Maaf ye pada teman2 yang rajin berkunjung ke blog akak ni, kekadang sunyi sepi tanpa entry baru. Sibuk sikit dengan projek kuih karipap dan kasturi aku tu. Ni semua kerana jasa baik blogger 'Seri' yang rajin promote untuk kawan2 pejabat dia. Terima kasih ye Seri!!
Dalam pada sibuk kehulu kehilir tu (kat dapur je) sempat jugak aku mencuba resepi dari Puan Noraini.
Aku memang suka kek ni, mak pun suka. Kek ni sesuai untuk orang yang tak suka manis. Sesuai juga untuk orang yang 'takde gigi'! Jadi, siapa2 yang masih ada nenek ke, atok ke........boleh la buatkan kek ni untuk mereka.
Sebenarnya kek yang aku buat tu tak berapa menjadi. Memula bakar, dia naik tinggi tapi bila aku angkat keluarkan, terus turun........tapi tetap gebu dan lembut. Mungkin loyang yang aku guna besar kot?
Tak kisah la.......yang penting aku dah tau nanti nak buat macam mana. Pengalaman pertama mengajar kita jadi lebih baik akan datang, betul tak?
KEK PANDAN LAYER
1 biji kek span pandan - 9 inci
Bahan kastad:-
1000 gm air
125 gm gula
5 helai daun pandan di simpulkan
110 gm susu cair carnation atau ideal
2 gm mentega (sedikit saje)
1 1/2 sudu teh jeli segera (instant jelly)
85 gm tepung hoen kwe (hijau)
50 gm santan serbuk (segera)
Cara:-
1. Kek span di hiris 3 lapisan, ketepikan.
2. Satukan bahan di atas dalam periuk.
3. Kacau atas api sederhana hingga pekat dan mendidih, kemudian angkat.
4. Sediakan tin springform/loose tin bersaiz 9 inci (aku takde tin ni, so pandai2 sendiri le)
5. Masuk lapisan kek pertama. Kek perlu kecil dari tin. Jika besar, potong tepinya.
6. Ambil secawan kastad dan tuang diatas dan keliling kek. Ratakan.
7. Buat lapisan kedua dan ketiga sehingga habis kastad. Biar sejuk dulu baru masuk peti ais.
Sejukkan kek selama 5 jam dalam peti.
Tip Puan Noraini :
Mentega untuk kilatkan kastad.
Pandan di blend dengan sedikit air.
Boleh guna santan segar (250 gm santan, air 800 gm)
Ini la hasil gubahan ku........
Malu nak tunjuk sebelum di potong sebab tak cantik!
Masa aku potong kek jadikan 3 lapis pun terkial2.......tu yang nampak tak sama lebarnya. Pisau pulak baru beli dan first time guna (sebelum ni takde pisau potong kek)
nota aku: terima kasih pd Puan Noraini sebab resepi ni bagi aku sedap sangat....
nanti aku tulis resepi kek span di lain entry
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)