my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kari Laksa ala Cina


Bosan kan makan nasi hari-hari? Apa tah lagi yang memasaknya. Teramat la sangat....tapi perut kena isi juga. Kalau taknak makan, baik puasa kan?

Blog walking semalam sambil tengok Walang Hanggan last episod, jumpa resipi kari laksa ala cina ni kat blog Tun Telani. Wahhh....telan air lior kakpb. Kebetulan ada laksa kering dalam simpanan. Masalahnya bahan tak berapa nak cukup. Selera membuak nak makan. Ahhh....peduli apa, janji ada rasa laksa.

Jadi, apa yang kakpb buat ni tak selengkap resipinya. Tapi memang sedap. Cikgu fahmi bertambah makannya. Entah sebab lapar dia balik lewat minggu ni atau memang sedap laksa tu. Rasanya memang sedaplah!!

Tun, kakpb minta izin copy paste ye!

KARI LAKSA ALA CINA
@blogsurirumah
sumber : Tun Telani

Bahan A

  • 2 ketul leher ayam - tun guna 1 dada ayam
  • 6 cwn air
  • 1/2 cwn minyak masak - kakpb guna sikit je
  • 2 cwn santan

Bahan B
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1  inch halia
  • 1 btg serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering - sama mcm tun, 2 sb cili mesin
  • 1/4 cwn udang kering

Bahan C
  • 3 ekor udang 
  • 2 sudu makan isi kerang - yg ni takde
  • 3 bj bebola ikan - pun takde

Bahan D
  • 1 inch kulit kayu manis
  • 1/2 cwn serbuk kari daging - tun letak 2 sb
  • 15 helai daun kari - jgn hrp ada daun kari kakpb ni

Bahan F
  • 2 cwn laksa- rendam dlm air panas - tun guna laksa kering, rebus
  • 1 bj telur rebus
  • 2 sb hirisan timun
  • 1 bj tauhu pok - ni tauhu kering eh? takde laa..
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 sk bawang goreng

Cara2:
  •  Panaskan minyak dan tumis bahan B yg telah dikisar hingga harum dan kering
  • Masukkan Bahan D, ayam, dan kacau.
  • Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. Masak 10 minit hingga santan pecah.
  • Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama setengah jam - tun masukkn tauhu pok sekali.
  • Masukkan bahan F dlm mangkuk dan tuangkan kuah.
  • Tabur bawang goreng dan daun sup.
nota kakpb: laksa ni buat semalam, masih ada baki kuahnya, sayang....nak mkn pagi ni.

16 ulasan:

  1. Salam kak pb.. laparrrr... nk tumpang makan.. hihi.... tun akhirnya semalam makan nasik slps 4 hari xberasap dapur tu. sbb ada sekor ikan tilapia kecik dlm peti, kalau simpan nk tunggu hasben balik bln dpn nun, sure dh xsedap isi dia. kari laksa ni mmg sedap kan, teringin pulak nk mkn lagi..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kakbp wah menarik ni terliur sudah...boleh lah shela buat utkhidangan bebuka nnt..bhn2 pun npk mudah aje... layan ye seta walang hanggat syok juga sy pun lepas habis layan Sanay Wala Nang Wakas petang layan panggako sayo...

    BalasPadam
  3. salam kak..

    wah, ada juga kari laksa ala cina ya..hehe..nampak sedap dan menarik la kak..ada lagi ka mau datang sana ni bawa mangkuk kosong..hihi..

    BalasPadam
  4. Walau banyak yg zana tak ada bahan tapi kelihatan sedapnya kakak tengok..

    BalasPadam
  5. akk hantar ke sini sepinggannnnnnnnnn

    BalasPadam
  6. air tangan isteri mithali mestilah cikgu fahmi makan tak cukup semangkuk...
    itu blm lagi lagi kalau lengkap bahan mau seperiuk dihadap sorang2..hihihi
    nak tumpang makan boleh....

    BalasPadam
  7. assalamualaikum

    Sedap resipi ni. Ingin tahu tauhu pok tu tauhu soya ker, ikan ker tauhu vege, udang ker or tahu....?? musykil

    BalasPadam
  8. salam kak...
    lain bebenor blog akak.. masuk sini dah bertukar baru.. hehe...
    yes.. sy pun dah cuba resepi ni.. mmg bestlah!

    BalasPadam
  9. Resepi asalnya memang special...tapi apa salahnya buat ikut mana bahan yang ada, kadang2 kalau tunggu sampai semua bahan cukup memang tak terbuatlah akhirnya....

    BalasPadam
  10. Hari2 mkn nasi mmg ada jemu...skli skala layan laksa cam ni pehhh..mau btambah2 gak mkn tu..xde kari laksa ala cina tu maggie pun jadi lah..hehheh

    BalasPadam
  11. nampak sedap sangat zana,..cuma kita tak suka sangat laksa..tapi kalau mee curry memang tak boleh tolak punya..especially kalau ada kerang and udang banyak..he..he

    BalasPadam
  12. nampak sedap. teringin lak nak rasa.

    BalasPadam
  13. nanti nak cuba trylah bulan puasa ni..menu bln puasa hehehe

    BalasPadam
  14. Tak pernah merasa.. tentu sedap ni..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)