Kesuntukan masa betul aku ni nak update blog, tambah pula beberapa minggu yang lepas ada saje hal untuk diuruskan dahulu berbanding update blog. Bagaimanapun facebook tetap ku jengah sekejap........sekadar tengok apa yang patut.....kalau nak main game ke......jangan harap ada masa!
Tempohari aku sibuk dengan famili adik ipar ku dari KL. Hari pertama sampai, mereka menginap di rumah ku. Seronok juga melayan mereka ni, maklum le.........ada anak kecil yang baru petah bercakap......lebih2 lagi Aziz. Hari2 dia tanya, bila pakcik dia nak datang. Style dia........memang suka orang datang rumah. Aku pun suka bila sekali sekala dapat layan saudara dari jauh. Orang kata, kalau ramai tetamu datang rumah kita, tandanya murah rezeki. Kalau betul, alhamdulillah...........
Masa mereka datang hari tu, hujan lebat sepanjang hari. Kebetulan ada gerhana pula. Hajat mereka nak ambil gambar berlatarbelakangkan gunung kinabalu tak kesampaian. Terkilan juga aku rasa. Singgah di Poring Hot Spring pun tak dapat mandi. Nak mandi dengan ikan di Kg Luanti pun tak boleh sebab air terlampau deras. Dapat tengok video je......
Bagaimanapun hari Ahad (17hb Jan.) mereka bermalam di Nexus Hotel Karambunai, memang puas hati dan menyeronokan. Aku pun tumpang sekaki, walaupun tak tidur sana. Alah.......rumah dekat.....lagi pun hari Sabtu tu aku dah rancang nak buat nasi lemak (piknik ler kononnya) makan2 di bilik mereka. Aku kesian tengok mak mertua adik ipar ku tu..........dah la masa sampai dia tak sihat, tak lalu nak makan. Bila buat sambal udang tu, baru la aku nampak dia berselera sikit.......hehe....aku masak sedap kot?
air kat Poring Hot Spring yang keruh dan deras, cari nahas kalau mandi kt sini
ombak kat pantai Karambunai pun boleh tahan gak.......takut aku!! main air sipi2 jek...
Ini sebahagian je yang sempat aku upload, kat facebook ada lagi.
Akhir kisah, famili adik ipar ku pulang dengan hati yang gembira (harap2 la takde yang menyinggong perasaan mereka) Hajat nak kepulau tak kesampaian, takde rezeki nak ke sana sebab suntuk sangat.
Aku pun sebenarnya seronok masa mereka di sini, terasa macam mak aku pula yang datang. Mak sendiri belum ada peluang sampai sini, entah bila agaknya. Mertua pun belum sampai juga. Kalau boleh dalam tahun ni aku harap mereka boleh bercuti di sini, tak perlu la kami balik kampung nanti.
Maaf aku lambat update sebab internet kekadang mengong!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)