2. eemmm...zana, sedapnya, tapi KY tak makan ikan patin..blh tukar yg lain kan? heee

    BalasPadam
  3. Sy suka masak asam mcm ni kak. Kdg2, ayam pun sy msk mcm ni.

    BalasPadam
  4. Salam kak zana…ikan patin tu cam ikan tenggiri kan kalau potong cenggini..intan suka tau masak camni..tingat mak di kg selalu buat..sebenarnya bila masak asam camni memang leh buka selera kan kak pb,.,,sedap sgt..makan lak dgn nasi panas2..fuhhhh

    BalasPadam
  5. tak pernah makan patin masak asam..tapi nampak macam bestkan..hmm boleh cuba ni..

    BalasPadam
  6. sellau dgr patin masak tmepoyak ja. masak asam mcm ni mmg favourite. makan panas2.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)