my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Dah sampai!!

Salam Sejahtera....

Dalam pada sibuk2 berkemas nak balik kampung, sempat juga aku membakar dua biji kek untuk mak dan mertua. Letih tak terkata.........sekarang kek tu dah sampai pada tuannya. Bermakna aku sekarang dah selamat sampai di Kelantan dan akan bertolak ke Selangor malam nanti......insyaAllah jika tiada aral melintang.

Sekarang ni di Semenanjung musim hujan rupanya. Sampai saje di KLIA, kelihatan macam baru lepas hujan. Talipon kakak, memang hujan katanya dari malam tadi. Alhamdulillah.........takde la letih sangat puasa2 ni, tambah lagi kami kena berbuka lewat daripada biasa di Sabah. Kesian Aziz, bagaimana pun dia habiskan juga puasa sehari tu.

Carrot Pound Cake
Kalau tak silap ni resepi Matgebu (lupa pulak sebab buku masak tak bawa balik). Maaf la kalau salah, nanti aku siasat. Ni la masalahnya kalau salin resepi, lupa nak tulis siapa tuan punya. Tapi resepi ni aku ubah sikit (bukan ubah, tambah sikit) Aku tambah kacang walnut dalam segenggam. Sedap juga, tak manis sangat dan lembut rasanya.
Ini pula dari resepi.net (macam biasa, aku tak ingat tuan punya resepi) Kek bernama African Marble Cake, betul kot.......abaikan permukaan kek yang berjalur2 tu. Itu bahana 'terlupa' bila lama terbiar diatas redai kek. Dah tu.........buat kek takde kursus mana2.......macam tu le rupanya!
Rupa kek yang dah di potong. Macam tak jadi je jaluran tu? Silap teknik la ni...........rasanya mungkin sama macam kek marble yang lain2 tu (aku tak rasa lagi ni...) cuma aku guna strawberry paste kali ni dan self raising flour. Jadi keknya menggebu2..........



nota: aku lebih suka buat kek dari biskut, jadi jangan harap la nak tengok rupa biskut kat rumah aku ni.....

7 ulasan:

  1. kak zana...lawanye kek tuh! rasa macam nak terkam blog nieh plak rasenye! siapakah mat gebu ye? woww...nameeee....

    BalasPadam
  2. seronoknya dah sampai kat kampung. selamat hari raya n maaf zahir batin.

    BalasPadam
  3. Kadang-kadang biskut ni ... orang Utara cakap roti ...

    contohnya macam roti kering aka biskut empat segi ...

    sekarang musim hujan Puan ... petang ok ... bila malam hujan ...

    BalasPadam
  4. Cheryna tak tau ke Matgebu tu sape? Blogger popular tu!! pandai masak lg.....

    BalasPadam
  5. selamat hari raya kelor.....
    mmg seronok sgt dah sampai kg, mcm2 cerita akak dgr psl keluarga.

    BalasPadam
  6. razif.....mcm tu ka? dah lama tak join dgn org utara, bnyk yg kakzana dah lupa....mcm 'ligan' contohnya...lupa la...

    BalasPadam
  7. hahaha ... biasalah dah jadi org 'jauh'

    Apa cerita raya ... nampaknya ramai lagi bloggers yang 'off' daripada berblogging ....

    best jugak bila lama tidak menulis ...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)