my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Jerebu melanda

Apa khabar teman-teman kakpb yang dikasihi? Harap pada teman-teman yang kawasan sekitarnya di landa jerebu, pakai mask ye. Ataupun kurangkan aktiviti di luar....wah...ingatkan orang, tempat sendiri pun berjerebu. Tapi area kakpb ni taklah seteruk di Johor, Melaka dan Selangor. Di sini dah lama juga tak hujan, ada sikit2 je. Itu pun sekali lalu. Nak masuk bulan Ramadhan ni biasalah....dugaan kan?

Beberapa hari ni kakpb memang takde idea nak update blog. Masak memasak pun lauk simple. Minggu ni pula kakpb akan pulang semenanjung hujung minggu kerana majlis sanding anak saudara. Laaaagi tak sempat update blog. Mungkin akan update gambar je di instagram.

Terlanjur update ni, nak sentuh sikit pasal sms, facebook dan seumpamanya. Kita ni biasa ada kenalan di alam maya, kadang kenal kadang tak kenal. Ada yang dah jumpa, ada yang dah rapat gila tapi belum pernah bersua muka, betul tak? Kalau yang bujang tu (terutama perempuan) berhati-hatilah kalau nak add friend di facebook. Jangan mudah tertipu dengan ayat manis lelaki. Tengok rupa memang handsome, kerjaya bagus, pandai tulis yang elok-elok nak tunjuk diri baik tapi sebenarnya......laki orang....tunang orang....budak hingusan....dan entah apa2 lagi status mereka tu.

Kadang kala tu mulanya nak suka-suka, bagi gambar....lepas tu nombor handphone pulak. Dah melarat sms jadinya. Kena lelaki yang baik, dia tak layan message, 'sayang' you buat apa? i sunyi la kat sini....tapi kena lelaki yang pantang di cuit, mula nak menggatal. Walau pun hanya message, itu dah jadi maksiat juga, maksiat sms.

Lelaki pula, bila dapat sms manja-manja, liok lentok gambar kat fb, hati pun mula goyah. Masih bujang ok juga, kena yang dah berbini? Hati pun jadi berbelah bagi, isteri aku tak cun, dia ni lagi gebu, pipi macam telor di kupas, body solid molid (iyelah....isteri tak pernah upload gambar kat fb) syaitan pun mula menggoda. Alaaa....sms pun nak suka2 je, bukan nak jumpa...(nak menghalalkan yg haram, begitu ler)  Bila dah lama2 bersms, berfb, teringin pula nak jumpa kan? Nak tengok realiti cun ke tak?

Jadi kakpb nak ingatkan, sebagai seorang perempuan janganlah menunjukkan sikap yang murah. Mudah terima pelawaan lelaki sebagai teman (gadis terutamanya) Bila dah jatuh cinta dengan suami orang, susah jadinya. Mulalah kata, itu semua takdir sedangkan kita yang mahu menjebakkan diri. Kita sedar tapi kita tidak berusaha menjauhinya.

Lelaki pula, jangan memperjudikan rumahtangga kamu. Jangan bagi alasan, sekadar main-main atau suka-suka. Sebagai ketua keluarga tanggungjawab kamu amat berat. Hati isteri bukan untuk di permainkan.

nota kakpb: sentap yang amat!!

5 ulasan:

  1. Betul tu kak. Sy setuju. Kita once terima lelaki utk satu hubungan yg menuntut komitmen tinggi, maksimum perasaan tu kite laburkan. Jgn persiakan sbb tak mudah nak percaya klu sekali dah terkena nanti.

    BalasPadam
  2. FB ni terlalu sosial, skrg ni hanya komunikasi sesama saudara mara dan kenalan rapat je.

    BalasPadam
  3. ada gak yang tak friend fb wife/asben sendiri...isk3x

    BalasPadam
  4. betol tu kak zana…intan sekarang mana2 yang intan x kenal intan ignore ja..huhu..fb husband intan pon intan pantau…kah kah kah..
    kak zana, intan dah add fb akak..intan guna nama Tan Tin Tun Berlian…) kalau akak nak tgk brg2 yg intan jual kat fb Koleksi TanTinTun..hehe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)