my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kuih Bakar kak saba (Mak Lang)

Salam Sejahtera....

Aku suka sangat kuih bakar tapi tak pandai dan tak berani nak cuba buat. Semalam aku berkunjung ke blog Mak Lang dan ternampak kuih ni. Tengok resipi dia senang je.

Projek pun bermula, kebetulan bahan tak susah, cuba la buat...........tapi jangan gelak tau tengok kuih aku ni, ada sikit macam hangus! Taknak ngaku hangus ni.........almaklum la orang tak pernah mencuba. Rupanya lebih kurang sama macam kita buat kuih cara. Lepas ni boleh le buat selalu walaupun yang suka aku sorang je.......tak kisah la.....kalau beli kat luar kekadang menyakitkan hati. Tawar la......kurang masak la......buat sendiri, boleh juga di ubah suai.

Sebenarnya masa bakar tu dah ikut macam Maklang tapi tengah2 kuih tu tetap lembik. Mungkin kena guna loyang yang berlubang kat tengah kot. Tapi aku belum ada lagi loyang tu. Kena beli ni nampak gayanya.

Sila la jamu mata dengan kuih bakar ku yang..........



tu la rupanya......walaupun rasa tetap mengancam, terima kasih Maklang dan orang yang punya resepi ni...




alahai......zoom dekat pun tak cantik jugak....lepas masuk dalam loyang aku yang comel tu, ada la lebih sikit.

Jadi la macam ni........ok jugak, lebih sedap drp bakar dalam loyang.




Aziz tanya, nape kuih ibu ada hitam2 tu? Alah......banyak komen pulak.......

KUIH BAKAR kak saba
(dr blog Mak Lang)

3 1/2 cwn santan
5-6 biji telur
2 cwn gula
1/2 cwn air pandan
2 cwn tepung gandum
Bijan

Cara:  Gaul gula dan telur hingga hancur.
Masuk semua bahan kecuali bijan.
Tapis adunan dan masuk ke dalam loyang yang di sapu margerin.
Bakar dalam masa 45 min hingga 1 jam, suhu 180C.

Nota: Bakar kuih menggunakan api bawah dahulu lebih kurang 1/2 jam pertama, selebihnya api atas.
Jika tiada daun pandan, gunakan 4 cwn santan campur 1 sudu teh pandan emulco.
Bab masukkan bijan tu yang aku kurang arif sikit, tu yg bertukar rupa.
 Katanya masukkan masa kuih setengah masak tapi aku terlewat .
 Bagaimanapun nak ucap terima kasih juga la pada Maklang dan sumbernya.

4 ulasan:

  1. saya suka kuih bakar tu part yang hangus2 sikit... kalau part tengah yang lembik tu tak berapa minat sangat... so kalau makan kuih tu kena gigit tepi2 je hehehe

    BalasPadam
  2. lain org lain citarasa dia, akak pula suka yg lembut2..

    BalasPadam
  3. gelap tkpe kak asal sedapp....mkn time panas2 lepas bakar mesti cepat je licin nih.heheh

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)